Tempat Menarik

5 Tempat Menarik untuk Family Day di Melaka yang AWESOME!

Anda pasti tidak akan bosan sekiranya bercuti di Melaka. Mana tidaknya, negeri ini kaya dengan khazanah eko pelancongan dari segi sejarah, tarikan semula jadi, keindahan pantai, dan hiburan untuk seisi keluarga. Beristirehat di Melaka akan menghilangkan penat dan stress kerja. Untuk itu, kami cadangkan beberapa tempat menarik untuk family day di Melaka.

Yelah, meluangkan masa bersama keluarga adalah terapi terbaik. Lokasinya juga haruslah mantap dari segi keselesaan, kelengkapan asas, aktiviti menarik, dan harga yang munasabah.

Jom lihat beberapa tempat menarik untuk family day di Melaka.

Limastiga Melaka

Terletak di Kampung Bukit Tembakau, Limastiga menawarkan percutian moden, mewah, dan digabungkan dengan senibina Melayu tradisional.

Lengkap dengan kelengkapan asas, selesa, serta dekat dengan tempat-tempat menarik, Limastiga adalah destinasi percutian yang sempurna untuk anda sekeluarga.

Mana tidaknya, terdapat dua buah kolam renang dan ia dikelilingi oleh unit rumah. Bangun pagi terus dapat berendam dalam kolam tanpa perlu berjalan jauh.

Penginapan anda pula lengkap dengan keperluan asas seperti dapur yang berfungsi dengan baik, penghawa dingin, ruang rehat, beranda, dan katil empuk.

Kemudahan:

  • Kolam renang, Wifi, peralatan BBQ, Karaoke (harga berasingan)

Hubungi: 6012-6604286 ( Siti )

Lokasi: Google Maps

Ayer Keroh D’Village

Lokasinya tidak jauh dari plaza tol Ayer Keroh, mudah untuk akses ke Lebuhraya Utara-Selatan. Ayer Keroh D’Village boleh dikatakan sebagai sempurna untuk anda jadikan sebagai tempat menarik untuk family day company.

Mereka menawarkan 4 jenis bilik iaitu Superior Twin Room, Superior Single Room, Standard Chalet, dan Family Chalet. Oleh itu, anda boleh pilih mana-mana bilik yang bersesuaian dengan kapasiti dan bajet.

Setiap bilik dilengkap dengan keperluan seperti katil empuk, penghawa dingin, pembancuk kopi, air mandi pancuran, dan lain-lain.

Anda juga boleh bersantai dan berenang di kolam renang besar bersama keluarga. Untuk mereka yang mempunyai anak kecil, jangan risau kerana anak-anak anda boleh bersuka ria dalam kolam cetek dan selamat.

Ayer Keroh D’Village juga memiliki dewan seminar yang luas dan lengkap dengan keperluan. Sesuai untuk company atau sekolah mengadakan seminar, kem motivasi, atau kursus seumpamanya.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Night Zoo Melaka – 2km
  • The Stadthuys – 9.2 km
  • Jonker Street – 9.1km
  • Dataran Pahlawan Melaka Megamall – 9.5km

Harga bilik: dari RM149

Lokasi: Google Maps

Melaka Garden Home 2 Stay

Klebang juga salah satu destinasi pelancongan popular di Melaka. Ada pantai yang cantik dan dekat pula dengan pusat bandar. Kalau ingin menginap di homestay, adanya kolam renang itu dikira bonus.

Melaka Garden Home 2 Stay merupakan homestay Klebang Melaka yang ada swimming pool. Dua buah kolam renang disediakan untuk dewasa dan kanak-kanak.

Homestay bakal melengkapkan impian family day anda kerana banyak sekali aktiviti menarik yang ditawarkan.

Aktiviti menarik:

  • Berenang, bola tampat, badminton
  • BBQ, ATV

Hubungi: 013-6259256

Lokasi: Google Maps

Mereka Unit rumah pula lengkap dengan segala keperluan asas. Bak menginap di rumah sendiri.

Selain itu, Melaka Garden Home 2 Stay turut menawarkan beberapa pakej menarik untuk anda pilih. Maklumat lanjut layari laman Facebook mereka di – https://www.facebook.com/melakagardenhome2stay/

Pak Lah Resort

Turut dikenali dengan nama Pak Lah Resort Near Ikan Bakai Umbai. Chalet di Umbai ini memberikan suasana percutian ala kampung yang mendamaikan. Chaletnya mempunyai sentuhan seni bina tradisional Melaka.

Malah, persekitarannya yang bersih dan landskap menawan memberikan rasa tenang buat tetamu.

Pak Lah Resort ini berada di kawasan restoran ikan bakar. Maka, banyaklah restoran seafood berdekatan. Seafood di sini segar dan menyelerakan. Maklumlah, ia dibeli terus dari nelayan berdekatan.

Dekat juga dengan pantai menarik di Melaka iaitu Pantai Klebang.

Hubungi: 014-736 6811

Lokasi: Google Maps

 

Tea Hill Homestay

 

Tempat menarik untuk family day di Melaka yang seterusnya sudah tentulah Tea Hill Homestay. Reka bentuk cottage comel ini pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja. Bahkan itu turut memiliki sentuhan ala Inggeris. Warnanya yang lembut turut menjadi nilai tambah keindahan homestay ini.

Terdapat empat unit homestay. Setiap satu daripadanya mempunyai dua buah katil dan lengkap seperti bilik hotel. Hiasan dalamannya juga cantik. Ringkas tetapi elegan.

Kolam renangnya yang luas sudah tentu dapat menceriakan percutian anda. Kolam renang untuk dewasa dan yang cetek untuk kanak-kanak.

Bukan senang nak cari homestay ada kolam renang di Melaka. Tea Hill Homestay adalah salah satu darinya yang cukup istimewa. Rugi kalau tak menginap di sini bersama keluarga besar anda.

Kemudahan:

  • Kolam renang, cafe (mengikut tempahan)
  • Peralatan BBQ
  • Padang bola
  • Peralatan memancing

Harga: dari RM240 semalam

Lokasi: Google Maps

Menjadikan Melaka sebagai destinasi untuk family day adalah idea yang bernas. Banyak homestay dan chalet menarik. Bahkan anda boleh ke beberapa tempat menarik di Melaka seperti A’Famosa, Jonker Street, Menara Taming Sari dan banyak lagi. Selamat bercuti!

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *