Hotel

Habib Hotel Kota Bharu

Habib Hotel merupakan antara hotel yang paling selesa di Kota Bharu pada harga yang sangat berpatutan. Sebaik sahaja anda masuk ke dalam bilik, pasti akan terasa teruja dengan pemilihan warna dan kekemasan yang ditampilkan. Dengan lantai yang berlapik karpet cantik, dengan bilik nya lagi agak luas, memang buatkan siapa sahaja pasti akan rasa puas hati dengan hotel ini. Kalau tidak silap kami, hotel ini adalah salah satu satu hotel oleh Habib Jewel di Malaysia.

Harga Bilik Habib Jewel Hotel

Untuk harga bilik, kalau anda lihat di website, http://www.jewelshotel.com.my/room/deluxe lebih kurang dalam RM 160 ke atas.

Cadangan kami ialah anda jangan gunakan apa apa booking tool seperti Booking, Agoda atau sebagainya, lebih baik call sendiri, tanyakan harga booking dan buat keputusan terus kalau ada offer daripada pihak Hotel. Sebab, apa yang kami perasan, setelah 2 kali menginap di hotel ini. Setiap kali kami buat panggilan bertanyakan bilik kosong, pasti meraka akan beri offer untuk harga yang lebih baik.

Mungkin marketing strateginya begitu.

Restaurant Habib (breakfast include)

Harga bilik termasuk sekali dengan sarapan. Jadi memudahkan anda kalau memag perlukan untuk makan pagi, tapi masih lagi tak pasti di mana tempat lain untuk makan.

Walau pun kami ada kongsikan kedai makan menarik untuk anda sarapan pagi.

Parking – memang disediakan tempat parking yang luas. Kalau siang hari, mungkin agak sibuk juga parking di hadapan hotel habib, jadi mungkin anda perlu parking kereta jauh sedikit. Dan alih kenderaan anda di sebelah malam. Sebab parking habib ni sekali dengan bangunan kerajaan yang lain. seperti Mara, Bangunan Tabung Haji, Muzium, Hospital dan macam macam lagi..

Kemudahan WIFI – memang kami sudah cuba sendiri, memang agak laju juga walaupun di dalam bilik.

Kenapa anda mesti pilih Hotel Habib?

Pertama sekali adalah disebabkan keselesaan yang anda dapat. Seterusnya mungkin disebabkan lokasinya yang strategik berada di tengah tengah bandar Kota Bharu.

Berikut adalah antara jarak tarikan yang dekat dengan Hotel ini:

Kopitiam Kita – 5 minit

Antara tempat terbaik untuk anda bersarapan pagi. Kami juga ada senaraikan tempat lain di sini, https://www.teamtravel.my/sarapan-pagi-di-kota-bharu/

KB Mall – 6 minit

Pasar Siti Khadijah – 6 minit

RTC Kelantan – 14 minit

Tempat membeli belah seperti pasar siti khadijah. Ada juga ruangan jualan barang basah seperti ikan dan sebagainya. Juga ada foodcourt atau medan selera khas yang punyai pelbagai cita rasa tempatan.

Kampung kraftangan – 6 minit

Masjid Muhammadi4 minit

Masjid ini dibina pada tahun 1867 lagi, iaitu pada pemerintahan Sultan Muhammad II dengan menggunakan kayu kayu terpilih. Kemudian ditukar kepada konrit seperti yang sekarang pada tahun 1922, dan terus ditukar kepada Masjid Muhammadi yang sebelumnya Masjid Besar Kota Bharu.

Istana Batu – 5 minit

Bangunan ini dibina pada tahun 1939 pada zaman Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad IV sebagai hadiah perkahwinan oleh saudaranya, iaitu Yahya Petra. Yang kemudiannya tinggal di dalam bangunan ini sehingga 1960. Selepas berapa lama, Istana ini juga diduduki oleh beberapa orang ternama yang lain. Sebelum diserahkan kepada Kelantan State Government, dan pada tahun 1991, ia ditukarkan kepada Muzium sekarang.

Di dalam nya ada pelbagai ilmu salasilah keturunan di raja Kelantan.

Muzium Kelantan – 3 minit

Aeon – 11 minit

Bazar Tuk Guru – 4 minit

Tempat membeli belah…

PCB – 25 minit

Wakah Che Yeh – 15 minit

Sekian dulu untuk terikan dan disekitar Habib Jewel Hotel, insyaAllah penginapan anda di sini adalah antara yang terbaik. Untuk sarapan atau makan makan, anda boleh cuba di beberapa tempat yang kami cadangkan di bawah

Sarapan Pagi di Kota Bharu

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!