Tempat Menarik

7 Boutique Hotel Melaka Yang Bakal Buat Anda Tertawan

Percutian ke Melaka pastinya akan melakar memori indah buat anda. Ini kerana Melaka merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan tarikan pelancongan. Kalau bab tempat bersejarah memang banyak sehingga Melaka diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Kalau nak tahu tempat menarik di Melaka, anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini. Dalam artikel kali ini kami ingin kongsikan senarai boutique hotel di Melaka yang boleh anda inap.

Memandangkan Melaka mempunyai banyak tarikan pelancongan, maka banyaklah hotel yang dibina di setiap ceruk negeri ini. Hotel yang sering menjadi pilihan pelancong adalah hotel berkonsepkan butik.

Antara sebab mengapa boutique hotel menjadi pilihan ramai adalah kerana harganya yang mampu inap. Bayangkan hotel murah tetapi hiasan dalamannya mempunyah sentuhan kemewahan.

Untuk itu jom lihat senarai boutique hotel di Melaka.

#1 Jonker Boutique Hotel

Mencari boutique hotel Melaka near Jonker Street? Kami cadangkan Jonker Boutique Hotel. Dibina di dalam sebuah bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.

Jonker Boutique Hotel mempunyai hiasan dalaman yang begitu stylish! Moden dan mendapat sentuhan mewah. Setiap bilik mempunyai hiasan berbeza mengikut saiz. Terdapat 6 jenis bilik kesemuanya termasuklah family room untuk mereka yang berkeluarga besar.

Ia adalah salah satu hotel yang dinilai tinggi oleh pelanggan di Bandar Melaka. Di Booking.com sahaja ia mendapat rating 9.1/10. Tinggi bukan?

Kemudahan: Wifi, parking percuma, tv satalite, personal iron, pantry

Jarak dengan tempat menarik:

  • Jonker Street – 6 minit (jalan kaki)
  • The Stadthuys –  5 minit
  • Dataran Pahlawan Megamall – 14 minit

Harga bilik: RM178 – TEMPAH DI SINI

Alamat: 84, Jalan Tokong, Kampung Tiga, 75200 Melaka

#2 JW Hotel Melaka

JW Boutique Hotel Melaka terletak 15 minit pemanduan sahaja dari tempat shopping Jonker Street dan 3 km dari Dataran Pahlawan Mall.

Hotel berwarna hitam ini anggun baik dari luar mahupun hiasan dalamannya. Bilik-biliknya kemas, dengan pilihan prambot yang minimal. Tona warnanya juga menenangkan dan sesuai untuk mood beristirehat.

Terdapat 3 jenis bilik sahaja iaitu Deluxe King Room, Standard Queen Room, dan Standard Room yang harganya serendah RM81 sahaja.

Kemudahan: Wifi, Parking percuma, toiletries, pembancuh kopi, tv satelit.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Menara Taming sari – 15 minit
  • 3D Museum – 3 minit
  • Mahkota Parade  –  14 minit
  • A’Famosa – 11 minit

Harga bilik: RM117 – TEMPAH DI SINI

Alamat: No 1, Jalan Lagenda 3, Taman 1-Lagenda, 75400 Melaka, Malaysia

#3 M2 Boutique Hotel Melaka

M2 Boutique Hotel Melaka merupakan sebuah lagi hotel butik Melaka yang kena dengan jiwa golongan muda.

Mereka menyediakan 8 jenis bilik untuk anda pilih mengikut bajet dan kapasiti. Bagi yang mempunyai bilangan ahli keluarga ramai, kami sarankan anda pilih Superior Family Room di mana bilik ingin menempatkan 2 kati dua tingkat dan 1 katil bersaiz Queen.

Bertemakan putih dan kuning, M2 Boutique Hotel Melaka pastinya akan dapat memenuhi citarasa dan melegakan kepenatan.

Kemudahan: Wifi, parking percuma, airport shuttle, toiletries, tv satelit

Jarak dengan tempat menarik:

  • A’Famosa – 8 minit
  • Jonker Street – 13 minit
  • Melaka River Cruise  – 14 minit
  • Muzium Samudera – 8 minit

Harga bilik: RM120 – TEMPAH DI SINI

Alamat: Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya No 17,17A,17B, 75000 Melaka

#4 The Sterling Malacca

The Sterling Boutique Hotel Melaka juga tidak kurang hebatnya. Dari jauh ia kelihatan seolah sebuah istana lama, ini membuatkan anda teruja untuk menginap di sana.

