Hotel, Kedah

Antara Hotel Terbaik di Kulim [ short trip ]

Kalau anda ke Kulim, hotel yang paling berbaloi untuk anda menginap, tak lain tak bukan ialah Fuller Hotel.

Kalau memang niat bercuti rasanya macam jarang sangat lah barangkali, sebab Kulim ni kalau tarikan macam alam semula jadi ke memang tak berapa nak ada. Kalau datang memang untuk hantar anak sambung belajar memang biasa.

Sebab Kulim, ada poli dan juga universiti di sini.

So, kalau short trip dalam 2 3 hari, hotel lah pilihan terbaik.

Lagi sekali, kami rekemenkan Fuller Hotel… ( ini bukan paid review ya )

Memang ada pilihan hotel baik yang lain, seperti Tune Hotel yang memang kedudukan nya strategik sebab sebelah dengan Kulim Landmark Shopping Complex, dan disebalah nya sahaja pun sudah Klinik dan juga Bank. Kalau nak makan McDonald pun satu baris sahaja dengan lorong Tune Hotel ini.

Kalau nak makan makanan yang lain macm KFC, Pizza semua memang sudah tersedia lah di Shopping Complex Landmark tadi kan.

Tapi itu lah, Fuller Hotel ini terbaik dari segi kelengkapan facilities nya. Parking pun ada, kalau di Tune Hotel anda melata parking. Itu pun kalau betul betul dapat depan hotel.

*kalau tengah tengah malam memang free bahagian depan Tune Hotel, so mungkin anda parking kereta jauh sikit bila siang nanti bila sudah sampai malam boleh alih kereta semula.

3 Ciri Utama Yang Buatkan Kami Sendiri Memilih Fuller Hotel

  1. Sebab saiz nya agak besar sikit berbanding dengan hotel yang lain
  2. Ok ya, mungkin harganya lebih sikit berbanding dengan hotel yang lain di Kulim, tapi tak jauh beza sangat harganya.. lagipun, anda ada tempat khas untuk parking kereta.
  3. Ya no 3, adalah parking tadi.

Harga di bawah bukan pada tarikh yang anda nak, tapi sengaja kami pilih mana mana date. So mungkin hargaya akan berubah. Kalau ikutkan pada harga kaunter dalam RM 128, untuk pilih paling rendah. Boleh tempah gunakan Booking.com di bawah untuk dapatkan current promosi rate…

Atau pun, anda boleh lihat sendiri dan bandingkan harganya di bawah.

Terpulang lah kalau anda nak pilih yang mana satu, kalau nak ikutkan pada tarikan yang dekat dengan Hotel anda tak perlu bimbangkan sangat. Sebab Kulim ni tak besar mana, semuanya dekat sahaja.

Kalau anda memang rasa nak dekat dengan Shopping Complex Landmark Kulim, mungkin boleh pilih Tune Hotel. Tapi memang ada kemungkinan besar anda akan dengar orang sebelah yang tengah sembang…

Kalau memang betul betul nak jimat, boleh cuba hotel bajet Kulim yang paling murah ni, Village View Motel. Memang sekadar nak tidur je ni. Walaupun nampak agak usang di dalam nya, tapi masih lagi OK. InsyaAllah selamat anda dan tempat parking pun memang betul betul depan hotel. Elok booking awal di Booking.com ni sebab mungkin ramai yang prefer Village View Hotel sebab harga rendah kan.

Kadang kadang orang pun fikir asalkan boleh tidur sahaja.

Tapi itu lah, kalau nak kan facilites yang menarik, boleh cuba apa yang kami rekemen, Fuller Hotel. di sebelah Fuller Hotel ni ada kedai mamak nasi kandar, di sebelah belakangnya pula ada dobi 24 jam.

*Mamak Nasi Kandar sebelah Fuller Hotel tak buka 24 jam ya.

Urban Inn pun OK juga. Berbaloi juga dengan duit yang anda keluarkan. Parking OK. Kedai makan di deretan hotel ni pun banyak, dan dibelakang nya juga ada Tesco. Urban Hotel ni memang berada di environment perumahan. So ia memang nampak lebih selamat dan tenang gitu.

