Hotel

Tune Hotel Kulim Update

Salam, ini adalah kali kedua saya dan isteri stay di Tune Hotel. Kami stay 2 hari sebelum berangkat ke Hotel Seri Malaysia Kepala Batas untuk saya hadiri training di Bertam.

Apa yang saya boleh update, sebenarnya tiada masalah pun, tapi kita sebagai Pelanggan, kadang kadang sangat perlukan flexibility betul tak.

Tune Hotel Mesti Check IN 11 pg, Check Out 2 pm

Contoh, kita semua tahu yang kalau nak check in mesti dalam pukul 12. Atau kadang kadang tu 3. Tapi kalau sampai awal? Badan pun dah letih, nak tidur mana pula dulu? Dan masa ini flexibility sesuatu hotel tu saya kira patut lah kalau di loose kan sedikit. Kalau di Tune Hotel ni, kalau tak silap saya, check out mesti pukul 11am, dan check In jam 2 petang.

Memang kami tahu yang check in mesti pukul 2, tapi tak salah pun kalau bagi awal sikit jam 11 pagi ke apa. 10 pagi pun tiada masalah kalau memang dah tiada siapa dalam bilik tu, bilik pun dah siap kemas.

Lagi sekali, saya tegas kan, benda ni memang bukan satu masalah yang terlampau besar sangat pun, cuma kita je lah kena jadualkan perjalanan tu betul betul kan. Cuma lagi sekali, ia bukan satu masalah besar kalau memang pelanggan anda sudah datang awal/

Bukan untuk Tune Hotel Kulim sahaja, boleh kata semua hotel macam ni juga rasanya. Hampir 90%.

Tapi, ada satu hotel, yang kalau kita check in jam 9 pagi pun, dia kira 1 hari untuk esok nya. Tiada masalah masuk awal awal gila gila pun, hotel itu ialah Village View Motel

Electric Off 30 Minit Sebelum 11 am

Feature ni ada di Tune Hotel, first time sebenarnya saya tahu ni. Saya pun tak pasti untuk hotel hotel yang saya menginap sebelum ni ada ke tak. Sebab kebanyakan sebelum time check out lagi dah cabut. Tapi di tune hotel kulim ni, semua electricity akan suddenly OFF 30 minit lebih awal dari 11 am. 30 minit lagi sebelum check out sebagai reminder lah ni.

Nak guna Iron Bayar RM 50?

Saya sendiri tak pernah lagi berhadapan dengan terpaksa bayar deposit RM 50 untuk guna iron. Memang lah dikembalikan semula, tapi nampak sangat lah si Tune Hotel Kulim ni berkira. Suka suka pula nak buat undang undang yang entah apa apa.

Oh ya, sejadah pun tak ada, Fuller Hotel indian punya hotel pun ada sejadah..

Tapi, apa pula yang faktor terbaik untuk anda masih lagi stay di Tune Hotel?

Tune Hotel ni, bagi saya yang paling best, ialah lokasi nya yang sangat strategik. Dekat dengan kemudahan lain, macam Giant + Shopping Complex, Wayang ke, McD, Bank, Klinik pun duk sebelah sahaja..

Walau bagaimana pun, anda boleh rujuk senarai hotel di Kulim ni andai kata nak cuba cuba yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!