Hotel

Akhirnya Saya Jumpa, Hotel Terbaik di Sungai Petani

Bukan senang nak try try mana satu hotel terbaik. Dah la guna duit sendiri kan. Kalau orang sponsor tak apa juga. Kalau di Kulim hotel terbaik nya saya boleh kata, Fuller Hotel.

Di Kelantan pula, atau khas nya Kota Bharu saya suka di Jewel Hotel, kalau di Taiping pula saya suka kalau Hotel Flemington ni. Novotel Hotel pun ok juga. antara yang paling mendapat best review juga. Tapi, nanti lah. Tunggu wife saya balik untuk share share harga. Haha

Dan kali ni, saya di Sungai Petani. Sebelum ni, rasanya saya dah 3 hotel kot. Atau 2 hotel, kira kali ke 3 ni lah baru jumpa antara yang saya rasa terbaik dan puas hati.

Iaitu Le An Hotel, Sungai Petani

Saya da try T Hotel, masa tu dah terlampau mengantuk sangat. So bedal je la. Saya juga ada try AmanJaya Hotel. Tapi rasanya macam tak tulis lagi review AmanJaya Hotel.

Tak pe lah, anda terus ke Le An Hotel ya.

Berikut adalah sebab musabab kenapa saya suka Le An Hotel.

  1. kreatif dengan design

Sebenarnya theme theme yang pelbagai setiap bilik tak ada lah saya terlampau impress sangat pun. Tapi boleh la daripada tak ada. At least kita nampak la usha hotel ni kan. So hotel ni, kalau anda perasan akan gambar gambar di bawah, memang setiap bilik tu dihiasi dengan theme theme dekorasi yang berlainan. Ada yang macam dalam kereta, theme motor, aerospace, dan macam macam lagi. Kalau yang jenis bilik yang saya nginap ni pula jenis macam dalam studio muzik. Siap ada drum, gitar segala.

Lagi sekali, saya tak berapa nak nafsu sangat la dengan dekorasi ni, tapi ok lah. bagi saya, nampak kemas, dan jangan nampak terlampau simple sangat. Anda pernah pergi hotel Jewel Hotel kat Kota Bharu? Bilik tu susunan dia simple, tapi kalau masuk rasa macam mahal. Hah gitu la maksud nya.

Atau pun macam Hotel Chariton di Bukit Mertajam, sebelah Aeon tu. itu pun ok. Saya suka kekemasannya. Simple, tapi tak rasa kosong.

Tak pe lah, kita pergi ke point no 2 pula

  1. Kelengkapan Yang Lengkap

Anda biasa kan duk hotel bajet? Atau hotel yang harga dalam RM 100 ni. Bilik yang saya duduk ni RM 128. Biasa nya kalau bilik jenis harga harga gini mesti akan ada kelengkapan yang basic, dan susah nak ada kelengkapan macam di bawah ni:

  • peti sejuk mini
  • pengering rambut
  • tempat letak baju yang almari pun dapat
  • safety box
  • heater ( kadang ada juga yang tak ada dalam bilik tau )
  • telefon

susah kan hotel yang bajet dalam RM 100 ni nak ada kelengkapan atas ni? Tapi di Le An Hotel apa yang saya tulis tu semua ada. Macam Mornington Hotel Medan Ipoh. Walaupun hotel harga seratus, tapi pihak hotel berusaha untuk sediakan kelengkapan gini.

Memang la tak guna, saya sendiri pun tak guna. Tapi kalau bawa wife memang dia guna mini peti ais ni.

  1. shower mandi

Tau tak, dalam banyak banyak hotel yang saya duk try try ni. Kalau hotel tu shower jenis macam dalam gambar bawah ni, memang puas hati nak mandi.

Kiranya yang jenis turun dari atas macam hujan ni. Tak macam jenis show macam Hotel Seri Malaysia. Mancut ke hadapan kan.

Dia punya heater system pun di belakang dinding. Tak da la macam jenis pasang heater yang ada mesin tu depan biji mata kita. Kalau jenis macam ni, mudah nak guna. Kiri kanan sahaja untuk panas sejuk.

Good kan? Saya pun tak tau harga berapa. Rasa nak juga pasang kat rumah.

Oh ya, nak tambah sikit pasal kelengkapan hotel tadi, bila ada almari dalam bilik ni, nampak lebih kemas untuk simpan baju. Hotel ni pun guna aircon hitachi, tak brand media. Dalam salah satu pengalaman saya kan. Kalau brand media ni saya rasa macam bising sikit lah. Entah lah, mungkin salah. Bising ke tak bising ke, tidor juga kan.

Tapi saya suka kalau dalam hotel ni juga kipas. Sebab saya bukan jenis suka guna air con sangat pun. Nanti jadi demam.

Tak pe lah, itu sahaja kot.

Assamualaikum…

Tambahan, saya lupa pula. Antara faktor yang paling penting saya pilih hotel ialah mesti ada meja. Kalau tak nak tulis untuk kome ni macam mana kan. Kalau tunggu kat rumah, dah balik baru nak menulis mesti banyak point lupa. Time tu, wife la jadi mangsa. huhu

ok, itu ya, SAYA SUKA KALAU ADA MEJA. Dan setakat ini, hotel Seri Malaysia yang paling terbaik. sebab bagi meja macam nak study exam. Dah baca review hotel seri malaysia saya di Genting? ni link nya https://www.teamtravel.my/hotel-seri-malaysia-genting/

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!