Tempat Menarik

9 Tempat Makan Best di Langkawi [Murah & Sedap!]

Tidak dinafikan, Langkawi sememangnya merupakan destinasi percutian terbaik di Malaysia. Permata negeri Kedah ini kaya dengan khazanah alam yang indah serta memiliki banyak lokasi tarikan pelancong. Disamping itu, banyak juga tempat makan di Langkawi yang menawarkan plebagai jenis hidangan untuk pelancong.

Jadi kami senaraikan beberapa tempat makan sedap di Langkawi untuk anda tuju. Restoran ini adalah hasil dari rekomendasi warga net.

Wan Thai

Hidangan ala Thai memang menjadi kegemaran kita semua bukan? Kalau begitu, singgahlah ke restoran Wan Thai Langkawi yang terletak di Persiaran Bunga Raya.

Tak susah untuk cari restoran ini, kerana signboard nya sudah jelas mempunyai seni Thailand.  Boleh dikatakan semua jenis masakan Thai boleh anda pesan di sini. Menu paling popular sudah tentulah tomyam campur.

Tomyamnya memang pekat, pedas dan cukup masam manis.

Harganya pula munasabah, sesuai untuk anda yang nak makan besar bersama keluarga.

Waktu operasi: 1.30am – 3 pm ; 6 pm – 10pm

Alamat: 86, Persiaran Bunga Raya, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Artikel berkaitan:

Tempat Makan Best di Langkawi

Tempat Menarik di Langkawi Tanpa Bayaran

Restoran Selera Kampung

Untuk penggemar masakan kampung, singgahlah ke Restoran Selera Kampung yang terletak di Jalan Padang Mat Sirat. Di sini, anda bakal dijamu dengan puluhan lauk-pauk seperti aneka gulai, ikan bakar, ulam, sup, dan masak lemak.

Memang kecur air liur dibuatnya. Yang sering menjadi pilihan pelanggan sudah tentulah ikan bakar yang dimakan pencicah istimewa, dan ulam segar.

Kami sarankan anda datang awal kerana agak susah untuk mendapatkan meja pada waktu tengah hari.

Waktu operasi: 8 am – 4.30 pm

Alamat: Jalan Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah

Nasi Arab Kaki Gunung Cafe

Keenakan nasi arab di sini sudah cukup sinonim dikalangan penduduk tempatan dan para pelancong. Restorannya biasa sahaja, tetapi citarasa nasi arabnya memang luar biasa sedap!

Nasi lembut, daging, dan ayamnya juga empuk dan dimasak menggunakan rempah ratus istimewa. Anda patut cuba Nasi Arab Daging Kambing. Sekali cuba pasti nak lagi.

 

Selain nasi arab, hidangan Western turut ditawarkan, malah anda boleh memesannya dalam portion besar iaitu di dalam talam. Hidangan ini sesuai dimakan 7 hingga 8 orang.

Waktu operasi: 11 am – 11 pm | tutup pada Jumaat

Alamat: 1448, Jalan Ulu Melaka, 07000 Langkawi, Kedah

Uncle Jai Cafe

Kalau nak tahu, Uncle Jai Cafe ini menyajikan pelbagai jenis hidangan dari ala Thai, masakan tempatan, western, sizzling, dan steamboat! Rambang mata dibuatnya apabila melihat menu yang diberikan pelayan.

Apa yang menarik perhatian pelanggan di sini adalah makanan westernnya yang menyelerakan. Posrtion agak besar dan hadir bersama jagung bakar.

Selain itu kalau anda perhatikan, setiap meja pasti akan pesan nasi bubur. Bukan biasa biasa, tetapi hadir bersamasayur kangkung, ikan masin, hirisan limau, dan telur masin.

Restoran ini juga agak terbuka, sesuai untuk anda dan keluarga datang bersantai.

Waktu operasi: 5 pm – 11.45 pm

Alamat: Jalan Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah

Laksa Ikan Sekoq

Tempat makan sedap di Langkawi yang seterusnya sudah tentulah Laksa Ikan Sekoq yang terletak di tepi pagar airport tu.

Laksa pinang di sini menjadu bualan ramai kerana kuahnya yang pekat dan seekor ikan diletakkan di dalam setiap mangkuk untuk menambahkan lagi aroma laksa tersebut.

