Tempat Menarik

Tempat Menarik di Ayer Keroh

Melaka memang memiliki banyak tarikan pelancongan tidak kiralah tempat bersejarah mahupun lokasi riadah untuk seisi keluarga. Dalam artikel ini kami akan kongsikan beberapa tempat menarik di Ayer Keroh. Untuk pengetahuan, Ayer Keroh merupakan sebuah bandar di Bukit Katil. Kini bandar ini pesat membangun dan menjadi pusat pentadbiran negeri Melaka.

Selain Bandar Hilir dan Bandar Melaka, Ayer Keroh juga salah satu destinasi yang serong menerima kunjungan pelancong. Kalau nak tahu apa yang menarik di sini, anda kena baca artikel ini sampai habis.

#1 Zoo Melaka

Diiktiraf sebagai zoo terbaik di Malaysia, Zoo Melaka menyimpan lebih 1,200 haiwan dari 200 spesis. Di sini, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis haiwan termasuklah haiwan lian serta yang hampir pupus seperti Badak Sumatera.

Suasana zoo ini dibina menyerupai hutan hujan tropika supaya sama dengan habitat asal haiwan.

Tarikan utama zoo Melaka adalah Night Safari di mana pengunjung akan di bawa mengelilingi zoo untuk melihat haiwan yang aktif pada waktu malam.

Harga tiket: Dewasa RM17.80 | Kanak-kanak RM7.10

Waktu operasi: 9 am – 11 pm

Alamat: Jalan Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka (Google Maps Location)

#2 Taman Botanikal Melaka

Pernah dikenali dengan nama Hutan Rekreasi Ayer Keroh, taman ini merupakan sebuah kawasan riadah ‘di dalam hutan’. Ia mempunya landskap yang cantik, lengkap dengan laluan pejalan kaki.

Taman Botanikal ini menempatkan lebih 300 spesis flora dan fauna. Pengunjung bukan sahaja boleh menghirup udara segar, bahkan melakukan banyak aktiviti riadah.

Antaranya adalah berkhemah, jungle trekking, memanjat bukit, dan berbasikal. Masuk adalah percuma, tetapi bayaran dikenakan sekiranya anda ingin melakukan aktiviti Skytrex dan menyewa basikal.

Harga tiket: Percuma

Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka (Google Maps Location)

#3 Melaka Wonderland

Mandi dan bermain air bersama keluarga adalah aktiviti kegemaran kita semua. Jika anda berada di Ayer Keroh, jangan lepaskan peluang untuk ke taman tema air Melaka Wonderland. Taman tema ini menawarkan kira-kira 16 keseronokan termasuklah pelbagai jenis gelongsor, kolam renang, ombak buatan, slide, dan sebagainya.

Walaupun tidak sehebat Sunway Lagoon, anda tetap boleh merasai keseronokkan di sini kerana harga tiket sangat murah.

Harga tiket: Dewasa RM40.50 | Kanak-Kanak RM34

Waktu operasi: 11 am – 7 pm | Tutup pada Isnin

Alamat: Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka (Google Maps Location)

#4 Taman Buaya & Rekreasi Melaka

Antara tarikan popular di Ayer Keroh, kerana tama buaya ini menempatkan lebi 100 spesis buaya untuk tatapan umum. Ia termasuk aligator dari Amerika Syarikat serta spesis yang jarang ditemui.

Jika anda bertuah, anda dapat menyaksikan demonstrasi memberi makan kepada buaya. Selain itu anda juga boleh bergambar dengan anak-anak buaya. Ini sudah pasti dapat memberikan pengalaman bermakna. Buaya bukan satu-satunya haiwan yang ada di sini, bahkan anda juga dapat melihat beberapa reptilia lain, pelbagai jenis burung, dan mamalia terpilih.

Selain itu, Taman Buaya & Rekreasi Melaka adalah sebuah lagi tempat mandi manda di Melaka. Terdapat taman tema air mini untuk kanak-kanak bergembira.

Harga tiket: Dewasa RM18 | Kanak-kanak RM13

Waktu operasi: 9 am – 6 pm

Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka (Google Maps Location)

#5 Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park

Merupakan sebuah taman budaya atau lokasi yang mengumpulkan adat dan budaya di Malaysia. Terdapat beberapa unit rumah di mana setiap satu daripadanya berkonsepkan budaya dari setiap negeri, budaya, dan kaum.

Sangat unik dan seronok untuk dilawati. Disamsping itu, mereka turut memaparkan rekabentuk ruma sewaktu zaman pre-modern Malaysia. Pengunjung juga berpaluang bermain permainan tradisional seperti congkak.

Bayaran masuknya murah sahaja. Ini menjadikan ia sebagai tempat menarik di Melaka yang murah.

Waktu operasi: 9 am – 5.30 pm

Harga tiket:  Dewasa RM11.90 | Remaja RM10.70 | Kanak kanak RM5.90

Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka (Google Maps Location)

#6 Melaka Planetarium

Dikelaskan sebagai pusat pembelajaran yang mengkhususkan kepada ilmu astronomi dan angkasa. Bangunan tiga tingkat ini menempatkan pelbagai pertunjukan dan pameran angkasa.

Anda berpeluang melihat milky way, mengetahui dengan lebih lanjut tentang sistem solar. Malah terdapat simulator kapal angkasa, replika satelit Malaysia, dan teleskop Hubble untuk anda terokai. Pada kami, ini adalah tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak dan sesuai juga dewasa.

Jika anda berminat akan angkasa lepas, Melaka Planetarium adalah lokasi yang wajib dikunjungi.

Harga tiket: Dewasa RM10 | Kanak kanak RM5

Waktu operasi: 10 am – 7 pm

Alamat: Hang Tuah Jaya, 75450,, Kompleks Mitc, 75450 Ayer Keroh, Melaka (Google Maps Location)

#7 Melaka Butterfly and Reptile Sanctuary

Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka sangat menarik untuk di kunjungi. Menempatkan pelbagai jenis dan warna rama-rama, ular, cicak, dan buaya. Dengan keluasan 11 hektar, taman ini dibahagikan kepada 5 bahagian. Iaitu River Valley, Butterfly Garden, Reptile Aviary, Wild Photo Lane dan Nature’s Art Centre.

Sangat menarik untuk dikunjungi lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak kecil.

Waktu operasi: 8.30 am  – 5.30 pm

Harga tiket: Dewasa RM22 | Kanak kanak RM16

Alamat: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Malacca (Google Maps Location)

#8 Melaka Bird Park

Sebuah lagi tempat menarik di Ayer Keroh adalah Taman Burung Melaka, yang menempatkan kira-kira 700 spesis burung. Matlamat utama taman ini dibina adalah untuk memelihara spesis ini supaya tidak pupus.

Mereka membina laluan barkayu tinggi supaya pengunjung dapat melihat burung yang berterbangan dengan lebih dekat.

Banyak spesis burung yang jarang ditemui boleh diliha di sini. Antaranya burung dari Amerika Selatan, Asia, dan Africa. Sangat berbaloi kerana pamerannya diselitkan info bermanfaat dan tempat ini dijaga dengan baik.

Harga tiket: Dewasa RM10 | Kanak kanak RM5

Waktu operasi: 9 am – 6 pm

Alamat: 75450 Durian Tunggal, Malacca (Google Maps Location)

Tempat menarik di Bandar Hilir, Melaka

Jarak antara Ayer Keroh ke Bandar Hilir cuma 12.4km iaitu hanya mengambil masa kira-kira 23 minit pemanduan. Dekat sahaja, jika anda berkesempatan bolehlah ke Bandar Hilir dan melawat tempat bersejarah di sana seperti:

  • Menara Taming Sari
  • A Famosa
  • The Stadthuys
  • Melaka River Cruise
  • Muzium Kesultanan Melaka
  • Muzium Samudera

Tempat Menarik di Pantai Puteri, Melaka

Selain tempat bersejarah, pantai di Melaka juga tidak kurang hebatnya. Pantai Puteri adalah antara yang paling menjadi sebutan ramai kerana keindahannya. Pantainya memutih, tidak berombak besar, dan boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah.

Pantai yang menghadap Selat Melaka ini juga mempunyai deretan gerai makanan laut yang kami pasti bakal membangkitkan selera anda.

Alamat: Pantai Puteri, Kampung Pantai Kundor, Tanjung Kling, Melaka (Google Maps Location)

Tempat menarik di Ayer Keroh dilihat lebih kepada aktiviti riadah dan alam sekitar. Bagus juga, selepas penat melihat tempat bersejarah bolehlah anda merehatkan minda. Lagi pula, lokasi-lokasi sebegini sememangnya dapat mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!