Hotel

Hotel di Kota Bharu, Kelantan

Negeri Kelantan merupakan salah satu negeri yang menerima jumlah pelancong yang ramai setiap tahun. Keunikkan negeri yang terkenal dengan jolokan Che Siti Wan Kembang ini mempunyai seribu satu keistimewaan yang mampu membuatkan membuatkan pelancong mudah jatuh cinta. Tidak dinafikan, banyak tempat menarik di Kelantan termasuklah lokasi membeli-belah, tempat bersejarah dan yang paling penting makanannya yang sedap. Dari segi penginapan pula, banyak hotel di Kelantan yang boleh ditemui untuk melengkapkan percutian.

Kami akan membantu anda membuat pilihan dengan menyediakan senarai hotel di Kelantan yang sering menjadi tumpuan pelancong.

Hotel yang bakal kami kongsikan terdiri daripada hotel mewah yang berharga sekitar RM200 ke atas dan hotel bajet untuk mereka yang ingin mengurangkan kos perbelanjaan.

Hotel Renaissance – harga dari RM241

Boleh dikatakan hotel ini mempunyai cawangan di setiap negeri. Bagi negeri Kelantan, ia terletak di bangunan Kota Seri Mutiara, Jalan Langgar. Tak perlu kami ulas panjang lebar tentangnya kerana tahap keselesaannya sudah tidak dapat dipertikaikan lagi.

Grand Renaissance Kota Bharu menyediakan 7 variasi bilik untuk di pilih supaya bersesuaian dengan kapasiti dan bajet anda. Antaranya adalah Deluxe King Room, Club Deluxe King Room, Junior Suite, Delux Twin Room, Club Deluxe Twin Room, Kota Bharu Sweet, dan Deluxe Premier King Room.

Untuk pengtahuan, hotel ini berkongsi bangunan pengan pangsapuri, dan pusat membeli-belah Billion. Senang untuk anda membeli keperluan diri dan snek.

Kemudahan: 3 buah restoran, Wifi, parking percuma, kolam renang, spa, gimnasium, gelanggan tenis/badminton, peralatan ping pong.

Jarak dengan tempat menarik:

KB Mall – 1.4 km, 5 minit

Aeon Mall – 3.7 km, 12 minit

Pasar Siti Khadijah: 3.2 km, 12 minit

Wakaf  Che Yeh – 4 km, 9 minit

Alamat: Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra, Bandar Kota Bharu, 15150 Kota Bharu, Kelantan (Google Maps Location)

Grand Riverview Hotel – harga dari RM189

Hotel ini mendapat namanya kerana lokasinya di tepi Sungai Kelantan. GRV adalah antara hotel yang menjadi pilihan pelancong kerana jaraknya dengan lokasi tumpuan seperti Pasar Siti Khadijah cuma 10 minit. Penulis sendiri pernah menginap di sini. Cukup selesa. Interiornya tidaklah moden atau fancy tetapi untuk rehat secukupnya dalam keadaan selesa, memang berbaloi. Terdapat tiga buat restoran berbeza iaitu D Breasserie yang menyajikan masakan tempatan dan Barat, Chao Yuan pula menawarkan Chinese cuisine di mana dim sum nya cukup sedap! Manakala The View pula menghidangkan cocktail

Hotel ini baru sahaja dinaik taraf. Lobby dan hallwaynya serba baharu.

Kemudahan: Swimming pool, breakfast, wifi, parking percuma, gimnasium, room service.

Jarak dengan tempat menarik:

Kampung Kraftangan – 900 meter, 4 minit

KB Mall – 2 km, 6 minit

Aeon Mall – 3.4 km, 8 minit

Alamat: Jalan Post Office Lama, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu,  (Google Maps Location)

Hotel Perdana – harga dari RM204

Hotel Perdana juga baru sahaja dinaik taraf, serba serbi baharu di sini. Ia terletak di Jalan Mahmood iaitu di dalam bandar Kota bharu. Salah satu pilihan terbaik kalau anda inginkan keselesaan. Malah, ia Cuma 10 minit dari pasar Siti Khadijah dan Bazar Tok Guru.

Hotel mendapat rating yang agak tinggi dari pelanggan. Mana tidaknya, bertaraf 5 bintang dan kemudahan di sini boleh dikatakan sempurna. Makanan yang dihidangkan di restorannya iaitu Cerena Coffee House dan Jade Restaurant juga memikat hati pelanggan.

Selain itu hotel ini mempunyai 7 jenis bilik yang berlainan.

Kemudahan: Kolam renang, wifi, parking percuma, spa, gimnasium, room service, breakfast, airport shuttle.

Jarak dengan tempat menarik:

Pasar Siti Khadijah

KB Mall – 800 m, 3 minit

Wakaf Che Yeh – 3.9km, 9 minit

Pantai Cahaya Bulan – 12 km, 28 minit

Alamat: Jalan Mahmood, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan  (Google Maps Location)

Tune Hotel – harga dari RM91

Hotel berkonsepkan butik seperti ini sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Apatah lagi Tune Hotel yang merupakan anak syarikat Air Asia ini mempunyai cawangan di seluruh Malaysia dan sangat dipercayai.

Sama seperti cawangannya yang lain, Tune Hotel menawarkan harga bilik yang berpatutan. Ia adalah hotel bajet di Kota Bharu. Ingin penulis ingatkan bilik di Tune Hotel ini agak sempit dan tidak sesuai jika datang bersama keluarga besar.

