Melaka sememangnya menjadi salahsatu destinasi percutian pilihan ramai. Ini kerana Melaka menyimpan seribu satu tarikan pelancongan. Kalau nak cerita tentang tempat bersejarah di negeri ini memang tak akan habis. Negeri ini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Banyak tempat menarik di Melaka yang berbaloi untuk dikunjungi. Namun bagaimana pula dnegan tempat penginapan? Melaka menawarkan pelbagai penginapan hebat. Kami akan senaraikan beberama resort menarik di Melaka yang boleh anda pilih untuk menginap sekiranya bercuti di bandar Bersejarah ini.
Kami memilih resort kerana ia lebih praktikal dan menawarkan lebih banyak kemudahan berbanding hotel. Lebih-lebih lagi resort di tepi pantai. Anda bukan sahaja boleh berehat dengan selesa di bilik, bahkan terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan bersama keluarga di resort.
#1 Umang-Umang Chalet (Hermit Crab Chalet) – harga dari RM110
Anda mahukan percutian di tepi pantai yang menenangkan? Nah, Umang-Umang Chalet merupakan chalet di Melaka di tepi pantai. Jujurnya, tempat penginapan ini tidak mewah, tetapi cukup selesa dan bersih.
Umang-Umang Chalet jauh dari hiruk pikuk bandar. Menariknya anda juga berpeluang menyaksikan kapal kontena yang melalui Selat Melaka. Pada waktu senja pula, jangan lepaskan peluang untuk melihat panorama matahari terbenam yang mengasyikkan.
Paling best, terdapat buaian atau hammock di tepi pantai. Memang seronok.
Kemudahan: Parking percuma, peralatan BBQ, dewan, pakej memancing.
Jarak dengan tempat menarik:
- Pantai Klebang – 53 minit
- A Famosa – 1 jam
- Tanjung Bidara – 26 minit
No. Telefon: 016-6650167
Alamat: Lot 602, Batu 31, Bukit Darat,, Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Malacca  (Google Maps Location)
#2 Tanjung Bidara Beach Resort – harga dari RM97
Antara pantai popular di Melaka adalah Pantai Tanjung Bidara. Pemandangan pantai ini sunggu memukau. Pasirnya yang memutih serta terdapat batu-batu besar di sepanjang pantai. Sangat sesuai untuk mandi manda dan berkelah.
Resort best di sini adalah Tanjung Bidara Beach Resort yang pada kami mempunyai segala kemudahan untuk menjadikan percutian anda bermakna. Terdapat 4 jenis bilik iaitu Deluxe Room With Garden View, Chalet Garden View, Deluxe Room Seaview, dan Chalet Sea View.
Dua buah kolam renang disediakan dengan pemandangan laut. Tidak perlu risau soal makanan kerana anda boleh menjamu selera di restoran Sri Fatimah.
Kemudahan: wifi, kolam renang, kedai runcit, aktiviti pantai, jungle trekking
Jarak dengan tempat menarik:
- Bandar Hilir – 56 minit
- Zoo Melaka – 47 minit
- Pantai Klebang – 36 minit
Alamat: Tanjung Bidara, Masjid Tanah, 78300 Melaka (Google Maps Location)
#3 Desa Balqis Beach Resort @ Kuala Linggi – harga dari RM140
Untuk merekan yang mahukan percutian yang tenang, kami cadangkan anda menginap di Desa Balqis Beach Resort. Resort ini berbonsepkan kampung dalam masa yang sama mempunyai sentuhan moden kontemporari.
Terdapat 20 unit kediaman disediakan dan setiap satunya direka seperti rumah kampung. Sungguh unik. Ia sering menjadi pilihan pelancong asing yang ingin merasai suasana kampung Melayu.
Resort ini turut mempunyai sebuah kolam renang yang luas di tepi pantai. Ramai yang berpuas hati dnegan penginapan ini. Dan jika anda semak rating di Google, ia dinilai tinggi oleh pelanggan.
