Hotel

Hotel di Wakaf Che Yeh

Rata-rata pelancong yang bercuti ke Kelantan pasti akan singgah di Wakaf Che Yeh. Mana tidaknya, kawasan ini memang terkenal dengan bazar larut malamnya yang menjual pakaian, aksesori, dan barang dapur yang berpatutan.

Memandangkan Wakaf Che Yeh ni masih berada di daerah Kota Bharu, maka ramai yang memilih untuk menginap sahaja di sini. Lagipun jarak untuk ke Kota Bharu cuma 7.9km yang memakan masa selama 21 minit sahaja. Dalam artikel kali ini kami akan cadangkan beberapa hotel berdekat Wakaf Che Yeh yang boleh anda pilih.

Senarai hotel yang bakal kami cadangkan terdiri daripada hotel yang menawarkan harga yang masih mampu inap dan selesa. Selain itu kami juga akan sediakan sekali jarak penginapan dengan beberapa tempat menarik di Kota Bharu.

Agrima Studio Apartment (RM130 – Booking.com)

Agrima Studio Apartment menawarkan tempat penginapan moden. Seperti yang anda tahu, bila kita sebut sahaja ‘studio apartment’ ia bermakna dapur mini dan katil berada di dalam ruang yang sama.

Tempat penginapan ini menikmati pemandangan bandar, dan berada 3.1 km dari Pusat Beli-belah Billion. WiFi percuma turut disediakan. Apartment yang disediakan cukup bersih, kemas, dan lengkap dengan semua kemudahan.

Bahkan kolam renang tertutup atau indoor swimming pool juga disediakan. Mungkin setelah penat seharian berkerja di bawah terik matahari atau jalan-jalan, berenang adalah cara terbaik untuk menyejukkan badan.

Penginapan ini juga dinilai baik di Kota Bharu! Rating di Booking.com juga memuaskan iaitu 8.4/10

Kemudahan: Parking, kolam renang, gym, surau, taman permainan, sekuriti,

Jarak dengan tempat menarik:

  • Pasar malam Wakaf Che Yeh – 7 minit
  • KB Mall – 7 minit
  • McDonalds – 14 minit
  • KST Ikan Bakar – 7 minit
  • Aeon Mall – 8 minit
  • Pasar Siti Khadijah – 15 minit

Google Maps Location

Holiday Villa Hotel & Suites (Rm151 – Expedia)

Paling tersohor di kawasan Wakaf Che Yeh kerana ia terletak betul-betul di hadapan pasar malam. Anda tidak perlu risau akan kualiti servis Holiday Villa kerana rangkaian hotel ini memang sudah diketahui umum.

Pelbagai hidangan kegemaran tempatan dan Barat dihidangkan di Lagenda Restaurant. Coffee Bar di restoran menawarkan pilihan kopi tempatan dan yang diimport.

Kolam renangnya yang luas sudah pasti akan menambahkan lagi keseronokan menginap di sini.

Kemudahan – Wifi, room servis, restoran, parking percuma, tv satelit, gimnasium.

Jarak dengan tempat menarik:

  • KB Mall – 9 minit
  • Nordin Batik – 8 minit
  • KST Ikan Bakar – 2 minit
  • Aeon Mall – 11 minit
  • Pasar Siti Khadijah – 17 minit

Google Maps Location

De’Viana Hotel (RM125 – Trivago)

Hotel bertaraf 3 bintang ini semakin mendapat perhatian ramai. Baru sahaja beroperasi. Dari jauh lagi anda sudah dapat lihat hotel ini tersegam indah. Dekorasi bilik-bilik yang pelbagai juga tidak mengecewakan.

Bilik-bilik di hotel ini menyediakan ruang tempat duduk dan TV skrin rata dengan saluran satelit. Unit di De’Viana Hotel menyediakan alat penghawa dingin dan almari pakaian.

Harga hotel yang terletak di Wakaf Che Yeh ini boleh ditempah di Trivago pada harga serendah RM125. Jangan risau, kerana kolam renang juga disediakan.

Kemudahan: Wifi, restoran, kolam renang, bilik keluarga.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Kampung Kraftangan – 19 minit
  • Muzium Negeri – 13 minit
  • Aeon Mall – 13 minit

Google Maps Location

Ridel Boutique Hotel (RM93 – Booking.com)

Ridel Boutique Hotel terletak di tengah-tengah Daerah Wakaf Che Yeh, di mana terletaknya pasar malam yang terkenal. Ia menawarkan penginapan pada harga yang anda mampu dengan perkhidmatan urut, tempat meletak kereta percuma dan Wi-Fi percuma.

Untuk pengetahuan, ini merupakan cawangan keduanya di Kota Bharu. Hotel yang berkonsepkan ‘butik’ ini mempunyai sentuhan mewah pada harga rendah.

Terdapat tiga jenis bilik untuk dipilih iaitu Superior Twin, Deluxe Double, dan keluarga. Kami pasti anda akan selesa menginap di sini.

Kemudahan: Wifi, parking percuma, bilik keluarga.

Jarak dengan tempat menarik:

  • KB Mall – 9 minit
  • Nordin Batik – 8 minit
  • KST Ikan Bakar – 2 minit
  • Aeon Mall – 11 minit
  • Pasar Siti Khadijah – 17 minit

R&R Guest House (RM143 – Booking.com)

Okay, ini merupakan salah satu homestay yang boleh anda inap di Wakaf Che Yeh. Jika anda menggunakan laman carian Google, homestay ini mendapat rating tinggi dari pelanggan.

Homestay rumah teres ini cukup lengkap dari segi kemudahan. Dapur, dua buah bilik selesa, penghawa dingin, dan suasana cukup menenangkan.

Sangat sesuai jika anda ingin menginap bersama keluarga besar. Cuma, pemilik ini tidak menyediakan Wifi.

Kemudahan: Dapur yang lengkap, penghawa dingin, tempat letak kereta yang luas.

Jarak dengan tempat menarik:

  • KB Mall – 9 minit
  • Nordin Batik – 8 minit
  • KST Ikan Bakar – 2 minit
  • Aeon Mall – 11 minit
  • Pasar Siti Khadijah – 17 minit

Google Maps Location

Hotel Sireh (RM62 – Booking.com)

Antara hotel yang paling murah di Wakaf Che Yeh, namun masih selesan dan bilik-biliknya juga besih.

Semua bilik dan apartmen mempunyai TV satelit, cerek elektrik dan tuala. Bilik mandi peribadi menyediakan pancuran mandi. Linen dan selimut disediakan. Apartmen-apartmen dilengkapi dengan ruang duduk bersofa dan dapur dengan mesin cuci pinggan mangkuk, periuk nasi serta peti sejuk.

Kemudahan: Parking percuma, Wifi, mesra kanak-kanak.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Muzium Negeri – 21 minit
  • Aeon Mall – 20 minit
  • Pasar Siti Khadijah – 23 minit

Google Maps Location

Lime Hotel WCY (RM70 – Traveloka)

Jenis bilik: Budget Double Room, Deluxe Double Room, Budget Twin Room

Kemudahan: Parking percuma, wifi.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Pasar Wakaf Che Yeh – 4 minit
  • Kampung Kraftangan – 23 minit
  • Aeon Mall – 14 minit

Google Maps Location

Semoga artikel hotel berdekatan Wakaf Che yeh ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam merancang percutian sekiranya ingin bercuti di negeri Kelantan.

 

 

 

 

 

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *