Tempat Menarik

Tempat Menarik untuk Family Day di Kedah

Menjadi antara destinasi utama bukan sahaja dari pelancong tempatan, malah pelancong luar negara turut memilih Kedah sebagai tempat bercuti. Tarikan pelancongan di sini dapat melegakan fikiran setelah penat berkerja. Kalau ingin melancong bersama keluarga, Kedah adalah pilihan terbaik. Banyak tempat menarik untuk family day di Kedah yang boleh merakam memori indah bersama yang tersayang.

[perfect_survey id=”7977″]

Kami senaraikan beberapa tempat best meliputi hotel, homestay, resort, serta, lokasi yang menawarkan aktiviti menarik untuk anda sekeluarga. Selain itu, harga yang ditawarkan juga haruslah munasabah.

Banyak lagi tempat best di Kedah selain Langkawi. Kalau nak tahu teruskan membaca artikel ini ya?

#1 Chalet Rimbun Hijau

Terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari bandar Alor Setar, Chalet Rimbun Hijau menawarkan percutian sempurna buat anda sekeluarga. Terutama mereka yang merancang untuk mengadakan family day.

Terdapat 7 buah chalet di mana setiap satu lengkap dengan segala kemudahan dan kelengkapan harian. Termasuklah dapur yang berfungsi, lengkap dengan pinggan mangkuk.

Dua buah kolam renang iaitu kolam dewasa dan kanak-kanak sekali gus menambahkan lagi keceriaan percutian anda. Kolam renang ini agak luas, dan selamat untuk anak-anak kecil.

Aktiviti menarik di Chalet Rimbun Hijau adalah seperti muzikal chair, bola sepak, badminton, bola tampar, permainan kampung seperti tinju tin, dan banyak lagi.

Kemudahan

  • Penghawa dingin
  • Tempat letak kereta
  • Peralatan BBQ
  • Peralatan mainan, sukan
  • Televisyen
  • Dapur gas

Selain lepak di chalet, anda juga boleh melawat ke beberapa tempat menarik di Yan Kedah seperti Gunung Jerai, Pantai Merdeka, dan Pulau Songsong

Facebook: https://www.facebook.com/chaletrimbunhijau/

Nombor telefon: 012-510 8191

Alamat: 06900 Yan, Kedah

#2 Alang Kenari Resort

Juga terletak di Yan, Alang Kenari merupakan sebuah resort yang meawarkan percutian serba lengkap, selesa, pada harga mampu inap. Dengan kolam renang yang luas bak resort lima bintang, ia pasti akan menggembirakan anak-anak anda.

Unit chaletnya pelbagai. Anda boleh pilih mengikut kapasiti dan bajet. Antaranya:

  • Queen Room with Pool View
  • Deluxe Room
  • Family Room
  • Family Double Room
  • Family Room with Garden View

Alang Kenari turut memiliki restaurantnya sendiri. Mudah untuk anda yang tidak ahu keluar dan hanya ingin menumpukan perhatian kepada keluarga.

Untuk family gathering, aktiviti seperti BBQ, bola baling, bola sepak, dan sukaneka, pastinya akan mengeratkan hubungan silaturahim.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Air Terjun Titi Hyun – 0.5 km
  • Pantai Murni Waterfront – 3 km
  • Pulau Songsong – 5 km

Alamat: Jalan Titi Hayun Lot 1964, 06900 Yan

#3 Changlun Chalet

Merupakan chalet di Kedah yang agak popular dek kerana keselesaan, memiliki fasiliti lengkap, dan murah. Dengan harga serendah RM75 semalam, anda dan keluarga boleh menikmati penginapan selesa di Changlun Chalet.

Bertemakan Bali dan rona putih, memberikan ketenangan buat tetamu serta dalam masa sama membuatkan anda seolah berada di Bali, Indonesia.

Biarpun unit chaletnya kecil, ia masih mampu memuatkan keluarga kecil anda sekiranya memilih unit Chalet Superior dengan dua buah katil bersaiz queen.

Jarak dengan tempat menarik

  • Asian Cultural Village – 11.5 km
  • Taman Dinosaur Dannok – 11.8 km

Harga bilik: dari RM75 semalam

Alamat: Lot 61, Kampung Lembah Palas, Changlun, 06010 Changlun, Kedah

#4 Dangau Sala Resort

Tempat menarik untuk family day di Kedah yang seterusnya adalah Dangau Sala Resort yang terletak di Alor Setar. Terletak di tengah-tengah bandar, senanglah anda melawat ke tempat menarik di Alor Setar kan?

Uniknya resort ini terletak pada reka bina bangunannya. Ia menggabungkan rumah biasa dan kontena. Menambahkan lagi keindahan tempat ini adalah kolam renang yang terletak di tengah-tengah. Seolah menarik kehadiran tetamu untuk menginap di sini.

Resort di Kedah ini menawarkan 4 jenis bilik, dan setiap satu darinya lengkap dengan kemudahan asas seperti bilik hotel.

Dangau Sala hadir dengan pemandangan tasik dan sawah padi. Untunglah sesiapa dapat bercuti di sini. Bukan setiap hari kita dapat bangun pagi dengan disajikan keindahan alam sebegini.

Aktiviti menarik:

  • Berbasikal
  • Memanah
  • BBQ
  • Menaiki ATV

Harga bilik: dari RM100 semalam

Alamat: Jalan Jemerlang Kuala sala, kota sarang semut, 06800 Alor Setar

#5 ‘AoR Home’ a Homestay by Zaufa

Namanya agak panjang. Tetapi homestay di Kedah yang ada kolam renang ini memang terbaik untuk anda sekeluarga. Persekitaran dan landskapnya unik dan ringkas.

Bercuti di sini umpama menginap di rumah sendiri kerana ia lengkap dengan kemudahan dan cukup selesa. Terdapat 4 buah bilik tidur untuk memuatkan keluarga besar anda.

Hiasan dalamannya ringkas tetapi memiliki sentuhan moden yang kena dengan trend terkini. Hampir 70 peratus perabot adalah dari Ikea. Menarik bukan?

Nikmati pelbagai kemudahan dan keselesaan ini pada harga yang munasabah. Kami yakin, anda pasti seronok menginap di ‘AoR Home’ a Homestay by Zaufa ini.

Mana tidaknya, sudahlah hiasannya indah. Anda dan keluarga pula dapat berendam di dalam kolam renang di sambing menikmati BBQ di tepi kolam.

Alamat: Taman Kelisa Fasa 4, 05150 Alor Setar

Tempat menarik di Kedah

  • Pulau Songsong
  • Pekan Rabu
  • Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad
  • Pusat Membeli Belah Bukit Kayu Hitam
  • Taman tema Air The Carnival
  • Air Terjun Tupah
  • Gunung Jerai

Tempat menarik di Perlis

  • Kota Kayang Museum
  • Gua Kelam
  • Perlis Snake Park
  • Taman Eko-RImba Bukit Ayer
  • Ladang Burung Unta Perlis
  • Bukit Chuping

Tempat menarik di Perak

  • Pulau Pangkor
  • Kellie’s Castle
  • Lost World of Tambun
  • Art Old Town
  • Taman Rekreasi Gunung Lang
  • Miniature Wonders Art Gallery Ipoh

Semoga artikel tempat menarik untuk family day di Kedah ini sedikit sebanyak memberi anda idea untuk bercuti bersama keluarga kelak. Rancang percutian dengan bijak agar setiap saat dapat diisi dengan aktiviti menarik bersama yang tersayang. Selamat bercuti!

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!