Menawarkan 11 buah bilik dengan saiz dan hiasan berbeza yang menjamin keselesaan anda. Mereka sangat recommend tetamu untuk memilih bilik dengan kemudahan jakuzzi untuk menikmati pengalaman bercuti dan rehat yang maksimum.

Hotel ini turut mempunyai sebuah restoran yang berkedudukan di atas bumbung. Restoran yang diberi nama The Loft ini beroperasi 24 jam dan menyajikan pelbagai jenis makanan dari masakan tempatan, Thai, Western, Italinan, Chinese dan lain-lain.

Bunyinya seakan hotel mewah, tetapi mereka menawarkan harga bilik bermula Rm152.

Kemudahan: Wifi, toiletries, family room, sarapan pagi, parking percuma, tv satelit

Jarak dengan tempat menarik:

  • Menara Jam Melaka – 8 minit
  • Menara Taming Sari – 8 minit
  • Baba & Nyonya Heritage Musuem – 10 minit

Harga bilik: RM204 – TEMPAH DI SINI

Alamat: No. 43, Jalan Temenggong , 75100 Melaka

#5 Rosa Hotel Melaka

Rosa Hotel adalah sebuah lagi hipster hotel Melaka yang boleh anda pilih untuk dijadikan sebagai tempat penginapan. Kami rasa Rosa Hotel lah yang paling unik kerana hiasan dalamannya membuatkan anda seolah bercuti di kota New York.

Ini kerana ia berkonsepkan ‘exposed bricks’ dan tidak di cat. Pemilihan perabotnya juga kena dengan tema dan tampak elegan.

60 buah bilih sedia diinap dan dengan suasana berbeza sebegini suah tentu dapat menceriakan percutian anda.

Hotel ini juga adalah tempat terbaik untuk mereka yang ingin mengadakan majlis keraian, business, meeting, dan lain-lain.

Restoran Rosa Melacca juga luas dan suasana yang tenang untuk menjamu selera.

Kemudahan: wifi, parking percuma, gimnasium, breakfast, restoran, toiletries, coffee maker.

Harga bilik: RM220 – TEMPAH DI SINI

#6 Mercury Boutique Hotel Melaka

Mercury Boutique Hotel mungkin anda menambat hati anda kerana harga biliknya sangat berpatutan. Hotel ini menawarkan penginapan selesa, bersih, dan persekitaran yang menawan untuk penginapan tetamu.

Dihias dengan perabot ringkas, setiap bilik dilengkapi tv dengan saluran pelbagai, pantry, dan peti besi. Penggosok baju hanya akan dihantar sekiranya diminta.

Ia juga dinilai baik oleh tetamu yang pernah menginap di sini. Mengagumkan untuk sebuah hotel bajet.

Kemudahan: wifi, parking percuma, bilik keluarga,

Jarak dengan tempat menarik

  • Menara Taming Sari – 8 minit
  • The Stadthuys – 8 minit
  • Muzium Kesultanan Melaka
  • Roti Canai Kayu Arang – 16 minit

Harga bilik: RM114 – TEMPAH DI SINI

Alamat: No 32, Jalan PM 6, Plaza Mahkota, 75000 Malacca

#7 Timez Modern Heritage Hotel Melaka

Timez Hotel Melaka dibina di bangunan yang digunakan ketika zaman Perang Dunia Kedua. Bangunan itu dibaikpulih dan kini berdiri sebagai sebuah hotel butik yang serba mewah dan elegan.

Terletak di sekitar Jonker Street, Timez Hotel menawarkan 12 bilik biasa dan 3 suites. Setiap satu daripadanya mempunyai rekaan dalaman yang berbeza mengikut peredaran zaman di Melaka.

Anda pasti terpegun melihat hiasannya yang cantik dan segar. Ini membuatkan tetamu bertambah selesa dan ingin menginap lagi di sini.

Jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera di cafe & lounge.

Kemudahan: wifi, bilik keluarga, restoran, sarapan pagi percuma

Jarak dengan tempat menarik:

  • Menara Jam Melaka – 4 minit
  • Baba & Nyonya Heritage Musuem – 2 minit
  • A’Famosa – 8 minit
  • Mahkota Parade – 12 minit

Harga bilik: RM200 – TEMPAH DI SINI

Alamat: 31 JALAN HANG KASTURI Jonker Street, 75200 Malacca

Nah, itu dia beberapa buah boutique hotel Melaka yang boleh anda pilih. Menarik bukan? Semua ada keistimewaan masing-masing. Yang penting ia boleh menjamin keselesaan sepanjang percutian anda.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!