Sungai Petani

Senarai Hotel Terbaik di Sungai Petani [ Aman Jaya Mall ]

Pengalaman Bulan Lepas Masa Cari Hotel Best di Sungai Petani

Dalam bulan lepas, dari Kulim saya perlu ke Semeling atas urusan kerja di sebelah petang. Dan di sebelah pagi nya pula, ada hal lain di Sungai Petani.

Disebabkan terlampau malas untuk saya patah balik semula ke Kulim. Dengan saya pun tak tidur lagi malam tu, saya pun terpaksa lah menginap di mana mana hotel di Sungai Petani sekejap. Alang alang dah sampai Sungai Petani kan, sebab nanti takut saya terlewat pula untuk temujanji di Semeling.

Dekat sangat dah dengan Semeling ni..

Di pendek kan cerita, saya pun pick je la mana mana hotel yang terdekat dengan Aman Jaya dan hotel tersebut nama nya T Hotel Sungai Petani.

T Hotel ni ok dah sebenarnya, boleh lah. Cuma kalau lah saya buat preparation awal, mesti saya dapat jumpa hotel yang lebih baik. Tapi disebabkan terlampau mengantuk tengah hari tu, saya ambil jalan mudah dengan memilih T Hotel sahaja.

Adakah pilihan hotel saya di T Hotel tepat? Sudah pasti tidak. Saya tak buat research dulu kan, main redah sahaja.

Tapi tidak untuk anda. Sebab saya dah bantu dengan menyenaraikan hotel yang terbaik dalam artikel ni. So harapannya, supaya tidak tersilap pilih macam saya.

Lagipun T Hotel ni jauh sikit dengan kedai makan. Lagi pula, sebelah nya kedai makanan siam yang tak halal. ( mujur saya tak order tea ais bungkus tau hari tu, sebab tiba tiba nampak sesuatu atas meja )

Oh ya, saya bukan tumpu pada kelebihan hotel itu sahaja ya, tempat tempat lain atau kemudahan lain yang berdekatan juga saya jadikan faktor pilihan saya sekali, tambah tambah lagi kalau tempat kedai makan terbaik di Sungai Petani dan bila kita nak mendobi..

Bismillah… saya cuba ya..

  1. B Orange Sungai Petani

Ok hotel yang pertama, yang saya paling saran kan ialah.. B Orange Sungai Petani.

Sebenarnya, masa saya habis meeting dengan bos di Sungai Petani, bos ada recommended kan B Orange ni, tapi saya tak jumpa. Boleh pula saya lupa nak refer Google Map time tu.

Dan bila nak time balik, masa nak keluar dari Sungai Petani masuk ke Highway tiba tiba nampak pulak B Orange ni tepi jalan. Rugi kan?

Saya je la rugi, korang tak apa, boleh cuba B Orange ni.

Sebab masa saya tengok B Orange ni rasa macam megah pula dengan lampu lampu nya masa malam tu. Semua range harga hotel dalam senarai ni memang saya sengaja pilih dalam lingkungan seratus. Untuk saya target mampu milik pada semua kalangan pengunjung.

[edsanimate_start entry_animation_type= “fadeInDown” entry_delay= “0” entry_duration= “0.5” entry_timing= “linear” exit_animation_type= “” exit_delay= “” exit_duration= “” exit_timing= “” animation_repeat= “1” keep= “yes” animate_on= “load” scroll_offset= “” custom_css_class= “”]

[edsanimate_end]

*kalau anda nak terus kan booking, boleh terus KLIK gambar di atas ya.

Ikut kan pada rating di Booking.com B Orange ni memang agak cemerlang dengan review dari pengguna yang berpuas hati.

Semua bilik ada private toilet sendiri dan rata rata review dari pengguna puas hati dengan nasi lemak nya masa time breakfast. Binaan dan design nya juga nampak kemas dan comtemporary hasil daripada sentuhan japanese style.

Dengan hanya lebih RM 100 anda boleh siap dapat breakfast lagi.

  1. Park Avenue Hotel Sungai Petani

Seterusnya hotel yang saya nak rekomen ialah Park Avenue. Hotel ni sebenarnya macam tak perlu nak dikongsikan lagi betapa popularnya hotel ini di Sungai Petani.

Kalau anda nak tahu, di Sungai Petani ni. Antara hotel yang popular ialah seperti Swiss Inn Hotel dan The Pure Hotel. Emerald Puteri Hotel pun OK juga, tapi dah berada di kategori harga hotel yang lain.

Namun, walau macam mana popular pun Swiss dan Pure Hotel ni, ikutkan kajian saya, lagi ramai rupanya orang yang nak duduk dan menginap di Park Avenue Hotel.

[edsanimate_start entry_animation_type= “fadeInDown” entry_delay= “0” entry_duration= “0.5” entry_timing= “linear” exit_animation_type= “” exit_delay= “” exit_duration= “” exit_timing= “” animation_repeat= “1” keep= “yes” animate_on= “load” scroll_offset= “” custom_css_class= “”]

[edsanimate_end]

Cuba anda perhatikan pada screen shot order booking.com di atas pun dah tahu, dalam tempoh saya nak tulis artikel ini sahaja ada 42 kali booking telah di buat dalam tempoh 24 jam sahaja. Padan lah, kalau hanya RM 115 sahaja untuk duduk hotel level 4 bintang.

Agak agak ada tak kelebihan harga macam ni di hotel 4 bintang yang lain?

Tak pasti lah saya.

