Makan Makan

Colek Sedap di Kota Bharu

Makanan Ringan Untuk Waktu Petang dan Malam

‘Colek’ atau kudapan malam sudah sinonim dengan masyarakat Kelantan lebih-lebih lagi ketika Ramadan. Colek menjadi buruan selepas selesai menunaikan solat Terawih.

Bagi yang tidak biasa dengan juadah ini, colek boleh dikatakan seperti rojak. Ia menggabungkan ayam, cucur udang, kerang sotong, ketam, perut lembu yang dipotong di dalam satu hidangan. Timun dan salad segar turut dicampur untuk menambahkan lagi rasa dan warna hidangan ini. Dan yang paling penting, colek dihidangkan bersama sos istimewa yang membangkitkan selera sesiapa sahaja.

Kalau anda tercari-cari kat mana colek sedap di Kota Bharu ni, jangan risau kami akan syorkan beberapa lokasi buat anda.

Selera Cik Siti

Restoran yang popular dengan masakan panas tempatan dan Barat ini tidak mahu ketinggalan untuk menyajikan colek di bulan Ramadan. Hasilnya, premis yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa ini sentiasa dipenuhi pelanggan selepas terawih.

Di sini pelanggan boleh pilih aneka colek dengan harga berpatutan. Selera Cik Siti turut menyediakan hidangan set berharga RM60 untuk mereka yang datang secara berkumpulan. Lebih jimat, dan boleh makan beramai-ramai.

Google Maps location

D’Cherang Restoran 

Facebook

Sebuah lagi kedai yang menjual hidangan colek sedap di Kota Bharu. Kalau anda lihat review dari pelanggan yang pernah makan di sini, rata-ratanya berpuas hati. D’Cherang mendapat 4 dari 5 bintang berdasarkan Google reviews.

Pelbagai pilihan coleh yang ada di sini contohnya cucur udang, ayam, kerang, paru, perut lembu, dan popiah. Colek buah turut disediakan di sini.  D’Cherang beroperasi setiap hari bermula jam 3 petang hingga 1 pagi.

Google Maps Location

Damia Cafe

Restoran yang terletak di Jalan Wakaf Che Yeh-Salor ini turut mencuri tumpuan penggemar colek. Ini kerana Damia Cafe menawarkan dengan harga murah iaitu RM10 seorang.

Pelanggan hanya perlu bayar RM10 dan boleh pilih aneka colek. Sebab itulah Damia Cafe sentiasa dipenuhi anak-anak muda khususnya pelajar yang menikmati hidangan ini sambil lepak bersama rakan. Itu dikira harga paling rendah. Colek boleh dijual mencecah RM50 jika diambil secara banyak.

Google Maps Location

YSV Food Palace

Restoran ini menggunakan pendekata, ‘Pesta Colek’ kerana mereka menyediakan puluhan jenis colek untuk pilihan pelanggan. Premis yang terletak berdekatan di JPJ Panji ini cukup meriah dengan kehadiran pelanggan tidak mengira usia dan kaum.

Kawasan ini bertukar meriah di bulan Ramadan, gara-gara ingin menjamu keenakan colek selepas terawih. Makanan sampingan seperti keropok dan colek buah turut dijual di sini. YSV menjadi pilihan golongan muda kerana coleknya yang sedap,berpatutan, dan servis memuaskan.

Layari Facebook: YSV Food Palace.

Google Maps Location

Holiday Villa Hotel & Suites

Tempat terakhir yang kami syorkan untuk makan colek sedap di Kota Bharu adalah di Holiday Villa Hotel & Suites yang terletak di Wakaf Che Yeh. Setiap tahun hotel ini menganjurkan promosi ‘Singgah Colek Bazar’. Banyak pilihan colek disediakan buat pelanggan. Dah nama pun hotel, mestilah dapat menikmatinya dalam keadaan selesa. Bahkan hargnya masih berpatutan iaitu RM18 seorang.

Singgah Colek Bazar ni boleh di dapati sepanjang Ramadan, pada jam 9 malam hingga 11 malam sahaja.

Selesai moreh dengan colek, bolehlah shopping kelengkapan hari raya pasar malam Wakaf Che Yeh yang berada betul-betul di hadapan hotel ini.

Google Maps Location

Semoga tempat-tempat colek best di Kota Bharu yang kami cadangkan ini dapat memeriahkan lagi Ramadan anda. Kemeriahan makan colek ni hanya boleh dirasai pada bulan puasa sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!