Tidak banyak kemudahan disediakan, menurut laman Booking.com, wifi dan parking tidak tersedia kepada pelanggang. Tetapi mereka menjanjikan bili yang bersih dan selesa.

Jarak dengan tempat menarik:

KB Mall – 0 m, 1 minit berjalan kaki

Aeon Mall – 2.2km, 8 minit,

Wakaf Che Yeh – 4.4km, 9 minit

Pasar Siti Khadijah – 2.2km, 8 minit

Alamat: KBCC, Jalan Hamzah, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan (Google Maps Location)

Ridel Boutique Hotel – harga dari RM93

Melengkapkan senarai hotel murah di Kelantan adalah Ridel Boutique yang merupakan salah sebuah hotel berkonsepkan butik. Dengan menggunakan hitam sebagai warna tema, ia jelas menampakkan hotel ini lebih elegan dan minimalist.

Menariknya, ia terletak betul-betul di tepi sungai Kelantan, ini membolehkan anda lepak di restorannya sambil menikmati pemandangan matahari tenggelam di waktu petang.

Usah risau soal makanan kerana terdapat banyak restoran di hadapan hotel ini yang boleh anda pilih.

Terdapat dua buah cawangan Hotel Ridel di Kota Bharu, yang satu lagi terletak di Wakaf Che Yeh, yang juga menjadi tempat tumpuan orang ramai.

Kemudahan: Wifi, parking percuma.

Jarak dengan tempat menarik:

Pasar Malam Wakaf Che Yeh – 300m, 2 minit

Kampung Kraftangan – 6.8km, 19 minit

Alamat: PT 762, Blok H , Pasar Awam Wakaf Che Yeh, Kota Bharu  (Google Maps Location)

Jewels Hotel (Habib Hotel) – harga dari RM122

Dahulunya dikenali sebagai Habib Hotel kerana ia merupakan hotel yang beroperasi di bawah naungan syarikat pengeluar barang kemas, Habib Jewels. Hotel ni nampak je kecil, tetapi ia mempunyai restoran dan menyediakan breakfast kepada pelanggan.

Terdapa dua jenis bilik sahaja iaitu Superior Double atau Twin dan Deluxe Double atau Twin.

Kemudahan: Wifi, restoran.

Jarak dengan tempat menarik:

Pasar Siti Khadijah – 1.2km, 5 minit

KB Mall – 1.6km, 5 minit

Aeon Mall – 3.7km, 11 minit

Pantai Cahaya Bulan – 11km, 27 minit

Alamat: Lot 1159 & 1162, Seksyen 11, Jalan Maju, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan (Google Maps Location)

Crown Garden Kota Bharu – harga dar RM155

Crown Garden Hotel merupakan salah satu hotel bertarf tiga binta yang berbaloi untuk diinap. Dengan harga serendah RM155, anda dapat bermalam dengan selesa dan bersih.

Ia juga mempunyai restoran sendiri yang menyediakan hidangan buffet dan ala carte.

Terletak di Jalan Kebun Sulta, ia merupakan salah sebuah hotel di kota bharu berdekatan Pasar Siti Khadijah.

Kemudahan: Wifi, restoran, parking percuma, bar, karaoke (caj tambahan)

Jarak dengan tempat menarik:

Pasar Siti Khadijah – 1.4km, 5 minit

Wakaf Che Yeh – 5.7km, 13 minit

Bazar Tok Guru – 1.9km, 7 minit

Alamat: Jalan Kebun Sultan, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan (Google Maps Location)

Holiday Villa Hotel & Suites – harga dari RM151

Paling tersohor di kawasan Wakaf Che Yeh kerana ia terletak betul-betul di hadapan pasar malam. Anda tidak perlu risau akan kualiti servis Holiday Villa kerana rangkaian hotel ini memang sudah diketahui umum.

Pelbagai hidangan kegemaran tempatan dan Barat dihidangkan di Lagenda Restaurant. Coffee Bar di restoran menawarkan pilihan kopi tempatan dan yang diimport.

Kolam renangnya yang luas sudah pasti akan menambahkan lagi keseronokan menginap di sini.

Kemudahan – Wifi, room servis, restoran, parking percuma, tv satelit, gimnasium.

Jarak dengan tempat menarik:

KST Ikan Bakar – 750 m, 2 minit

Aeon Mall- 4.6km, 11 minit

Pasar Siti Khadijah – 5.5km, 13 minit

Alamat: PT 968, Jalan Kuala Krai, 15150 Kota Bharu, Kelantan (Google Maps Location)

Emaslink Pacific Hotel

Ini merupakan hotel bertaraf tiga bintang yang terkenal di Kelantan. Mungkin juga kerana ia nampak gah dari luar bangunan. Antara hotel di Kelantan yang ada kolam renang.

Di sini anda boleh menikmati hidangan ala carte istimewa di dua buah restoran iaitu id Roses Cafe dan Pacific Lounge.

Kemudahan: Kolam renang, wifi, parking percuma, restoran, laundry.

Jarak dengan tempat menarik:

Pasar Siti Khadijah – 3.8km, 11 minit

Wakaf Che Yeh – 7.1km, 17 minit

Bazar Tok Guru – 4.8km, 13 minit

Alamat: Jalan Pengkalan Chepa, Kampung Kweng Dollah, 15400 Kota Bharu, Kelantan (Google Maps Location) 

Semoga dengan artikel hotel di Kelantan ini dapat membantu anda dalam merancanakan percutian di negeri ini. Yelah, mencari hotel dengan tarikan dan tempat menarik itu perlu supaya dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!