Hotel

T Hotel Sungai Petani – Pendapat Saya

Dalam bulan lepas, saya ada pergi ke T Hotel Sungai Petani sebab terlampau malas sangat balik Kulim semula atas urusan kerja.

Saya ada kongsikan pengalaman saya ni dalam artikel senarai hotel di Sungai Petani. Saya sarankan anda baca artikel itu juga sebab saya ada senaraikan 4 atau 5 lagi hotel yang saya rasakan terbaik di Sungai Petani.

Untuk artikel yang ini, saya hanya akan beri focus T Hotel sahaja.

T Hotel terletak lebih kurang 8 minit sahaja walkin distance dengan AmanJaya Mall. Masa penginapan singkat saya hari tu, saya walk in. kalau tak silap staff tu cas saya dalam RM 120. Berbanding dengan harga yang anda tengok di Booking tak sampai RM 100 pun. Bukan Booking.com sahaja yang letak harga bawah RM 100, platform lain macam Hotel, Expedia dan Agoda pun letak harga bawah seratus.

So elok lah, kalau anda memang betul betul berminat nak menginap di T Hotel ni boleh la start booking cepat cepat di Booking.com. bukan sebab takut bilik sudah habis ya! Tapi sebab nak jimat kan kos kalau anda order walk in macam saya, kena sampai RM 120.

Saya tak rasa T Hotel ni akan penuh hari hari biasa. Sebab masih banyak lagi pilihan hotel yang jauh lebih baik yang lain..

Malahan bersebelahan T Hotel ini ada lagi satu hotel yang lebih baik ratingnya di Booking.com iaitu K Garden Hotel. Dapat rating sampai 8.0. berbanding dengan T Hotel yang 7.7 sahaja.

Apa apa pun, jum kita tengok Pro dan Cons kalau anda menginap di T Hotel Sungai Petani ni.

Pro

Ruangan Parking

Hotel ni tak macam hotel Park Avenue pun, siap ada ruangan parking basement khas. Tapi tak ada masalah pun kan sebab Park Avenue ni dah level hotel 4 star pula. T Hotel dan K Garden sekalipun guna parking yang tepi jalan tu sahaja. so memang luas.

Dari segi keselamatan, insyaAllah ok.

Cuma, pagi pagi akan ada majlis saman kalau anda tak letak ticket parking.

Bilik Dan Kelengkapan Kemas

Hari saya pergi, untuk kekemasan dan keselesaan bilik memuaskan. Air con macam sudah lama sebab ada bunyi bunyi sikit. Tapi tak apa lah tu, tak teruk sangat macam bajet hotel yang saya menginap di Kulim dengan wife sebelum ni.

*kena bagi tahu ada wife, nanti fikir lain pula

Lagi elok kalau anda minta bilik yang menghadap ke hadapan hotel. Boleh la jenguk jenguk kereta kan untuk sejukkan hati.

Heater dalam tandas pun berfungsi dengan baik.

Breakfast

Untuk breakfast T Hotel ada disediakan, tapi saya tak juadah nya macam mana. sebab saya menginap sekejap sahaja. insyaAllah satu hari nanti saya usahakan juga untuk menginap satu hari ya. Supaya saya dapat berikan anda review lengkap.

Oh ya, kalau tak silap, saya perasan ada guard depan hotel ni tau. so jangan risau sangat pasal keselamata kereta.

Cons

Wifi nya tak OK

Hotel ni, wifi nya hanya laju di Lobby sahaja. Di dalam bilik nya, sama ada slow atau tiada langsung. Rasanya tiada langsung. Hari tu saya tak cuba terus, sebab staff tu cakap lobby sahaja.

Kedai makan lain jauh

Untuk kedai makan siam yang disebelah Hotel ini bukan halal tau. kalau anda nak halal dihujung deretan kedai hotel ini sebelah kanan. Ada satu kedai melayu.

Kalau nak kedai atau restaurant hipster anda terpaksa naik kereta sebab jauh sikit.

Apa yang saya perhati kan, deretan kedai hotel ini macam bangunan lama. Jadi tak banyak kedai yang buka dan aktif sangat. So kalau anda memang nak cuba makanan yang betul betul best dan top di Sungai Petani, boleh baca artikel yang ini, Best Review Sungai Petani Foods

Adakah T Hotel berbaloi untuk dijadikan pilihan terbaik penginapan anda?

Kalau dari segi benefit dan kemudahan dalam Hotel, insyaAllah. Antara yang terbaik. Atau anda boleh pilih K Garden juga.

Tapi dari segi tarikan surrounding, bagi saya tak berapa OK.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!