Hotel

Review Tune Hotel Kota Bharu, Kelantan

Ruginya saya tak pilih Habib Hotel, nak juga saya pilih untuk stay di Tune Hotel sebab fikirkan KB Mall sebelah nya sahaja.

Sekarang ni, Habib Hotel dah dipanggil Jewel Hotel, new branding. Saya pun ada perasan juga, habis semua nama nama nya di Booking.com, Google Map, berubah kepada Jewel Hotel.

Ceritanya macam ni, saya memang asal bukan orang sini, Kelantan. Tapi asal orang Ipoh, dan stay di Kulim. InsyaAllah sekarang dalam proses nak cari rumah di Bertam pula sebab dah kena buang kerja di salah satu kilang terbesar Kulim Hi Tech. Tak apa lah, bukan rezeki saya.

So saya balik Kelantan, jumpa wife. PJJ kami. Dah 3 tahun, dan decide untuk stay di Kota Bharu dalam 1 malam untuk saya siapkan kerja online saya ni. Banyak juga tertangguh sebab rumah wife internet kurang sikit. Kadang laju, kadang tak. Dan kebetulan ada PC Fair dalam KB Mall.

Tu yang saya pilih Tune Hotel sebelah nya. Dengan tak pernah duduk nya lagi, saja la saya nak try.

Saya ni, sejujurnya bukan nya jenis gamble untuk try itu ini tau, kalau saya da rasa selesa dengan sesuatu, memang tak lah untuk saya try try yang lain. Seperti contoh, kalau saya dah selesa naik bas ekspress Perdana dan Mutiara daripada Kulim ke Kota Bharu, memang bas ini la yang saya gunakan pun. SP Bumi tu saya guna bila dah terpaksa sahaja.

Berbalik dengan Tune Hotel tadi, berikut adalah apa sebabnya kenapa saya tak suka:

  1. not friendly staff

Saya malas nak cerita panjang sebenarnya ni. Saya pun faham, bila kita kerja ni, memang stress tu tak tercapai dek akal. Tapi staff admin di receptionist minta lebih friendly dan ikhlas bila bekerja. Tapi staff yang room service semua, insyaAllah ok kot.

  1. ada kelengkapan dalam bilik yang dah rosak atau tak berfungsi.

Bila teringat teringat balik, macam hotel Seri Malaysia pun ada. Hotel Seri Malaysia ni kan ke hotel lama, dan yang menguruskan nya pula, semua yang ada pangkat datuk semata mata, tapi, hotel nya takat tu juga. Usang.

Sikit lama lagi, Hotel Tune ni pun akan jadi macam tu juga kot.

Saya baru balik ni sebenarnya, so saya tulis sementera saya ingat. Antara dua benda yang saya perasan, kipas syiling yang dah tak berfungsi dan paip sinki yang dah boleh pusing 360 darjah. Selain tu, rasanya ok kot.

Bilik kecik? Erm ok lah kot. Biasa lah tu, semua hotel tune konsep nya macam ni kan. Even Tune Hotel di Kulim pun. Lagipun namanya tune, mungkin short form daripada stay tune kot. So sesiapa yang nak short trip sesuai lah.

2 ni je lah saya nampak, yang crucial orang kata. Nanti tulis lebih kang, kena saman pula kan.

Kedai Makan Hayaki Kota Bharu

Saya baru tahu, rupanya kedai makan atas lobby hotel Tune Kota Bharu ni guna lif yang sama juga anda naik ke bilik. So tak payah keluar hotel untuk masuk ke kedai makan hayaki. Hanya perlu pilih lif tingkat 1 sahaja.

Saya dah try Mee Kari Hayaki semalam, ok lah. sedap juga. nak kata sedap sangat pun tak boleh juga. sedap lagi Mee Kari RnR Semanggol. Tapi boleh lah. Kedai hayaki ni nampak mcam ekslusif kalau tengok dari bawah, bila dah sampai atas, rasanya macam o so sahaja design dan kemasan nya.

Baik lah, itu sahaja, apa apa pun. Saya menyesal, baik saya duduk di Habib, atau sekarang sudah bertukar menjadi Jewel Hotel.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!