Makan Makan

Sarapan Pagi di Kota Bharu

Siapa sangka, punya banyaknya kedai makan dan tempat makan menarik yang ada di Kota Bharu. Dalam artikel ni, kami akan kongsikan beberapa kedai makan untuk anda bersarapan pagi. Kedai makan ini mungkin akan dibuka sampai ke tengah hari.

Senarai kami ini juga ada kedai yang buka agak lewat, seperti pukul 10 pagi ke atas.

Dah Baca Artikel Senarai Colek Sedap di Kota Bharu?

Berikut, adalah antara yang kami maksudkan:

RTC Kelantan

Dahulunya, kedai makan di RTC Kelantan mungkin agak berselerak. Sebab tidak disediakan ruangan khas. Tapi selepas beberapa lama ini, lebih kurang awal tahun 2018. RTC Kelantan sudah menyediakan ruangan khas berupa food court di, Medan Selera RTC Kelantan. Maka memang banyak lah peniaga yang bertapak di sini.

Kalau dikira, lebih daripada 10 kedai yang sarat dengan macam macam juadah, yang sememangnya makanan tradisi Kelantan sendiri.

Waktu mula berniaga di sini, agak awal juga untuk sesetengah kedai. Mungkin disebabkan RTC Kelantan ini juga turut menyediakan pasar borong menjual ikan ikan.

Kopitiam Kita

Di Kota Bharu, Kopitiam Kita di memang sudah lama pun popular. Siap siaran tv Majalah 3 pun ada doumentari kan restaurant ini.

Anda boleh lihat sedutan Majalah 3 di bawah

https://www.youtube.com/watch?v=sIE9gPeSSG0

Di Kopitiam Kita anda akan lihat pelbagai lauk yang siap dibungkus, rata ratanya adalah makanan traditonal Kelantan. Jadi kalau nak kenal antara makanan makanan popular orang tempatan, Kopitiam Kita adalah jawapannya.

Owner kedai ini orang cina, tapi pembekal makanan semuanya adalah dari malayu. Pekerja yang buatkan roti popular titab pun adalah melayu. Jadi tiada istilah tidak boleh makan untuk siapa yang rasa sangsi.

Apa apa pun, kami sangat menggalakkan anda untuk cuba Kopitiam Kita.

Kedai Makan Norfa

Medan Selera RTC Kelantan agak jauh sikit daripada bandar Kota Bharu, tapi amat berbaloi untuk anda cuba. Begitu juga dengan Kedai Makan Norfa

Ayam rempah nya memang sedap. Di tambah pula dengan lauk yang banyak pilihan untuk kita cuba. Kedai makan norfa bersebelahan dengan G Orangen dan dekat juga dengan RTC Kelantan dan Giant.

Al’ya,nasi Kerabu Kambing Bakar

Ini antara tempat popular di sini. Sajian yang paling popular ialah Kambing Bakar nya. Kami sangat galakkan untuk anda mencuba di sini. Kedudukannya lebih kurang dekat dengan RTC Kelantan.

Kalau di perhatikan, berbanding dengan tempat tempat makan di kawasan negeri lain, kebanyakannya adalah di kedai siam. Banding dengan di Kelantan, terutamanya di kawasan kota bharu, lebih banyak kedai makan yang diniagakan oleh orang tempatan.

Ja Nasi Ayam Kampung Goreng Madu Telipot

Kedai ini dibuka berhadapan dengan rumah mereka sahaja. masa buka mungkin agak lewat sedikit. Tapi masakannya ayam kampungnya memang sedap.

Berikut antara destinasi makan pagi yang lain untuk pilihan anda…

  • Nasi Ayam Kampung Paku
  • Restoran Hoover
  • Yati Ayam Percik
  • Kedai Kopi White House
  • Restoran Nasi Ulam Cikgu Kg. Kraftangan

Aeon Mall

Aeon Mall yang baru dibuka di Kota Bharu, memang betul betul mengubah landskap pembangunan di sini. Banyak juga kedai kedai kecil seperti butik dan terumanya kedai makanan yang ada di persekitaran Aeon.

Sebut sahaja Aeon sudah pasti anda boleh bayangkan macam macam yang dijual di FoodCourt nya kan.

Tambahan…

Sup Belut Sedap di Kota Bharu

Kami masih lagi tak pasti sama ada lokasi ini menyelerekan nafsu sup belut anda atau tidak. Tapi di Medan Selera RTC Kelantan memang ada satu gerai yang menjual pelbagai jenis gulai dan resepi belut sahaja. anda boleh pusing pusing sikit untuk cari di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!