Percutian di pulau indah di mana airnya membiru adalah impian kita semua. Guess what? Anda tidak perlu ke luar negara untuk merasai pengalaman bercuti seperti itu. Semporna, Sabah menawarkan segala yang anda mahukan untuk percutian dipulau. Semporna merupakan sebuah daerah popular di Sabah. Tempat menarik di Semporna meliputi gugusan pulau yang indah.
Sabah mempunyai gugusan pulau yang indah. Antaranya adalah:
Sempornda sendiri merupakan sebuah pulau kerana yang memisahkan Pulau Semporna dengan tanah besar adalah Sungai Pegagau. Anda hanya perlu menyeberangi jambatan.
Sebelum itu kamu akan terangkan bagaimana untuk ke pulau-pulau yang ada di Semporna.
Kami akan senaraikan beberaba tempat menarik di Semporna seperti pulau pulau yang popular dikalangan pelancong. Selain itu kami selitkan juga aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sana.
Pulau ini sering menjadi tempat honeymoon bulan madu buat pasangan yang baharu berkahwin. Bercuti di sini membuatkan anda berasa seolah olah berada di luar negara.
Ini kerana lautnya luar biasa jernih yang membolehkan anda nampak batu karang di dasar laut. Aktiviti seperti berkayak, snorkeling, dan skuba diving memang sesuailah di sini.
Penginapan popular di Pulau Mabul adalah Mabul Water Bungalows di mana resort ini bagaikan terapung. Sangat unik!
Sipadan juga tidak jauh bezanya dengan Pulau Mabul. Keindahannya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Jangan lepaskan peluang untuk snorkeling kerana jika anda bernasib baik, anda mungkin boleh melihat ikan jerung dari jauh.
Di Pulau Sipadan ini memang banyak resort yang boleh anda pilih. Yang paling popular sudah tentu Kipalai Island Resort.
Bohey Dulang bermaksud air dulang di mana pulau ini berbentuk melengkung seperti sebuah dulang. Apa yang best di Bohey Dulang yang membezakannya dengan pulau lain?
Di sini anda boleh mendaki hingga ke puncak bukit. Jangan risau, kerana terdapat anak tangga yang proper untuk anda panjat. Penat mendaki pasti akan terubat sekiranya tiba di puncak. Ini kerana anda dapat menyaksikan pemandangan laut membiru dan gugusan pular di perairan Semporna.
Harga tiket untuk mendaki bukit: Dewasa RM3 | Kanak kanak RM1
Saiz pulau ini kecil sahaja dan tidak berpenghuni. Ia dikhaskan untuk tujuan pelancongan iaitu bagu tujuan snorkeling dan skuba diving. Pantainya landai dan pasirnya yang memutih. Sangat sesuai untuk fotografi.
Untuk ke Pulau Sibuan, anda boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan resort tempat anda menginap.
Ia dikatakan sebagai syurga buat kaki scuba diving. Hidupan laut dan terumbu karang memang luar biasa cantiknya. Terdapat perkhidmatan khas yang bakal membawa anda ke lokasi panas scuba diving.
Kalau nak mandi pantai pun tiada masalah, kerana pesisir pantainya cetek dan tiada obor-obor.
Anda juga boleh melawat tempat menarik di Inanam iaitu sebuah pekan kecil yang terletak di KK. Berkunjung ke Mari Mari Cultural Village pastinya menceriakan percutian anda.
Semporna boleh dikatakan tempat yang sempurna buat mereka yang mahukan percutian di pulau. Pastikan anda masukkan tempat menarik di Semporna ini dalam bucket list anda. Manalah tahu, boleh ke sini bersama yang tersayang dan rakan-rakan kelak!