Melalui artikel kali ini kami akan kongsikan antara tempat menarik di Kulai, Johor, yang boleh and terokai. Kulai tidak se-popular daerah lain seperti Johor Bahru, Pasir Gudang, atau Mersing yang kaya dengan tarikan pelancongan. Namun ini tidak bermakna Kulai tidak mempunyai tarikannya yang tersendiri.
Manalah tahu, dah terlajak anda berada di daerah Kulai ini, teringin juga untuk beristirehat dan melihat apa yang menari di sini.
Untuk itu, kami senaraikan antara tempat menarik di Kulai.
#1 Nanyang Fish Farm
Terletak di Air Bemban, Nanyang Fish Farm adalah sebuah premis perniagaan yang menjual dan memperlihatkan pelbagai jenis hidupan laut untuk tatapan umum. Boleh dikatakan hampir 80 peratus berkaitan tentang pemeliharaan ikan.
Di sini, anda boleh lihat pelbagai spesis ikan, ketam, lobster, kura-kura, dan tumbuhan dalam laut. Ia dipamerkan dalam ratusan aquarium berserta label penuh informasi.
Kami pasti kanak-kanak pastu teruja melihat pelbagai spesis ikan dari puluhan spesis dan warna.
Kalau berkenan, beli sahaja. Harga ikan dijual mengikut spesis dan saiz.
Di samping itu, Nanyang Fish Farm turut menjadi tempat untuk mendapatkan makanan ikan, aquarium, dan sangkar haiwan peliharaan.
Petting Zoo
Selain mempamer dan menjual, Nanyang Fish Farm turut menyediakan petting zoo untuk anda mendekat haiwan peliharaan yang jinak. Haiwan seperti kucing, kura-kura, arnab, ayam, itik, dan lain-lain.
Fun fishing
Untuk kaki pancing, anda juga berpeluang memancing di kolam yang disediakan. Syaratnya, anda perlu melepaskan semula hasil tangkapan. Ia adalah untuk hiburan semata dan demi menjaga ekosistem dan spesis ikan.
Waktu operasi: 10 am β 7 pm
Harga tiket: RM2 (petting zoo) | RM8 (fun fishing)
Alamat: MLO 197, Air Bemban, 81020, Kulai
#2 Johor Premium Outlets
Salah tempat menarik di Johor adalah kerana daerah ini mempunyai banyak tempat shopping. Yang paling popular sudah tentu Johor Premium Outlets.
Johor Premium Outlets(JPO) merupakan pusat membeli-belah yang memfokuskan fesyen dan pakaian dari jenama terkemuka. Ini merupakan cawangan pertama sebelum ia dibuka di Genting Higlands.
Sejak ia beroperasi, tidak pernah lekang dari menerima kehadiran pengunjung baik dari dalam mahupun luar negara.
Banyak butik jenama terkenal yang boleh anda temui di sini seperti Levis, Prada, Coach, Victoriaβs Secret, dan banyak lagi. Selain shopping, nikmati hidangan istimewa di cafe dan restoran yang ada.
Disebabkan banyak juga cafe menarik, JPO juga adalah tempat lepak di Kulai.
Waktu operasi: 10 am β 10 pm
Alamat: Jalan Premium Outlets Indahpura, 81000 Kulai, Johor
#3 Hutan Bandar Putra
Sebuah taman rekreasi untuk seisi keluarga. Hutan Bandar Putra ini sudah tidak asing lagi bagi warga Kulai. Taman berlandskap indah, penuh dengan kemudahan, serta mempunyai taman permainan yang luas. Anak-anak pasti suka!
Taman permainan di sini menempatkan kira-kira 10 gelongsor berbeza untuk menampuh jumlah pengunjung yang ramai.
Anda dapat bersantai, beristirehat, bersukan, dan berbasikal kerana terdapat trek khas untuk melakukan aktiviti itu.
Apa yang membezakan taman ini dengan yang lain adalah kerana lokasinya yang dekat dengan lapangan terbang. Selain bersantai bersama keluarga dapatlah juga melihat pelbagai jenis kapal terbang melintas di udara.
Alamat:Β 81000 Kulai, Johor
#4 Hutan Lipur Gunung Pulai
Merupakan khazanah Johor dan Malaysia yang tidak diterokai demi menjaga alam sekitar dan ekosistem. Ia dbuka kepada orang ramai untuk melihat keindahan flora dan fauna.
Di sini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti:
- Mandi sungai
- Berkelah
- Berkhemah
- Mandi air terjun
- Jungle trekking
Kemudahan seperti tandas, surau, wakaf, tempat letak kereta, trek jogging juga lengkap untuk memudahkan orang ramai.
Untuk masuk hutan, anda perlu mendapat kelulusan dari pihak pengurusan terlebih dahulu.
Alamat: Jln TM Gn Pulai, 81000, Johor
#5 Nasi Lemak Wak Kentut
Mencari tempat makan menari di Kulai? Kami cadangkan anda ke gerai Nasi Lemak Wak Kentut. Namanya mungkin agak mencuit hati. Tetapi percayalah, keenakan nasi lemaknya bakal membuatkan anda kembali ke Kulai.
Apa yang membezakan nasi lemak di sini dengan gerai lain adalah ayam gorengnya yang luar biasa sedap. Tidak menggunakan ayam goreng berempah, sebaliknya menyediakan ayam goreng tepung yang lazat.
Kata orang βrangup di luar, lembut di dalamβ. Digabungkan pula dengan sambal ikan bilis yang sedap dan tidak terlalu pedas.
Keenakan nasi lemaknya menarik semua golongan dan tidak mengira bangsa.
Waktu operasi: 5 pm β 12 am
Alamat: 2130, Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor
#6 Major Street Cafe
Dari namanya kita sudah dapat mengagak hidangan apakah yang ditawarkan di Major Street Cafe. Kafe berkonsepkan hipster ini menyajikan pelbagai makanan Western yang menyelerakan.
Hidangan seperti lamb grill t bone steak, fish and chips, lasagna, meatballs, homemade burger, dan lain-lain ada dijual di sini.
Hiasannya yang berasaskan kaku membuatkan anda seolah berada di Eropah. Apatah lagi logo kafe ini tidak ubah seperti logo keretapi bawah tanah, di London.
Waktu operasi: 12.30 pm β 2 am
Alamat: 88, Jalan Kenanga 29/7, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor
Tempat menarik di Pasir Gudang
Oleh kerana jarak dari Pasri Gudang ke Kulai cuma memakan masa 48 minit sahaja, apa kata anda teruskan pemanduan ke sana. Sebab banyak tempat menarik di Pasir Gudang. Menyesal kalau tak pergi, kat sana ada:
Taman Pertanian Kong Kong
TS Wonderland Indoor Water Theme Park (salah satu tempat mandi di Johor yang best!
Muzium Layang Layang Pasit Gudang
Pasir Layar
Sri Pantai Seafood Restaurant
Sarang Buaya Tanjung Langsat
Bazar Karat Pasir Gudang
Makan Klimaks Chop & Grill
Tempat menarik di Senai
Lapangan Antarabangsa Senai β dapat membeli belah di pasaraya bebas cukai
Teddy Town & Soapz Factory
Kelapa Sawit Mural
Rina Balinese Resort
Kalau anda berada di kawasan sekitar, jangan lupa untuk singgah ke tempat menarik di Kulai yang kami senaraikan di atas. Sangat berbaloi untuk anda menghabiskan masa bersama keluarga tersayang.