Negeri Melaka menawarkan 1001 tarikan pelancongan. Bandaraya yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO ini sangat berbaloi untuk di lawati. Ia penuh dengan tinggalan sejarah, bangunan lama yang menggamit memori, tidak lupa juga tarikan moden. Oleh kerana itulah banyak tempat percutian menarik di Melaka yang boleh anda kunjungi.
Tambahan pula Melaka dekat dengan Kuala Lumpur, 2 jam pemanduan sahaja anda boleh tiba di Bandar Hilir. Tidak hairanlah Melaka sering menjadi lokasi ‘shor getaway’ bagi warga kota.
Kami akan senaraikan antara tarikan menarik di Melaka. Bosan dengan tempat bersejarah? Usah khuatir kerana kami akan selitkan juga tempat best untuk golongan remaja.
#1 Menara Taming Sari
Bagunan paling tinggi di Melaka. Dengan ketinggian 110 meter, pengunjung dapat menyaksikan pemandangan bandar. Menariknya, ia berpusing dan membolehkan anda melihat keindahan dan tarikan bandar ini secara 360 darjah.
Menara ini dibukan hingga jam 11 malam. Waktu malam lebih menarik, pengunjung pasti akan terpesona dengan cahaya lampu berwarna warni yang menerangi bandar ini. Pastikan anda melawat tempat menarik di Bandar Hilir ini.
Harga tiket: Dewasa RM20 | Kanak-Kanak RM10 | Warga emas RM17
Waktu operasi: 10 am – 11 pm
Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
#2 Muzium Kesultanan Melaka
Antara muzium tercantik di Malaysia kerana ia merupakan replika Istana zaman Kesultanan Melayu Melaka. Muzium ini mempamerkan lebih 1,300 artifak dari zaman kegemilangan Melaka.
Pengunjung boleh melihatnya melalui show room, gambar, video, item berserta dengan diskripsi, dan lain lain.
Replika Balairong Seri, Balai Beradu, bahkan patung yang menunjukkan pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat juga turut di pamerkan.
Waktu operasi: 9 am – 5 am
Harga tiket: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2
Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
#3 Melaka River Park & Cruise
Melaka River Park & Cruise bakal membawa anda menyusuri Sungai Melaka dan dalam masa yang sama melihat keindahan yang ada sekitarnya. Perjalanan mengambil masa 30 init dan dalam tempoh itu anda menyaksikan beberapa tarikan yang ada di tepi sungai.
Kami cadangkan anda menaikinya pada waktu malam. Ini kerana anda boleh lihat pemandangan Bandar Hilir yang bermandikan cahaya lampu neon yang indah. Cruise ini kami kelaskan sebagai tempat menarik di Melaka waktu malam.
Terdapat 2 Jeti yang disediakan bagi pengujung mendapatkan bot iaitu di Jeti Muara (berdekatan dengan Muzium Samudera) dan Jeti Taman Rempah (terletak di Jambatan Hang Jebat, Bandar Melaka).
Melaka River Cruise andalah tempat di Melaka 2018. Rugi kalau tak naik cruise ni.
Waktu operasi: 9 am – 11.30 pm
Harga tiket: Dewasa RM13 | Kanak-kanak RM6.50
Waktu operasi: 9am – 11pm
Alamat: Jalan Laksamana, 75000 Melaka
#4 Illusion 3D Art Museum Melaka
Dah bosan ke lokasi bersejarah? Nak ke tempat menarik di Melaka untuk anak-anak? Kami cadangkan anda ke Illusion 3D Art Museum yang terletak di Bandar Hilir.
Seperti muzium 3D yang lain, Illusion 3D Art Museum Melaka ini turut mempunyai banyak lukisan dan mural menarik. Pelbagai tema dan show room yang ada dan semuanya bagaikan hidup.
Anda boleh merakam gambar dengan pelbagai gaya dari sudut berbeza. Dengan cara ini anda boleh abadikan foto percutian yang hebat.
