Makan Makan

Review KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh

Antara Kedai Makan Paling Popular di Wakaf Che Yeh

Kalau ditanya kat mana restoran ikan bakar paling sedap di Kota Bharu, rata-rata masyarakat tempatan pasti akan mencadangkan KST Ikan Bakar yang terletak di Wakaf Che Yeh. Restoran ini pasti akan dipenuhi pelanggan di waktu malam.

Kelebihan KST Ikan Bakar berbanding lokasi lain di bandar ini, rata-rata pelanggan mengatakan keenakan hidangan, lokasi yang strategik, dan harganya yang berpatutan.

Di sini, anda tidak perlu risau akan tahap kesegaran ikan atau mana-mana makanan laut yang dipesan. Kerana pelanggan boleh menangkap sendiri seafood di dalam tangki yang disediakan. Kemudian pelanggan juga yang menentukan cara masakan yang diingini.

Keistimewaan restoran ini sudah tentulah ikan bakar yang dibakar menggunakan arang. Kerana kita semua tahu ikan yang dibakar menggunakan arang lebih membangkitkan aroma dan rasa berbanding memanggangnya di atas kuali.

Ikan Bakar dengan sos berempah istimewa

Ikan pula di marinate dengan sos berempah khas yang mampu mengikat selera pelanggan yang datang menjamu selera di restoran KST Selera Ikan bakar ini. Boleh dikatakan setiap yang datang pasti memesan menu ini. Begitulah hebatnnya penangan ikan bakar di sini..

Selain ikan bakar, mereka trut menyediakan pelbagai jenis makanan laut seperti udang, sotong yang turut dibakar berempah. Anda juga boleh memesan udang/sotong goreng terpung, tomyam campur, sup kepala ikan, dan pelbagai lagi masakan ala Thai.

Restoran ini juga membenarkan anda memilih jenis ikan yang anda mahu. Mereka menjual pelbagai jenis ikan seperti ikan pari, keli, kerapu, siakap, tilapia, cencaru dan kembung.

Dah nama pun di Kelantan, pasti tidak dapat lari dari ulam-ulaman dan budu. Di sini, anda juga boleh memilih pilih set ulaman bersama beberapa jenis pencicah seperti sambal belacan dan air aneka air asam.

Tidak gemar makanan laut? Jangan risau sebab masakan panas seperti nasi/kueh tiaw/mi goreng turut disediakan untuk memberikan pelanggan lebih banyak pilihan. Takde la nanti anda garu kepala tak tahu nak order apa.

Dekat dengan Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Antara salah satu faktor KST Ikan Bakar ini popular adalah kerana kedudukannya yang strategik. Cuma 1 hingga 2 minit dari Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Kami yakin anda semua pernah dengar akan bazar larut malam ini. Ia cukup popular kerana kebanyakan barangan seperti pakaian dan aksesori dijual pada harga murah.

Penat shopping di Wakaf Che Yeh, bolehlah pekena ikan bakar di sini. Sambil lepak bersama keluarga dan rakan.

Tak susah nak cari KST Ikan Bakar ni. Ia terletak di sebelah New Horizon Garden, betul2 di tepi jalan raya. Dari jauh lagi anda boleh nampak restoran ini dek kerana premisnya yang berwarna kuning ceria. Ditambah dengan kepulan asap ikan bakar serta orang ramai yang memnuhi setiap meja.

Kalau plan nak ke sana penulis cadangkan supaya datang awal, supaya makanan yang anda order cepat sampai. Serious, memang ramai sangat orang kat sini.

Restoran ini beroperasi mulai jam 4.30 petang hingga 1.30 pagi.

Facebook: KST Selera Ikan Bakar

Alamat: Jalan Kuala Krai, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Google Maps Location

Sama ada anda pelancong atau rakyat tempatan, wajib cuba menjamu selera di KST Ikan Bakar di Wakaf Che Yeh. Kami yakin anda akan berpuas hati dengan makanan dan servis yang disediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!