Oh ya, sebelah Urban Inn ini juga ada Kedai makan western, tapi rasa nya macam tak berapa sangat lah. Terpulang lah, ikut lidah masing masing, saya sendiri memang susah nak katakan mana mana kedai makan tu sedap sebenarnya..

Contoh, macam kedai makan Pak Mat Western yang saya sendiri dengan wife untuk cuba. memang tak berapa nak OK. Walaupun hampir semua orang menunjukkan keterujaannya.

Untuk WF Motel pula memang ia sebaris dengan Urban Inn, so andai kata Urban Inn ni sudah habis, anda boleh cuba WF Motel. Tapi kami tak boleh nak review lebih sekarang sebab belum pernah masuk lagi, mungkin satu hari nanti kami akan masuk untuk sediakan review TeamTravel.My.

Kulim lebih kepada pembangunan Industri dengan adanya Kulim Hi Tech Park, jadi jangan pula rasakan Kulim ni tiada apa apa, tapi mungkin tarikannya lebih kepada sektor yang lain daripada Pelancongan. Tapi, kalau anda merancang untuk hilangkan penat lelah atau untuk berehat rehat boleh sahaja luangkan masa dalam 2 3 jam ke Sedim. ada banyak aktiviti sukan di sana.

Location – Pusat Rekreasi Sungai Sedim

Berikut adalah antara beberapa gambar yang menarik sebagai preview di Google Map

Antara Hotel Pilihan Yang Lain

Kulim ini seperti yang anda sedia maklum, bukan nya jauh sangat dengan Bukit Mertajam, lebih kurang 30 minit sahaja. Kalau dari seberang jaya pun sama, mungkin tak sampai 30 minit pun sebab ada Highway BKE. Jadi, anda masih lagi boleh menginap di 2 tempat ini andai kata tak berminat dengan mana mana hotel di Kulim..

Makan Tengah Hari

Kulim, kalau kedai makan yang jenis hipster memang agak kurang sikit. Dan tak ada banyak pilihan. Tapi, kalau untuk makan tengah hari, lauk campur, lengkap dengan sambal belacan, petai semua, kiranya sajian orang kampung kita lah, memang banyak sangat pilihan.

Anda boleh cuba mana mana kedai makan nasi campur yang anda suka di bawah.

Kedai Makan Nasi Bayan – ini adalah kedai makan yang paling popular di Kulim. Siapa yang memang tinggal di sini, pasti tak mungkin belum sampai untuk cuba makan di sini. Antara sebab yang mungkin buatkan kedai makan ni popular, sebab rasanya yang memang asli dan harganya boleh kata lebih kurang sikit berbanding dengan kedai makan nasi campur yang lain.

Tapi itu lah, sebabkan kedai makan memang di tepi jalan yang sibuk. Dengan orang pula yang tersangat ramai, memang akan sesak sikit kalau waktu peak.

Nasi Lemak Kukus – atau anda boleh cuba kedai makan ni. Ini pun boleh kata rasanya yang terbaik juga. Tambah lagi gulai lemak, dan ayam masak merah bersama petai nya. Ada juga ikan bakar. Tapi gulai lemak nya memang betul betul puas hati. Ruang nya agak sempit, so itu sahaja masalahnya. Harga mungkin mahal sikit berbanding dengan Kedai Makan Bayan tadi.

Ada dua lagi kedai yang berhadapan dengan UniKL, namanya Sila oh Sila dan juga Restaurant d Simpang.

Sila oh Sila ni boleh kata ramai nya macam di Kedai Makan Bayan juga. Lauk pauk nya pun sama, memang banyak pilihan. Restaurant d Simpang agak lebih tenang sikit banding dengan Sila oh SIla, mungkin sebab lauk nya yang tak berapa banyak atau macam mana.

Ada juga pendapat kawan kami yang kata, Restaurant d Simpang ni tak berapa sedap. Mungkin juga, tapi saya sendiri memang lebih selesa makan di Restaurant d Simpang sebab tak terlampau crowded. Apa apa pun, ini adalah antara kedai makan lauk campur yang memang popular di Kulim. Mungkin ada lagi di tempat lain, kalau kami terlepas, mohon share di comment untuk kami terjah 🙂 dan test.

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!