Hotel

Chalet di Kelantan

Kelantan, sebuah negeri yang kaya dengan adat, budaya, sejarah, dan tarikan menarik. Biarpun pembangunannya tidak pesat seperti negeri negeri lain, Kelantan tetap menjadi destinasi pelancongan popular. Kelantan bukan sahaja sering menjadi pilihan mereka yang ingin membeli belah dan memburu makanan sedap, tetapi juga kerana pantainya. Jika anda memilih untuk menginap di tepi pantai kami akan cadangkan beberapa buah chalet di Kelantan untuk rujukan anda.

Resort dan chalet yang akan kami kongsikan di bawah terdiri daripada chalet murah dan mewah.

#1 Perdana Resort, PCB

Resort ni terletak betul-betul di tepi pantai. Mula beroperasi sejak 1990, ia menjadi salah satu pilihan utama pelancong kerana kawasan dan chaletnya agak luas. Pengunjung tidak dibenarkan bermandi manda di pantai kerana ombaknya yang besar dan telah ditambak dengan batu.

Tetapi jangan risau kerana anda boleh berenang di swimming pool yang disediakan. Ini merupakan salah satu resort yang ada kolam renang di Kelantan.

Banyak sebenarnya kelebihan menginap di sekitar Pantai Cahaya Bulan (PCB) ini. Kerana ia terletak di dalam daerah Kota Bahru dan dekat dengan tempat-tempat menarik.

Kemudahan: Swiming pool, Wifi, restoran, aktiviti outdoor

Jarak dengan tempat menarik:

  • Pasar Siti Khadijah – 17 minit
  • Kampung Kraftangan – 16 minit
  • KB Mall – 21 minit
  • Bazar Tok Guru – 21 minit

Alamat: Jalan Kuala Pa Amat Kota Bharu, Kelantan 15710, 15350 Kota Bharu, Kelantan  (Google Maps Location)

#2 Pasir Belanda Resort

Untuk pengetahuan, Pasir Belanda Resort ini diuruskan oleh keluarga berbangsa Deutch yang telah lama menetap di sini. Berkonsepkan kampung, Pasir Belanda sentiasa menjadi pilihan pelancong luar negara yang ingin merasai sendiri suasana kampung yang tenang.

Terdapat beberapa buah unit chalet yang mempunyai sentuhan rekaan Melayu lama. Bahkan ia turut memiliki sebuah infinite swimming pool yang terletak di tepi sungai.

Kemudahan: Wifi, kolam renang, taman permainan, basikal untuk disewa, tree house, bot.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Pasar Siti Khadijah – 13 minit
  • Wakaf Che Yeh  – 20 minit
  • Aeon Mall – 19 minit

Alamat: Kampong Banggol, Jalan PCB, 15350 Kota Bharu, Kelantan  (Google Maps Location)

#3 Home Beach Village Resort

Terletak di tengah-tengah antara PCB dan pusat bandar. Bonus jika anda ingin jalan-jalan di kedua tempat ini. Kami yakin anda akan selesa bermalam di resort dua bintang ini. Lebih-lebih lagi jika datang membawa keluarga besar. Malah, swimming pool juga disediakan.

Kemudahan  Swimming pool, Wifi, memancing, family room

  • Jarak dengan tempat menarik:
  • Wakaf Che Yeh – 29 minit
  • Pasar Siti Khadijah – 21 minit
  • Bazar Tok Guru – 24 minit

Alamat: Banggol, 15350 Kota Bharu, Kelantan (Google Maps Location)

#4 Putera Valley Resort – harga dari RM245

Putera Valley Resort yang terletak di Tanah merah ini sesuai untuk seisi keluarga. Dengan pelbagai pilihan kemudahan outdoor, resort ini pasti akan merakam memori yang bermakna bersama yang tersayang.

Dari segi bilik pula ia berkonsepkan chalet dengan design moden, dan bersih.

http://ainsheyru96.blogspot.com/2015/10/putra-valley-in-tanah-merah-kelantan.html

Selain itu, Putera Valley Resort turut menjadi pilihan institusi, syarikat, dan sekolah untuk mengadakan kurus, seminar, dan bengkel pelajar. Di sini anda boleh melakukan aktiviti  menarik seperit bermain paintball, rentas halangan, berkanu, dan lain-lain.

Kemudahan: Dewan, tapak perkhemahan, kolam renang, tasik, breakfast

Jarak dengan tempat menarik:

  • Bandar Kota Bharu – 1 jam 8 minit
  • Wakaf Che Yeh – 54 minit
  • Rantau Panjang – 46 minit
  • Pengkalan Kubor – 1jam 12 minit

Alamat: Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan (Google Maps Location)

#5 Bayu Melawi Chalet (RM110 – Booking.com)

Dikelilingi pokok kelapa dan pasir memutih, Bayu Melawi Chalet terletak di tepi Pantai Melawi, Bachok ini tidaklah mewah. Tapi cukup untuk menghilangkan kepenatan setelah seminggu berkerja keras. Persekitarannya juga bersih.

Ia boleh dikatakan sebagai resort murah di Kelantan. Kerana persekitaran dan harganya memang terbaik!

Kemudahan: Mini swimming pool, Wifi, tv satellite, aircond.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Tok Bali – 13 minit
  • Airport – 45 minit
  • Bandar Kota Bharu – 46 minit

Alamat: Kampung Sungai Dua, Pantai Melawi, 16300 Bachok, Kelantan (Google Maps Location)

#6 Tok Aman Bali – harga dari RM218

Kami boleh kelaskan Tok Aman Bali sebagai resort terbaik di Kelantan. Dengan taraf lima bintang, Tok Aman Bali memenuhi segala impian percutian anda.

Dari jauh lagi anda pasti akan nampak resort ini sebab ia terletak di tepi jalan raya. Resort ini sentiasa menjadi pilihan buat mereka yang mahukan percutian mewah, selesa, dan lengkap dengan segala kemudahan.

Kemudahan: Kolam renang, wifi, breakfast, restoran, tasik, berkanu, private beach.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Kota Bharu – 1 jam
  • Airport – 1 jam
  • Wakaf Che Yeh – 58 minit

Alamat: 6264-1, Pantai Bisikan Bayu, 16700 Kelantan (Google Maps Location)

#7 Sudara Beach Resort

Resort di Bachok Kelantan ini memiliki landskap yang mempersonakan. Dengan persekitaran yang luas, resort ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan bukan hanya penginapan selesa sahaja.

Anda boleh melakukan aktiviti outdoor kerana di sini seperti menunggang kuda dan memancing, bermain badminton, dan lain lain. Sudara Beach Resort ini termasuk dalam senarai resort di Kelantan yang best.

Kemudahan: Swiming pool, Wifi, restoran, aktiviti outdoor

Jarak dengan tempat menarik:

  • Kota Bharu – 58 minit
  • Rantau Panjang – 1 jam 18 minit
  • Airport – 49 minit

Alamat: Lot 128 Mukim Telong, Jalan Tok Bali,, 16300 Kampong Cham Tangga, Kelantan  (Google Maps Location)

Bagi yang memilih untuk menginap di hotel pula, jangan khuatir. Banyak hotel menarik di Kelantan yang boleh anda pilih. Dari hotel murah hinggalah hotel mewah.

Antara yang hotel yang kami kumpulkan adalah:  

  • Ridel Hotel – RM146
  • Jewels Hotel – RM154
  • Hotel Perdana – RM236
  • Holiday Villa & Suites – RM145

Percutian di Kelantan sememangnya menyeronokkan. Terutama bila anda berasal dari kotaraya, sudah pasti bakal memberikan pengalaman yang berbeza. Kami pasti anda pasti tidak akan kecewa bila dapat shopping dan menjamu selera di sini. Akhir kata, semoga cadangan beberapa chalet di Kelantan ini dapat membantu dalam merancanakan percutian anda kelak.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *