Tempat Menarik

13 Tempat Menarik di Alor Gajah TERKINI 2024

Seperti yang kita sedia maklum, negeri Melaka sememangnya kaya dengan tarikan pelancongan. Ia bukan sahaja tertumpu kepada khazanah sejarah, bahkan meliputi pelbagai lokasi peranginan yang boleh anda kunjungi. Boleh dikatakan setiap ceruk Melaka mempunyai tarikan tersendiri. Dalam artikel kali ini, kami akan senaraikan beberapa tempat menarik di Alor Gajah.

Untuk makluman, Alor Gajah merupakan daerah paling utara di Melaka. Jika anda dari Bandar Hilir, perjalanan mengambil masa kira-kira 46 minit pemanduan. Tidak rugi jika anda singgah di Alor Gajah kerana daerah ini menawarkan beberapa lokasi percutian menarik seperti A Famosa resort yang terkenal dengan taman tema airnya.

A Famosa Theme Park

Lokasi pertama yang wajar anda kunjungi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup adalah taman tema air A Famosa Theme Park. Pelbagai jenis keseronokkan ada di sini. Gelongsor gergasi, aneka kolam renang, serta taman permainan dalam air khas untuk kanak-kanak. Anda boleh menikmati keseronokkan di sini sepanjang 1 hari tau!

Selain mandi-manda, pengunjung juga berpeluang ke zoo mini yang menempatkan pelbagai jenis haiwan liar. Harimau, zirafah, orang utan, cheetah, ular, dan banyak lagi. Zoo ini juga memiliki landskap cantik dan selesa buat pengunjung.

Dengan kawasan 20 hektar ini, sudah pasti boleh menceriakan hujung minggu anda.

Baca: Tempat Mandi di Melaka yang Best

Tempat: A Famosa Theme Park

Lokasi: Google Map

Harga tiket: Dewasa RM63 | Kanak kanak RM56

Beli tiket di sini: KLOOK

Rumah Api Tanjung Tuan

Atau nama asalnya Cape Rachado adalah antara rumah api yang tertua di Malaysia. Ia dibina menghadap Selat Melaka yang pada zaman dahulu membantu kelasi, kapal dagang, dan nelayan. Dibina oleh British pada 1819, rumah api ini pada asalnya diperbuat daripada kayu. Ia kemudian dibina semula menggunakan batu dan masih digunakan hingga ke hari ini.

Atas faktor keselamatan yang tidak mengizinkan, Rumah Api Tanjung Tuan ini tidak dibuka kepada orang ramai. Tetapi anda boleh mendaki anak tangga dan bergambar disekitar kawasannya.

Tempat: Rumah Api Tanjung Tuan

Lokasi: Google Map

Freeport A Famosa Outlet Village

Sama seperti Premium Outlet di Johor dan Genting, ia mengumpulkan sejumlah butik perjenama dari luar negara dan menjualnya dengan harga yang berbaloi. Anda boleh temui butik sepert Clarks, Nike, Adidas, Lacoste, Sketchers, dan banyak lagi.

Selain membeli-belah, landskap Freeport A Famosa ini juga cukup cantik dan sesuai untuk anda mengambil gambar kenangan bersama yang tersayang. Penat jalan-jalan, singgahlah makan di beberapa restoran yang tersedia.

Tempat: Freeport A Famosa Outlet Village

Lokasi: Google Map

Pusat Penetasan Penyu Padang Kemunting

Jangan sangka Terengganu sahaja ada pusat penetasan penyu. Jika anda berada di sekitar Alor Gajah, luangkan masa ke Pusat Penetasan Penyu Padang Kemunting. Ia menjadi tempat pendaratan dan pemuliharaan penyu terpenting di Asia Tenggara.

Anda boleh lihat penyu karah dengan lebih dekat dan mengetahui dengan leih lanjut tentang haiwan ini.  Jika bertuah, anda sendiri berpeluang melepaskan anak penyu di pantai.

Tempat: Pusat Menetasan Penyu Padang Kemunting

Lokasi: Google Map

A Famosa Resot

Disamping memiliki taman tema air dan mini zoo, penginapan A Famosa Resort juga tidak kurang hebatnya. Diangkat sebagai salah satu resort terkemuka di Melaka. Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, restoran, dan gym.

Malah anda boleh memilih untuk menginap samada di apartment, bango, atau bilik hotel. Bergantung kepada bajet dan keselesaan anda dan keluarga.

Tempat: A Famosa Resort

Lokasi: Google Map

Harga bilik: dari RM226

Kolam Air Panas Cherana Putih

 

Sebuah lagi tempat menarik di Melaka adalah Kolam Air Panas Cherana Putih. Ia bukan seperti kolam air panas biasa di mana anda hanya boleh merendamkan kaki sahaja.

Ia bagaikan sebuah taman tema air mini kerana anda turut boleh mandi manda di kolam yang disediakan. Ia baru sahaja dinaik taraf dengan beberapa kemudahan dan landskap menarik.

Kolam air panas ini menjadi tarikan pengunjung pada setiap petang dan hujung minggu.

Tempat: Kolam Air Panas Cherana Putih

Lokasi: Google Map

Harga tiket: Dewasa RM7 | Kanak Kanak RM7

Kolam Air Panas Gadek

Kolam air panas ini pula beroperasi selama 24jam. Anda boleh ke sini pada bila bila masa. Yang datang ke sini untuk berubat, anda boleh merendamkan kaki atau bermandi manda bersama keluarga.

Bahkan terdapat Wifi, restoran, tempat persalinan, taman permainan, dan kerusi urut disediakan untuk pengunjung.

Kawasan ini bersih dan terurus, sekaligus menjadi salah satu tempat menarik di Melaka 2018.

Tempat: Kolam Air Panas Gadek

Lokasi: Google Map

Harga tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

Pantai Pengkalan Balak

Salah satu pantai menarik di Melaka adalah Pengkalan Balak. Terletak Cuma 29 minit dari pekan Alor Gajah. Pantai ini menjadi tumpuan pelancong tidak kira tempatan atau dari luar.

Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk bersantai bersama keluarga di tepi pantai yang indah ini. Waktu petang dah hujung minggu pasti riuh dengan aktiviti pantai seperti mandi manda dan menaiki banana bot. Gerai jualan air dan snek juga ada di sini.

Anda pasti akan terpegun akan keindahan pantai yang masih belum tercemar ini. Jalan-jalan sambil menghirup angin segar dan lihat kapal lalu lalang sudah cukup menenangkan jiwa. Jika ingin bermalam di sini, terdapat beberapa buah chalet di Pengkalan Balak yang boleh anda pilih.

Tempat: Pantai Pengkalan Balak

Lokasi: Google Map

Pantai Tanjung Bidara

Tiada siapa dapat menyangkal keindahan Pantai Tanjung Bidara. Batu-batu besar yang terdampar di pesisir pantai ini menambahkan lagi keserian landskap. Airnya juga jernih, bersih, dan cetek. Sangai sesuai untuk mandi manda.

Pantai ini dilengkapi dengan kemudahan tandas awam, tempat letak kereta dan taman permainan. Jika ingin bersantai dan beriadah bersama famili, memilih pantai ini adalah pilihan yang ideal.

Tempat: Pantai Tanjung Bidara

Lokasi: Google Map

Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam

Lokasi terbaik untuk aktiviti riadah dan bersenam di Alor Gajah. Fasiliti dan landskap di sini memang berada pada tahap yang memuaskan. Sesuai untuk semua golongan yang nak bersukan seperti jogging, berbasikal, bersenam, dan ambil angin petang.

Malah, terdapat taman permainan yang agak luas untuk anak-anak kecil. Perfect untuk si cilik luangkan masa dan lari dari gajet buat seketika.

Tempat: Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam

Lokasi: Google Map

Coach Airways Outlet

Mercu tarikan terbaharu di Melaka, Coach Airways Outleymerupakan sebuah butik jenama fesyen mewah terkemuka. Apa yang menarik mengenai butik ini adalah ia ia berada di dalam sebuah kapal terbang yang diubah suai menjadi butik indah.

Butik dalam pesawat Boeing 747 ini mempunyak 4 seksyen aitu ruang untuk pelanggan bergambar, diikuti ruang barangan butik, barangan outlet dan ruang terakhir menempatkan sebuah kafe. Kafe hanya boleh diakses oleh pelanggan yang telah membuat pembelian sahaja.

Banyak item menarik yang dijual. Ia meliputi beg tangan, baju, dompet, kasut, tali pinggang, kasut, dan banyak lagi.

Selain membeli belah, anda boleh bergambar di sini.

Harga tiket: Percuma

Waktu operasi: 10 am -10 pm

Lokasi: Google Maps

Haunted Drive Thru Alor Gajah

Nak merasai pengalaman ke ‘kawasan berhantu’? Anda boleh ke Haunted Drive Thru Alor Gajah yang terletak di Jalan Air Tanai.

Ia seperti rumah hantu yang biasa kita kunjungi di fun fai, tetapi kali ini anda hanya perlu berada di dalam kereta sahaja. Anda akan melalui beberapa kawasan menakutkan dengan bunyi latar bak berada dalam filem seram

Kawasan tersebut dihias dengan dekorasi menyeramkan bersama beberapa orang pelakon yang melakonkan watak hantu. Kadang kala, ia bertemakan filem seram yang sedang ditayangkan di pawagan seperti Sijjin.

Harga: RM20 seorang (tempahan sahaja, tidak boleh walk in)

Hubungi: https://www.instagram.com/hdtmalaysia/

Waktu operasi: 9 pm -12 am (Sabtu sahaja)

Lokasi: Google Maps

Atong Kitchen (Capati King ALor Gajah)

Di Melaka ni bukan setakan asam pedas je yang sedap, anda juga kena cba juga capati di Atong Kitchen atau dikenali sebagai ‘Capati King’ oleh penduduk tempatan. Restoran ini sentiasa penuh dan happening.

Restoran ini memang terkenal dengan keenakan aneka capatinya. Kebiasaannya kita dihidangkan dengan capati kosong, tetapi di sini anda boleh nikmati capati cheese, telur, dan capati murtabak. Makan pula dengan kari ayam dan daging.

Menu paling laris adalah capati cheese. Cheese banyak, dan boleh tarik.

Selain capati, ramai yang menggemari char kueh tiaw udang/kerang. Rasanya seakan sama seperti di Penang. 

 

 

Tempat Menarik di BANDAR HILIR

Dalam banyak-banyak lokasi daerah di Melaka, Bandar Hilir yang paling banyak tempat bersejarah dan muzium. Anda boleh lawat semua tempat menarik di bawah:

  • A Famosa
  • Menara Taming Sari
  • Melaka River Cruise
  • Muzium Kesultanan Melaka
  • The Pirate Adventure – Melaka Alive

Tempat Menarik di MERLIMAU

  • Galeri Demang Abu Ghani
  • Perigi Portugis
  • Makam Tun Teja
  • Pantai Sebatu

Tempat menarik di AYER KEROH

  • Zoo Melaka
  • Taman Buaya dan Rekreasi
  • Melaka Wonderland

Semoga senarai tempat menarik Alor gajah ini sedikit sebanyak memberi idea anda sekiranya ingin bercuti di daerah ini. Terokailah Melaka dengan sepnuhnya kerana negeri ini menyimpan pelbagai khazanah sejarah dan alam yang bernilai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!