Hotel, Tempat Menarik

Tok Aman Bali Review Beach Resort

Antara resort yang paling popular dan yang paling mendapat sambutan di Tok Bali, Bachok, Kelantan ialah Tok Aman Bali Beach Resort. Buktinya di Google Map sahaja, resort ni mendapat lebih 500 review berbanding dengan resort berdekatan yang lain nya hanya dalam 100 reviews sahaja. Lebih baiknya, walaupun Tok Aman Bali ada lebih 500 orang meninggal kan review, purata rating nya masih lagi dalam kedudukan 4.0. Bermaksud, rata rata mereka yang meninggalkan review meletakkan 4.0 rating ke atas.

Bermaksud, mereka memang puas hati akan layanan di sini.

Berikut, adalah antara pemangkin kenapa mereka dan penulis sendiri yang turut juga pernah menginap di sini:

Layanan yang baik – penulis sendiri, pernah berkunjung ke salah satu resort lain berdekatan dengan Tok Aman Bali, apa yang kami boleh simpulkan, ibarat di jaga oleh budak budak remaja yang mungkin tak beberapa pentingkan kepuasan pelanggan. Order kami sampai lambat, dan resort tersebut pun masih lagi tampak macam kelam kabut.. Berbanding dengan Tok Aman Bali, segala pengurusan nampak lancar.

Pilihan Makanan Yang Banyak – ini memang faktor yang sudah pasti. Ingat lagi, untuk makan malam. Resort ini siap sediakan gerai gerai pelbagai masakan, lebih daripada 10 gerai gerai kecil yang masak masakan berlainan. Gerai gerai ini juga dibuka berhadapan dengan kolam renang dan kawasan lapang yang luas. Untuk mengisi masa lapang, tambah lagi mereka yang berkeluarga ramai, memang sesuai tarikan sebegini.

Kemudahan yang ada…

Dan antara yang paling penting juga, tarikan yang disediakan

Fikir sendiri…

Bila mana mana resort di buka, secara kebiasaannya aktiviti kita hanya tertumpu pada tarikan yang disediakan di dalam resort sahaja, seperti kolam renang dan sebagainya. Banding dengan menginap di Hotel, masa atau tarikan utama adalah bergantung kepada tarikan yang sudah sedia ada yang berdekatan dengan Hotel.

Dan kami percaya Tok Aman Bali Beach Resort adalah antara yang patut jadi pilihan anda.

Berikut adalah antara penginapan lain yang mungkin boleh menjadi pilihan terbaik anda.

Bayu Melawi Chalet

Susunan terest chalet ini dikelilingi dengan pokok kelapa menghadap ke pantai. Terletak di Kampung Sungai Dua, atau lebih kurang 30 kilometer daripada Kota Bharu atau 50 minit pemanduan kereta. Setiap bilik dilengkapi dengan penyaman udara dan flat screen TV. Chalet paling rendah ialah lebih kurang RM 140

Al Khatiri Hotel

Hotel ini terletak di Kubang Kerian, lebih kurang 45 minit ke Bachok Kelantan. Mendapat review yang agak positif di Booking.com. Turut menyediakan restaurant khas sendiri pun para tetamu. Jarak perjalanan lebih kurang 16 minit sahaja untuk ke Kota Bharu.

Harga Bilik – RM 160 – RM 373

Bintang Square Hotel 

Akhir sekali, yang kami boleh cadangkan ialah Bintang Square Hotel di juga terletak di Kubang Kerian. Di Hotel 3 bintang ini, setiap bilik dilengkapi almari untuk kemudahan pelawatnya.

Kami cadangkan Hotel ini bukan sekadar ia mempunyai 3 bintang, bahkan bilik nya yang paling rendah ialah RM 80. Boleh dikatakan harga mampu bilik untuk sebahagian besar kita yang travelling. 
Booking.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!