Kopitiam kita merupakan antara kedai makan yang paling popular di Kota Bharu untuk anda bersarapan pagi. Menu makanannya, adalah segala jenis makanan traditional di Kelantan ada di jual disini. Pemilik Kopitiam Kita ni adalah warga cina, iaitu NH Wong, tapi beliau dapatkan bekalan makanan daripada pembuat melayu. Begitu juga dengan pekerja dapornya, lebih banyak melayu.
Kedai makan ini pernah masuk ke Majalah Tiga, anda boleh lihat sedutan nya di bawah.
https://www.youtube.com/watch?v=sIE9gPeSSG0
Harga Roti Titab
Roti Titab adalah menu utama di Kopitiam Kita, memang ramai yang cuba. Pendapat penulis sendiri, mungkin tidak sesuai dengan selera saya. Sebab terlalu manis. Apa apa pun, anda boleh cuba, harga roti titab ini adalah hanya RM 1 sahaja.
Waktu Operasi
7 pagi – 1 30 tengah hari sahaja.
Facebook URL
Untuk dapatkan gambaran latest, anda boleh rujuk facebook page mereka di sini, https://www.facebook.com/KopitiamKitaRotiTitab/
Kat Mana?
Anda boleh rujuk Location Google Map di bawah, hanya KLIK sahaja, akan pop up app dari Google Map untuk ketahui berapa jarak perjalanan anda.