Harga tiket: Dewasa RM36 | Kanak kanak RM18
Waktu operasi: 10am – 10pm
Alamat: F2-29, Second Floor,, Jalan Merdeka,, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, 75000 Bandar Hilir, Melaka
#5 The Pirate Adventure – Melaka Alive
Ini adalah tarikan terbaharu di Melaka. Ia merupakan gabungan hiburan dan dalam masa yang sama memberi input sejarah tentang kegemilangan Melaka. Anda boleh merasai pengalaman menjadi lanun menerusi pameran hebat. Terdapat beberapa simulasi realistik yang membuatkan anda seolah-olah berada di tengah-tengah laut.
Selain itu terdapat persembahan teater yang membentangkan sejarah Melaka di The Pirate Adventure – Melaka Alive. Tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak pasti akan membuatkan mereka terhibur.
Harga tiket: Dewasa Rm23 | Kanak-kanak RM17
Waktu operasi: 10 am – 7 pm
Alamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka
#6 Freeport A’famosa Outlet Village
Ia menggunakan konsep yang sama seperti Johor premium Outlet. Pelbagai pakaian dan akseseori dari bermacam-macam jenama antarabangsa yang boleh anda pilih.
Usha khuatir soal keaslian kerana semua produk yang dijual dijamin original. Malah ramai yang mengatakan ia lebih murah dari pasaraya.
Kalau nak cari tempat menarik di Melaka 2018, di sinilah tempatnya. Waktu hujung minggu pasti akan dipenuhi orang ramai yang ingin mencari baju baru.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00am – 10.00pm)
Alamat: Jalan Kemus, Sempang Ampat, Alor Gajah, 78000 Melaka
#7 Pantai Klebang
Pasir berbukit di Pantai Klebang cukup terkenal. Pantai ini menjadi lokai bersantai pada waktu petang dan hujung minggu.
Selain menjadi tempat mandi manda di Melaka, Pantai Klebang turut popular dengan sand surfing kerana pasirnya yang halus dan berbukit.
Anda boleh singgah minum di gerai Coconut Shake yang viral. Dengan cuaca di Malaysia yang panas, seronok juga dapat menghilangkan haus dengan minum coconut shake yang lazat.
Banyak chalet menarik di sekitar Pantai Klebang seperti Mabohai, Klebang Beach Resort, dan Bustle iaitu bas lama yang diubahsuai menjadi hotel.
Alamat: Pantai Klebang, 75200 Melaka
Tempat penginapan menarik Melaka
Masbro Village Homestay Jika anda mempunyai keluarga yang besar, chalet dan hotel mungkin tidak begitu praktikal. Jadi kami kongsikan juga homestay menarik yang boleh anda inap di Melaka.
Masbro Village Homestay menjadi tumpuan kerana reka bentuknya yang unik. Setiap homestay di sini berbentuk segi tiga atau ‘A’, malah berwarna warni.
Ia mempunyai sentuhan senibina Belanda yang membangkitkan rasa tenang pengunjung. Mungkin dari luar mungkin setiap homestay ini nampak sempit, tetapi sebenarnya agak luas. Setiap unit boleh memuatkan sebuah keluarga.
Lebih menarik setiap unik menghadap kolam renang yang luas.
Kemudahan: Kolam renang, wifi, pantry,
Jarak dengan tempat menarik:
- Hang Tuah Mall – 19 minit
- A Famosa – 26 minit
- Menara Jam Melaka – 25 minit
Harga: dari RM280
Alamat: Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput,, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Malacca
Tempak makan menarik di Melaka
Fiske Steak House & Asam Pedas
Restoran ini menyajikan hidangan kegemaran ramai iaitu masakan western dan asam pedas. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan makanan dan servis, malah kalau anda perhatikan restoran ini sentiasa penuh.
Masakan barat disini memang mantap. Portionnya besar, sedap dan harganya sunggu berpatutan. Grill Lamb Chop Cuma berharga RM14 sahaja. Murah kan? Banya juga pilihan menu yang anda boleh pilih.
Hidangan asam pedas juga tidak kurang hebatnya. Kuahnya pekat dan ikan yang digunakan juga segar.
Waktu operasi: 9am – 12am | tutup pada Isnin
Alamat: No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur
Sebab itulah ramai yang memilih negeri ini sebagai lokasi percutian. Banyak sangat tempat menarik di Melaka yang boleh anda terokai. Bukan sahaja padat dengan tarikan bersejarah bahkan hiburan, pantai yang indah, dan tempat lepak pun ada. Jom bercuti di Melaka.