Oh ya, harga RM 115 ni hanya pada Booking sahaja ya, kalau anda pergi walk in confirm tak dapat harga ni. Saya sendiri masa menginap di T Hotel yang sudah, macam RM 85 sahaja. tapi kalau tak silap diorang cas saya RM 120 juga tau.

Berbalik pada Park Avenue Hotel tadi, biasa lah 4 star hotel memang cemerlang dari segi facility yang ada. So padan lah kalau ada kemudahan macam swimming pool dan restaurant semua.

Apa apa pun, selain daripada B Orange, kalau bajet anda mengena, boleh la cuba cuba Park Avenue ni, semua kemudahan sudah tersedia. Swimming pool tu ada dua, outdoor dan juga yang indoor juga.

Saya pun, insyaAllah akan ke hotel ni juga dalam masa terdekat untuk kita sediakan review khas kemudahan dan servis yang hotel ni boleh berikan. Tunggu sekejap ya, saya kena deal dengan manager diorang dulu kalau bagi PERCUMA untuk TeamTravel.My buat review.

  1. Swiss Inn Sungai Petani

Seperti yang saya katakan tadi, Swiss Inn antara hotel yang popular juga di Sungai Petani.

Tapi reviewnya 7.2 lah pula. banding dengan Park Avenue yang agak tinggi sampai cecah 8.6

Kalau anda baca cara booking.com kira rate by pengunjung yang bagi rating 1 hingga 10 ni kan, bukan senang tau mana mana hotel nak dapat 8.0 ke atas. Semua segala faktor mesti sempurna. Apatah lagi dengan Park Avenue ratingnya sampai cecah 8.6.

Bila saya duk main main booking ni kan, hotel hotel yang dapat rating 8.0 ke atas, mahupun 9.0 ke atas, biasanya hotel hotel yang tepi pantai, atau di bandar besar macam Putrajaya contohnya. Kalau tak silap, Hotel macam di Malibu ada yang cecah hampir 10 rating nya tu.

Kalau tak silap lah, lupa pula saya. Malas pula nak cari semula.

  1. The Purest Hotel

Hotel ni pun boleh tahan juga, macam Park Avenue facilities nya. 4 star hotel. Tapi harganya tak macam Park Avenue, banyak yang 200 lebih ke atas. Kalau ia masih lagi dalam bajet anda mungkin boleh jadi kan hotel Purest ni sebagai pilihan kedua.

Walau bagaimanapun, rating nya masih lagi belum boleh capai Park Avenue Hotel kan.

  1. K Garden Hotel

K Garden Hotel ni kan macam ada sikit kekeliruan sikit lah location nya kalau di Booking.com tu dengan Google Map. Saya rasa yang betul di Google Map ni, sebab saya memang perasan hotel ni masa menginap di T Hotel bulan lepas tu.

Lagi pula, memang hotel ni betul betul sebelah dengan T Hotel

Saya rasa betul lah yang Google Map ni. So kalau anda nak cuba hotel ni, boleh cuba Google Map untuk carian ya. Andai kata hotel lain sudah habis..

K Garden Hotel ni rating nya baik juga di Booking.com. Cecah 8.0

Untuk breakfast, anda mungkin terpaksa call dahulu ke macam mana. sebab di Booking.com tak tulis. Tapi memang ada breakfast sebab saya nampak ada review yang mengatakan breakfast nya termasuk sekali.

Boleh cuba K Garden ya, sebab bilik nya pun kemas. Aturan dan pemilihan warna nya nampak menarik.

Baik lah, itu sahaja lah kot.

Ada lah lagi beberapa hotel yang lain, tapi nanti lama lama jadi pening pula.

Apa apa pun, anda boleh ikut pada ranking yang saya rekemen kan di bawah ni:

  1. B Orange Hotel – best duduk kalau anda tak kesah sangat dengan kemudahan lain macam gym or swimming pool semua. kalau macam saya, saya lebih suka macam ni, lagipun nanti wife nak mendobi pun senang kita nak keluar. Dan kalau makan makan pula, lagi asyik kalau kita pergi kedai makan yang popular di Sungai Petani kan.
  2. Park Avenue – ranking kedua saya letak hotel yang ni, sebab rating nya. Dan hotel nya pun dah 4 star kan, so segala facilities sangat lengkap.
  3. Seterusnya, Purest Hotel kalau memang budget anda sampai nak bayar dekat 300 ringgit tiada masalah. Mungkin hotel ni adalah option terbaik selepas Park Avenue.
  4. K Garden Hotel atau T Hotel – yang hari tu saya duduk di T Hotel kan? Bukan lah tak OK langsung. Boleh juga. hotel nya tak rasa macam usang sangat. Atau anda boleh cuba di K Garden Hotel sebelah nya. Kedai makan halal jauh sikit ya, tapi lorong yang sama, cuma berada di hujung teres kedai ni sahaja.

Oh ya, sebelum saya terlupa, untuk Hotel B Orange, K Garden dan T Hotel ni rasanya anda kena confirm kan dengan Helpdesk masing masing sama ada perlu untuk letak parking ticket atau tidak. Sebelum majlis kacau…

Yang saya hari tu, memang saya tak letak. Sebab sekejap sahaja. saya check IN tengah hari, malam tu jam 11 malam dah cabut.

Kalau tak silap Penguatkuasa Majlis ni akan round belah pagi. So hati hati lah ya.

apa apa pun, selamat mencuba hotel hotel yang saya kongsikan dalam artikel ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!