Tempat Menarik

Tempat Menarik di Melaka

Kalau anda ke Melaka, sudah pasti tak nak terlepas akan dua perkara.

  1. Tempat makan menarik dan juga
  2. Tempat menarik untuk anda berselfi

Antara tarikan yang menjadi tumpuan utama di Melaka ialah:

Menara Taming Sari

Menara ini memang antara tumpuan awal atau akhir mereka yang berkunjung. Dengan tinggi nya 80 meter pemandangan dari atas, lagi pula boleh dipusing 360 darjah, pasti membolehkan anda melihat seluruh pemandangan di Kota Melaka. Dan boleh lah rancang rancang kemana pula nak pergi selepas ini kan.

Atau pun, anda ikut sahaja cadangan pilihan tarikan kami di Melaka.

  • Waktu Beroperasi + Harga Tiket
  • 10 am – 11 pm ( Setiap Hari
  • Dewasa – RM 21.80
  • Kanak Kanak – RM 14.20 ( dibawah 12 tahun )
  • Mykad Holder – Dewasa – RM 16.10
  • Mykad Holder – Kanak Kanak – RM 10.45 ( dibawah 12 tahun )

Antara tarikan yang anda boleh lihat kalau naik Menara Taming Sari ialah:

  • Melaka UNESCO World Heritage City
  • Dan agak jauh sikit ialah, St.Paul’s Hill
  • Independence Memorial Building
  • Samudra Museum dan kapal, Flor De La Mar
  • Dataran Pahlawan, Pulau Selat Mosque, Pulau Besar and the Straits of Melaka.

Kalau anda memilih Menara Taming Sari sebagai destinasi kunjungan pertama, OK juga. sebab disekitarnya pun sudah ada beberapa tarikan lain yang agak dekat juga.

Berikut, adalah tarikan dan jarak perjalanan antara Menara Taming Sari dengan tempat lain:

Melaka River Park and Cruise

Maritime Museum dan Samudera Museum pula terletak berdekatan dengan Melaka River Park Cruise, bertentangannya pula ada Muzium TLDM.

Maritime Museum ni ada satu kapal replika, yang bernama Flor De La Mar. Nanti bila anda pusing pusing nak cari parking untuk ke Menara Taming Sari nanti mesti akan perasan satu kapal besar seperti di bawah:

Kenapa kapal replika ni dibina di sini? Apa pula sejarah nya?

Sememangnya pemerintahan kita suka duk agung agung kan penjajah. Warisan kita sendiri orang Melayu tak dibela, bila sampai ke Melaka, sepatutnya kita pergi ke tempat yang lebih ke arah betapa hebatnya pemerintahan Melayu Melaka dahulu. Tapi tidak, lebih nak agung kan bangsa yang duk rosak kan kita dahulu.

Seperti contoh di Kedah, kerajaaan kedah tua dahulu, bangunan batu yang dibina pada istana kedah tua tu adalah binaan yang pertama menggunakan batu di Tanah Melayu ( seluruh Malaysia sekarang ). Dan sampai sekarang, binaan tu masih lagi ada. Tapi, sumpah tiada siapa yang tahu dan ambil peduli.

Sebab memang begini pun kerajaan kita.

Serupa juga dengan orang orang kita yang berpusu pusu pergi A Famosa. Sedangkan itu binaan Portugis, sudah la binaan penjajah, tapi di situ lah tempat jatuh nya parajurit tanah air kita untuk pertahan kan Melaka. Tapi disitu juga lah, orang melayu kita duk bergembira berselfie.

Dan sedikit sejarah mengenai kapal Flor De La Mar atau Flower of the Sea ini:

Kapal ini dahulunya, masa penyerangan kepada Melaka yang diketuai oleh Afonso de Albuquerque. Dengan keberatan mencecah 400 tan. Dikatakan, kapal ni sudah belajar 9 tahun sebelum hilang secara misteri di Selat Melaka. Semasa membawa barang curi, seperti berlian dan batu pertama selepas menyerang Melaka. Masa tu, perjalanan kapal ini adalah untuk menuju ke Portugis, untuk serahkan sebagai hadiah kepada Raja Portugis ketika itu.

Bayangkan, sudah la curi barang orang lain, lepas tu anggap sebagai hadiah pula. Teruk tak teruk? Kita pula duk agung agungkan lagi binaan ni. Selain daripada, Portugis guna kapal untuk dalam penyerangan Melaka, ada juga misi misi lain yang disertainya sebelum itu, seperti penyerangan terhadap Goa, 1510. Dan juga penjajahan terhadap Ormuz.

Dan sekarang ni, ada juga kami dengar dengar akan satu ekspedisi untuk mencari balik kapal ni. Dan kemungkinan mesti akan dua pihak yang sibuk nak kan harta ni.

Satu, Portugis sendiri, dan juga Indonesia, kononnya ia tenggelam di bawah kawasan mereka.

Tak pe lah, sebelum penulis jadi lebih emosi. Kami review tempat lain dahulu.

Seterusnya ialah The Shore Oceanarium

The Shore Oceanarium

The Shore Oceanarium ni seakan akan Aquria KLCC

https://www.youtube.com/watch?v=d9M5bf_rexg

dalam bangunan ni bukan ada Aquarium sahaja, malah 3d Interactive Park dan juga Toy Museum.

Perjalanannya lebih kurang 9 minit dengan kereta.

Berikut pula untuk tempat tempat lain yang anda boleh kunjungi di Melaka:

Rumah terbalik di UpSide Down House Melaka

Masjid ketiga tertua di Malaysia, Masjid Kampung Hulu yag terletak di tengah tengah Bandar Melaka. Dibina pada tahun 1728 dan masih mengekalkan tapak asal nya yang sama. Kalau nak dikongsikan, panjang juga cerita masjid ni, anda boleh rujuk sendiri di Wikipedia. Penulis jadi naik berang pula bila baca baca artikel dalam Wikipedia tu bila terbaca Portugis yang duk runtuhkan masjid kita lepas jajah 1511. Anda semua baca sendiri di sana ya.

Sebelum tu, penulis nak tambah lagi berang dengan kongsikan cerita pasal bangunan The Stadthuys. Banding dengan laman web travel blog yang lain, banyak betul blog blog lain yang megahkan binaan bangunan merah ni. Tapi, kami sendiri di TeamTravel, memang tak hadap langsung dengan benda ni.

Anda tahu, masa pembinaan Stadthuys ni, berhadapan dengan nya ada Masjid. Dan dikatakan ini adalah masjid pertama di Melaka, tapi sebabkan nak bina bangunan merah ni, dirobohkannya pula masjid melaka yang pertama.

Geram tak geram?

Jadi tak ada apa yang nak dibanggakan tengok bangunan ni. Nanti bila anda datang, kongsikan pada anak anak, walaupun di Malaysia ni penuh dengan sejarah rosak, jangan sekali kali kita terpengaruh.

River Cruise Melaka – penulis sendiri masa bergerak ke Melaka untuk siapkan ilmu sedikit sebelum tulis artikel untuk isi kandungan blog TeamTravel, tak sempat nak cuba River Cruise ni. Lagi elok kalau anda bermalam, sedangkan penulis dengan isteri hanya singgah sebentar sehaja sebab kami menginap jauh di Bandar Enstek.

Apa apa pun, insyaAllah, satu hari nanti, kami akan ke sana, mana tahu bersama cahaya mata pertama pula kali ni. Dan kami akan kongsikan pengalaman tu dalam blog ni.

Oh ya, buat anda yang memang rajin menulis, atau buat anda yang memang mengidap untuk menjadi travel blogger. Kami di TeamTravel, memang dalam rancangan awal untuk berkongsi rezeki dengan anda.

Contact admin page ini untuk kita berbincang dengan lebih lanjut, untuk permulaan ni, kami nak dapatkan permintaan dahulu. Kalau ada bajet, insyaAllah kita akan usahakan sama sama.

Ideanya, kami support hotel anda, dan anda siapkan kami satu artikel khas review akan percutian anda. Kalau artikel anda menarik dan dapat perhatian, insyaAllah kita akan berbincang untuk akan terus bekerjasama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *