Muar merupakan daerah yang tidak asing lagi dalam menyumbang kepada sektor pelancongan Johor. Daerah ini penuh dengan khazanah sejara, tarikan alam semula jadi, rekreasi, dan tempat makan yang pasti membangkitkan selera anda. Kami yakin yang anda tidak akan kecewa sekiranya meluangkan masa untuk melawat tempat menarik di Muar ini.
Jika anda sudah berada di Johor Bahru, singgah sebentar di Muar. Kerana perjalanan dari Muar ke JB hanya memakan masa selama 2 jam sahaja.
Untuk itu, TeamTravel akan menyenaraikan sejumlah tempat menarik di Muar untuk anda jadikan panduan kelak.
#1 Taman Tanjung Emas Muar
Sebuah taman rekreasi yang tidak asing lagi buat penduduk tempatan. Terletak di muara Sungai Muar, Taman Tanjung Emas dilengkapi dengan pelbagai kemudahanΒ untuk kegunaan orang ramai.
Fasiliti seperti taman permainan, laluan pejalan kaki, trek jogging, tandas, dan pondok menjadikan ia sesuai untuk beriadah di waktu petang.
Taman ini turut diserikan dengan pemandangan tebing sungai yang indah dan mendamaikan.
Bukan itu sahaja, terdapat perkhidmatan bot atau βMuar River Cruiseβ untuk menyusuri Sungai Muar. Pemandangan Sungai Muar memang cantik dan bersih. Sepanjang 45 minit, macam macam anda boleh tengok. Anda boleh menaiki bot ini di Jeti Tanjung Emas.
Harga tiket Muar River Cruise: Dewasa RM12 | Kanak-kanak RM7
Alamat: Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor
#2 Don Hu Jurassic Garden Muar
Ini adalah antara tarikan terbaharu Muar yang boleh anda lawati bersama keluarga. Don Hu Jurassic Garden merupakan sebuah taman yang dipenuhi dengan replika haiwan prasejarah, dinosaur.
Lebih 30 unit dinosaur dari pelbagai saiz dan spesis ditempatkan di sini. Semuanya nampak cantik dan berkualiti kerana ia ditempah khas dari China.
Berada di dalam taman ini membuatkan anda seolah berada di dalam filem Jurassic Park.Β Ini kerana sesetengah dinosaur mengeluarkan bunyi dan menggerakkan ekor.Β Landskap taman juga cantik sekaligus menghidupkan suasana.
Harga tiket: Percuma
Alamat: Jalan Pintasan Muar; 84000 Muar
#3 Kolam Air Panas Sungai Gersik
Seperti yang kita tahu, berendam di dalam kolam air panas semula jadi banyak khasiatnya untuk kulit dan sendi. Terletak di Mukim Sungai Balang, kolam air panas ini sudah menjadi salah satu kemudahan untuk orang awam merawat dan beriadah bersama keluarga.
Ramai yang datang dari seluruh negeri Johor untuk berendam di dalam air yang bersuku 50 β 70 darjah celcius ini.
Apa yang menarik, ia juga dikategorikan sebagai tempat mandi di Muar kerana terdapat beberapa buah kolam termasuklah yang bersuhu normal untuk kanak kanak.
Kolam Air Panas Sungai Gersik dilengkapi surau, bilik mandi dan persalinan, chalet, pondok wakaf, gerai makan, ruang parkir termasuk untuk orang kurang upaya (OKU).
Harga tiket: Percuma
Waktu operasi: 8.30am β 7pm
Alamat: JALAN KOLAM AIR PANAS KG GERSIK, 83610 JOHOR. Jawa,, Sungai, 84150 Semerah, Johor
#4 Pantai Leka
Pantai Leka merupakan satu-satunya pantai di Muar yang boleh anda kunjungi. Terletak di Parit Jawa, ia adalah sebuah perkampungan nelayan yang sibuk dengan aktiviti menangkap ikan.
Tidak sesuai untuk di jadikan tempat bermandi manda kerana kawasannya berselut.
Akan tetapi Pantai Leka sangat cantik untuk anda bergambar. Lebih-lebih lagi jika anda datang pada waktu matahari terbenam! Wow!
Selain itu Parit jawa adalah kawasan migrasi burung terutama pada bulan Oktober hingga Mac.
Oleh kerana ia tidak sesuai untuk mandi,kami cadangkan anda bergambar menikmati makanan laut dan asam pedas di restoran-restoran yang ada.
Alamat: Jalan Jabbar, 84150 Parit Jawa
#5 Gunung Ledang
Salah satu jalan untuk meneroka kawasan Gunung Ledang adalah melalui Muar. Hutan simpan yang terkenal dengan mitos Puteri Gunung Ledang ini menjadi syurga buat penggemar aktiviti lasak seperti mendaki gunung, berkhemah, dan jungle trekking.
[Baca] 12 Tempat Menarik di Batu Pahat
Untuk melakukan aktiviti ini, anda memerlukan permit terlebih dahulu. Banyak persiapan yang perlu dilakukan kerana pendakian mengambil masa sekitar 5 hingga 6 jam untuk sampai ke puncak.
#6 Masjid Sultan Ibrahim
Juga dikenali sebagai Masjid Jamek Muar. Ia dibina pada tahun 1890 lagi. Senibina masjid inilah yang sebenarnya membuatkan ia lain dari yang lain. Menggabungkan elemen Barat dan Timur Tengah, malah ia berwarna biru iaitu warna yang sinonim dengan negeri Johor.
Jika anda menaiki Muar River Cruise seperti yang kami sebutkan di atas, anda akan melalui masjid ini dan melihatkan dari sudut berbeza.
Alamat: Jalan Petri, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar
#7 Muzium Bukit Kepong
Admin pasti anda semua tahu akan tragedi Bukit Kepong bukan? Tragedi di mana berlakunya pertumpahan darah polis dan penduduk tempatan dalam menentang komunis.
Sebuah muzium yang diberi nama Galeri Darurat Bukit Kepong diabadikan di sini untuk pengunjung mengetahui sejarah yang berlaku. Dalam masa sama untuk menghayati pengorbanan yang telah dilakukan.
Ini merupakan tempat bersejarah di Muar yang boleh anda lawati.
Alamat: Jln Muar-Labis, Bukit Kepong, 84600, Johor, Malaysia
#8 Nasuha Spices & Herbs Paradise
Ladang dan rempah ratus dan herba ini agak unik dan jarang sekali untuk ditemui. Ini kerana ia dibuka kepada orang ramai untuk mengenali dan mempelajari bagaimana rempah ratus ditanam dan diproses.
Pelbagai rempah ratus yang boleh pengunjung lihat sama ada rempah yang digunakan untuk masakan serta herba kesihatan.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjamu selera direstoran, manjakan diri di spa, serta menginap di chalet yang disediakan
Alamat: KM 13, Jalan Muar-Pagoh, 84500, Muar, Johor, Malaysia
#9 Taman Tanjung Ketapang
Kawasan paya bakau yang di ubahsuai menjadi tempat rekreasi. Pengunjung boleh berjalan jalan di atas landasan yang disediakan. Sepanjang berada di landasan tersebut, anda akan dihidangan dengan pelbagai pelbagai jenis binatang seperti monyet dan beberapa jenis haiwan lain.
Saksikan juga panorama matahari terbenam yang mengasyikkan, kerana pantulan cahaya matahari pada air surut di sini sangat indah.
Alamat: Taman Tanjung Ketapang, Jalan Timbalan, Taman Sri Tanjung, 84000 Muara
#10 Asam Pedas Mak Pon
Berkunjung ke Muar memang tidak akan lengkap kalau tak rasa hidangan asam pedas. Hah, kalau nak ke restoran asam pedas sedap, singgah sahaja ke restoran Asam Pedas Mak Pon di medan selera Parit Jawa.
Ramai yang memuji hidangan asli Johor ini sehinggakan ia dimasukkan dalam laman web rasmi pelancongan negeri Johor.
Anda boleh memilih pelbagai jenis ikan segar seperti ikan kembung, ikan keli, ikan mayong, pari, dan sebagainya. Kuahnya pekat dan mempunyai rasa yang sempurna.
Waktu operasi: 8am β 5pm |tutup pada Jumaat
Alamat: Gerai nombor 6 medan asam pedas, 84150 Parit Jawa, Johor
#11 Maharani Uptown
Muar juga tidak mahu ketinggalan dalam trend bazar larut malam. Maharani Uptown adalah tempat shopping di Muar yang wajib anda kunjungi. Pelbagai baranga yang boleh anda dapati di sini seperti pakaian, aksesori, gadget, makanan, dan banyak lagi.
Semuanya dijual pada harga murah.
Alamat: Jalan Sisi, 84000 Muar, Johor Darul Taβzim.
Hotel menarik di Muar
- Bei Boutique Hotel β harga dari RM185
- Muo Boutique Hotel β harga dari RM111
- Tropicana Boutique Hotel β harga dari RM115
- The Grace Hotel β harga dari RM89
Resort di Muar
- Muo Resort β harga dari RM139
- Sabar Awor Resort β harga dari RM98
Tempat menarik di Pagoh
Sebenarnya tak ada apa yang menarik sangat di Pagoh. Oleh kerana ia dekat sahaja dengan Muar, admin sarankan anda lepak sahaja di sini.
Tempat menarik di Tangkak
- Taman Bunga Raya
- Taman Ledang
- Taman Negara Gunung Ledang
- Restoran Murtabak Singapura
- NMR Beriani Gam
Tempat menarik di Muar ini lebih kepada alam semula jadi dan lokasi riada bersama keluarga. Untuk mereka yang penat berkerja Muar adalah lokasi terbaik untuk menenangkan fikiran dan menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga.