Hotel

5 Hotel Bajet Sungai Petani

Menginap di Hotel bajet memang pilihan yang sangat baik, kalau anda tak kesah sangat dengan kemasan macam 4 star hotel, yang siap ada swimming pool semua macam Park Avenue tu. asalkan tempat tidur nya kemas, air con pun tak bunyi macam nak terjatuh, parking kereta pun selamat, dan paling penting harga dalam RM 100 satu malam.

Dan kita cukup baik dah la kalau dapat macam ni kan?

Ye la, kadang kadang kalau kita duk hotel ni, ada sahaja TV, tapi tak tengok pun. Tak sempat nak tengok. Lepas check in, sama ada terus tidor atau terus keluar. Balik balik hotel sahaja dah penat kan jalan jalan.

Antara beberapa pilihan hotel bajet untuk anda..

Alhamdullillah, di Sungai Petani, hotel bajet yang macam ni memang ada. Malah saya mampu senarai 5 pilihan untuk anda.

Pilihan Hotel Sy Yg Pertama

Hotel Le An – Dekat Dengan Masjid Andalusia

Hotel Le An ni kan, saya dapat bukannya dari listing Booking.com, bukan juga saya dapat dari jalan jalan di Sungai Petani untuk cari Hotel hari tu. tapi masa saya duk tengok tengok Google Map, kot ada hotel yang dekat dengan Masjid Andalusia.

Sebab saya nampak, depan Masjid Andalusia ni, ada restaurant hipster yang menarik. Ezy Delites. Sebelah nya pula ada restaurant stick. Menarik juga kalau ada hotel dekat lorong lorong ni kan.

Alhamdullilah, terjumpa pun seketul. Tu yang ternampak Le An Hotel tu.

Jap saya paste Google Map di bawah untuk bagi tahu jaraknya. Memang dekat sahaja, walking distance only noh..

  1. Ezy Delites
  2. Mr steak house
  3. Kedai makan arab
  4. Restaurant Pinang Merah
  5. Nasi Lemak Best

Ini kalau anda pergi area ke bawah bawah lagi, ada lagi banyak kedai makan sini. So kalau pagi pagi tak perlu nak risau kelaparan. Macam saya, jenis suka sarapan pagi.

Pernah sebelum ni, pergi hotel di Taiping. Untuk review hotel lah ni, tapi punya lah susah nak cari breakfast. Memang saya sengaja pilih hotel yang ada breakfast kan, untuk back up kalau tak ada makanan. Tapi itu lah, nak lah juga rasa sajian breakfast tempatan.

Tapi, kalau yang di sekeliling Le An Hotel ni, insyaAllah banyak pilihan untuk anda. Pelek juga, sepatutnya teres kedai area ni ada 2 3 biji hotel bajet. Tapi kita nampak Le An Hotel sahaja.

Padan lah kalau bilik nya tinggal satu sahaja.

Hotel ni macam baru lagi.

Baru ada 12 reviews je pun. Tapi yang menarik nya rate agak tinggi.

Berkenaan dengan staf hotel ni, masa anda buat bayaran. Pastikan anda check semula sama ada dia akan copy atau rekod no kad kredit/debit kard dan 3 digit code belakang card anda tu. Sebab ada orang complaint.

Tapi, overal, design, konsep, kemasan, binaan, dekorasi nya memang superb.

Sekali imbas, tak nampak macam hotel. Macam dalam bilik rumah kita pun ada kot. Tapi OK lah, cantik. Saya tengah duk plan ajak wife datang Sungai Petani untuk test hotel ni.

*saya dengan wife PJJ, so nanti nanti lah kami try ya

Mai tengok gambar gambar nya dahulu..

Pilihan Kedua – B Orange Hotel

atau pun Big Orange Hotel, hotel ini adalah antara hotel yang saya rekemen sangat sangat di artikel saya yang lepas. Ini dia, Senarai Hotel di SP. Anda boleh baca nya semula di sana.

Hotel sudah di kira lengkap dah. Dengan bajet RM 100 anda boleh terus dapat breakfast. Kedudukannya memang dekat dengan highway jadi senang kalau nak Exit atau nak In ke.

Pilihan ke 3 – Greencity Hotel

Ini bukan hotel budget pun, malah ia 4 star hotel. Tapi harganya kalau anda bertuah masih lagi boleh dapat dalam range RM 100 juga. terpulang lah kalau sempat ke tak ya.

Pilihan ke 4 – Rock Wood Hotel

Hotel ni macam mahal pula ya. Tapi macam menarik pula design contemporary nya. Mungkin anda boleh jadikan ia sebagai last option juga.

Pilihan ke 5 – M Season Hotel

Seterus nya level 1 star hotel pula. Hotel ni macam baru lagi, sebab baru register Booking.com tengah tahun 2018 yang lepas.

Pilihan ke 6 – Old Casa

Dan pilihan saya yang terakhir, ialah hotel Old Penang Casa Lagenda Hotel

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!