Laksanya lembut, banyak, kuahnya masam, dan cukup rasa. Ditambah pula dengan telur rebus dan sayuran.

Gerai ini berniaga berkonsepkan ‘food truck’ tetapi menyediakan kerusi dan meja di bawah khemah untuk keselesaan pelanggan.

Anda juga boleh nikmati char kueh tiaw, bihun sup teruna, rojak madu, pasembur, fish ball, dan cucur.

Waku operasi: 12 pm – 7 pm

Alamat: Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah

EE Burger

Untuk peminat burger, anda wajib cuba hidangan ini di EE Burger yang terletak di Kuah. Pelbagai jenis burger boleh anda cuba dari burger biasa, daging, dan chicken Hawaiian.

Bukan sekadar burger, Restoran ini turut mempelbagaikan menu mereka dengan menghidangkan masakan panas dan western.

Portion hidangan western di sini cukup padu! Lengkap dengan homeade mashed potato dan sayur.

EE Burger tempat menarik di Langkawi waktu malam. Ramai anak muda dan mereka yang berkeluarga datang menjamu selera kerana konsep restorannya yang terbuka.

Waktu operasi: 5 pm – 12 am

Alamat: 1, Persiaran Putera, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

My French Factory

Merupakan tempat makan best di Pantai Cenang kerana menyajikan hidangan asli dari Italy. Menu yang boleh anda cuba adalah seperti aneka pilihan crepe dan waffle. Rambang mata dibuatnya.

Ada juga yang dimakan bersama cheese, telur, potato, bawang, dan ham. Malah ada juga yang menjadi pencuci mulut yang dimakan dengan whip cream, strawberry, coklat Nutella, dan banyak lagi.

Restoran ini agak sempit dan tidak mempunyai banyak tempat duduk.

Kalau nak tahu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahadir dan isteri juga pernah menjamu selera di sini.

Waktu operasi: 11 am – 11 pm | tutup pada Jumaat

Alamat: Jalan Pantai Cenang-Ground floor of the Langgura Baron Resort, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi.

Restoran Padang Pasir

Untuk tempat makan menarik di Kuah, Langkawi pula kami syorkan anda ke Restoran Padang Pasir untuk menikmati nasi kandar dengan puluhan lauk yang cukup menyelerakan.

Disamping nasi kandar, roti canai, roti nan, bersama kuah istimewa turut menjadi kegemaran pelanggan. Ayam tandoorinya juga tidak kurang hebatnya. Sesuai dimakan bersama nasi mahupun roti.

Waktu operasi: 24 jam

Alamat: 121, Jalan Padang Matsirat Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Nasi Dagang Pak Malau

Kalau nak menikmati pengalaman makan di Langkawi yang mengasyikkan, Nasi Dagang Pak Malau lah tempatnya. Ini kerana restoran ini terletak di tepi sawah padi. Menikmati nasi dagang di tepi sawah bertemankan angin segar, dapat membangkitkan suasana kampung.

Nasi dagang di sini merupakan yang asli dari Terengganu. Nasi lembut, gulai ikan tongkol, gulai ayam, acar, dan sambal. Memang sedap sekali!

Waktu operasi: 8 am – 2 pm | tutup pada Selasa

Alamat: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah

Nasi Lemak Kelibang

Nasi Lemak Kelibang merupakan tempat sarakan sedap di Kuah yang harus anda cuba disaat bercuti di sini. Hidangan nasi lemak di sini nampak biasa sahaja. Tetapi rasa sambal ikan bilisnya memang sedap tak terkata. Di tambah pula dengan ayam goreng berempah, sambal sotong, dan hirisan timun.

Selain itu gulai udang, ayam kicap, dan parut goreng turut menjadi kegilaan warga tempatan.

Waktu operasi: 7 am – 9 am

Alamat: 8, Jalan Padang Matsirat, Taman Sri Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah

Nah, bercuti di sini bukan sekadar untuk mandi pantai dan shopping coklat sahaja tau. Anda boleh ke tempat makan sedap di Langkawi berpandukan senarai di atas agar percutian anda lebih bermakna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!