Tempat Riadah

Tempat Mandi di Melaka Yang Best

Percutian di Melaka pastinya bakal melakar memori indah buat anda sekeluarga. Mana tidaknya dengan sejumlah lokasi bersejarah dan tempat-tempat menarik, hujung minggu anda di Melaka akan diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan. Selain lawatan ke tempat bersejarah di Melaka, aktiviti wajib sewaktu bercuti adalah mandi manda! Nak tahu tempat mandi di Melaka yang boleh anda kunjungi? Teruskan membaca artikel ini.

Melaka Wonderland Theme Park

Merupakan taman tema air utama di negeri ini. Dikelilingi hutan yang menghijau menjadikan kawasan berkeluasan 360 hektar ini redup dan menyegarkan.

Pelbagai tarikan dan permainan menarik untuk pengujung seperti Big Wave Pool, TornadoChaser, Adventure Island, Lazy Cum Crazy River dan lain-lain lagi.

Kolam renang untuk kanak-kanak juga disediakan lengkap dengan taman permainan terapung.

Manakala untuk golongan dewasa, beberapa buah gelongsor berpusar yang meningkatkan adrenalin pastinya menyeronokkan.

Disamping itu, Melaka Wonderland Theme Park yang juga merupakan tempat menarik di Ayer Keroh ini turut memiliki pantai buatan yang lengkap dengan ombak.

  • Harga tiket: Dewasa RM36 | Kanak-kanak RM30
  • Waktu operasi: 11 am – 7 pm | Isnin
  • Alamat: Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh

AFamosa  Water Theme Park

Mendapat jolokan “taman tema air terbesar di Malaysia”, Afamosa Water Theme Park menawarkan 1001 keseronokan buat anda sekeluarga. Bergembira di beberapa buath kolam renang pelbagai saiz, gelongsor yang mencabar, air dingin, dan pelbagai tarikan hebat lain.

  • Harga tiket: Dewasa RM40 | Kanak-kanak RM32
  • Alamat: Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Antara tarikan AFamosa  Water Theme Park

  • Arabian Village – Taman permainan bertemakan ‘Arab’ dengan air pancuran yang menyeronokkan.
  • Kids Adventure Pool – Taman permainan kanak-kanak yang luas, cetek, dan berwarna warni.
  • Family raft – Naiki pelambung besar bersama ahli keluarga dan menyusuri gelongsor bersimpang siur.
  • Wave pool – Kolam renang bak pantai sebenar dengan ombak yang luar biasa. Anda juga boleh bermain papan luncur!
  • Wide Ice Cream – Gelongsor dengan cerobong terbesar di Asia Tenggara!

Kolam Air Panas Jasin

Tempat mandi di Melaka yang seterusnya adalah Kolam Air Panas Jasin. Kolam air panas ini lain dari yang lain, bak taman tema. Landskap indah, air jernih, dan lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung.

Mereka menyediakan 3 buah kawasan untuk pengunjung iaitu:

  • Kolam air panas asli – Untuk berendam dan tujuan kesihatan seperti sakit sendi, tulang, dan lain-lain
  • Kolam biasa – Kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak
  • Kola & inflatable – Kolam cetek dan taman inflatable untuk kanak-kanak

Tempat menarik di Jasin ini ini sentiasa dipenuhi orang ramai pada setiap hujung minggu. Masing-masing mahu berendam sambil meluangkan masa bersama keluarga.

Biarpun tidak setaraf taman tema air lain, ia cukup menyeronokkan, malah tiket masuknya juga amat murah!

  • Harga tiket: Dewasa RM6.50 | Kanak-kanak RM4.50 | Warga emas RM5.50
  • Waktu operasi: 9 am – 12 am
  • Alamat: Kampung Air Panas mukim, 77200 Bemban, Melaka

Artikel berkaitan:

Gold Coast Melaka International Resort

Sebuah resort berkonseptkan aparment. Salah satu faktor yang menarik perhatian pelancong adalah kerana adanya taman tema air. Kolam renang untuk orang dewasa juga disediakan.

Tetamu yang menyewa diberi akses percuma untuk bermandi manda di kolam renang dan taman tema ini.

Sebuah taman permainan di dalam air cetek disediakan untuk kanak-kanak. Lengkap dengan air pancuran, gelongsor, dan aneka permainan yang menyeronokkan.

Malah, resort ini berkonsepkan apartment. Jadi ia boleh memuatkan keluarga besar. Segala kemudahan boleh dikatakan cukup lengkap.

Perasaan menginap di sini boleh dikatakan seperti tinggal di rumah sendiri.

  • Harga tiket: Dewasa RM35 | Kanak-kanak RM25
  • Waktu operasi: 8 am – 7 pm
  • Alamat: Lot 44, Jalan Wakaf Utama 1, Taman Saujana Indah, 75450 Melaka

Bayou Lagoon Park Resort

Sebuah lagi tempat mandi di Melaka yang sesuai untuk anda sekeluarga. Bayou Lagoon Park Resort merupakan sebuah tempat menginapan menarik berserta dengan sebuah taman tema.

Kolam renang luas dan berlandskap menari ini sudah tentu bakal melakar memori indah bersama yang tersayang.

Gelongsornya agak besar, sesuai untuk semua golongan. Di samping itu, anda boleh bersantai di pantai buatan sambil menikmati udara segar di dalam air dingin.

Bagi yang menginap di resort, anda akan mendapat akses percuma untuk mandi manda.

Harga tiket: Dewasa RM26 | Kanak-kanak Rm19 | Percuma untuk ketinggian 3 kaki ke bawah

  • Waktu operasi: 24 jam
  • Alamat: Jalan Wakaf Utama 1, 75450 Melaka

Air Terjun Asahan

Nah, selain taman tema air tempat mandi yang sesuai untuk anda seisi keluarga adalah air terjun. Air Terjun Asahan Melaka ini cukup digemari warga tempatan.

Air Terjun Asahan adalah sebahagian daripada Gunung Ledang. Kita semua tahu keindahan flora dan fauna Gunung Ledang. Apa yang bakal anda rasai di air terjun ini adalah persekitaran yang nyaman dan air yang jernih.

Kawasannya juga luas, sesuai untuk berkelah dan berkhemah. Bagi mereka yang ada anak kecil, usah risau kerana terdapat kawasan yang airnya cetek.

  • Alamat:  Jalan Kolam Air Pekan Asahan, 77100 Melaka

Baca: Pantai Menarik di Melaka

Pantai Klebang

Kunjungan ke Melaka tidak akan lengkap tanpa melawat Pantai Klebang. Menjadi lokasi kegemaran ramai dek kerana keindahan pantai, pasir memutih, dan pengunjung boleh melakukan aktiviti pantai seperti berenang dan lain-lain.

Jalan-jalan di Pantai Klebang memang menyeronokkan, lebih lebih lagi pada waktu senja. Selain itu jangan lupa singgah ke Klebang Original Coconut Shake. Kalau nak tahu, ia adalah salah satu tempat menarik di Klebang Melaka!

­­Tempat makan menarik di Melaka

  • The Old Mark Cafe
  • Roti Canai Kayu Arang
  • Floyds Kitchen
  • Mango Float Royale

Boleh tahan juga tempat mandi di Melaka ini. Kesemuanya sesuai untuk anda sekeluarga bersantai dan meluangkan masa bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!