Kemudahan: Kolam renang, wifi,
- Jarak dengan tempat menarik:
- Bandar Hilir –Â 1 jam
- Port Dickson – 39 minit
No. Telefon: 03-40227728
Laman web: http://www.desabalqis.com/
Alamat: Jalan Kuala Sungai Baru / Kuala Linggi, Kampung Tanjong Dahan, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka  (Google Maps Location)
#4 Desa Damai Chalet – harga dari RM150
Binaan chalet di Desa Damai Chalet juga menarik. Melihat gambarnya sahaja seperti sudah mengajak kita untuk ke sana. Chalet di Pengkalan Balak ini terletak betul-betul di tepi pantai.
Suasananya sungguh mendamaikan apatah lagi landskap chalet ini direka seperti berada di dalam taman.
Chalet ini dekat dengan perkampungan nelayan, dari tingkap bilik pun anda dapat lihat bot-bot kecil di tepi pantai. Lebih menarik, setiap pagi dan petang anda boleh menyaksikan kapal kontena lalu lalang di tengah laut.
Kemudahan: Wifi, mandi pantai, berkhemah, peralatan BBQ
No. Telefon: 019-2348966
Alamat: Lot 1681, Batu 22 1/2, Kampung Hailam, Pengkalan Balak, Malaysia
#5 Mabohai Resort Klebang – harga dari RM68
Tak susah nak cari chalet murah di Pantai Klebang, Melaka. Mabohai Resort ini salah satu yang paling terkenal di kawasan ini. Dari segi senibinanya, resort ini berkonsepkan kampung. Pun begitu, setiap chalet di cat dengan berwarna warni supaya ia tampak lebih menyerlah.
Biliknyak agak sempit dan tidak sesuai untuk mereka yang berkeluarga besar. Tetapi jika anda datang bersama rakan atau bercuti gaya backpackers, Mabohai Resort adalah tempat penginapan terbaik di Pantai Klebang.
Ia merupakan salah satu chalet di melaka ada kolam renang.
Kemudahan: wifi, kolam renang, parking percuma, memancing, mandi pantai
Jarak dengan tempat menarik:
- Klebang Original Coconut Shake – 7 minit
- Pantai Klebang – 12 minit (berjalan kaki)
- A Famosa – 21 minit
- Melaka River Cruise – 18 minit
- Jonker Street – 18 minit
Alamat: 3854C, Off, Jalan Klebang Besar/Klebang Kecil, Batang Tiga, 76400 Tanjung Kling, Melaka  (Google Maps Location)
#6 Gold Coast Melaka International Resort – harga dari RM218
Resort ini semakin mendapat perhatian ramai. Salah satu faktor yang menarik perhatian pelancong adalah kerana adanya taman tema air. Kolam renang untuk orang dewasa juga disediakan.
Malah, resort ini berkonsepkan apartment. Jadi ia boleh memuatkan keluarga besar. Segala kemudahan boleh dikatakan cukup lengkap. Perasaan menginap di sini boleh dikatakan seperti tinggal di rumah sendiri.
Kemudahan: Kolam renang, wifi, restoran, taman permainan, parking percuma.
Jarak dengan tempat menarik:
- A Famosa – 7 minit
- St Paul’s Church – 7 minit
- Menara Taming Sari – 23 minit
- Melaka River Cruise – 16 minit
Alamat: Lot 44, Jln Wakaf Utama, Taman Saujana Indah, 75450 Melaka (Google Maps Location)
Homestay menarik di Melaka
Masbro Village Homestay – harga dari RM280
Jika anda mempunyai keluarga yang besar, chalet dan hotel mungkin tidak begitu praktikal. Jadi kami kongsikan juga homestay menarik yang boleh anda inap di Melaka.
Masbro Village Homestay menjadi tumpuan kerana reka bentuknya yang unik. Setiap homestay di sini berbentuk segi tiga atau ‘A’, malah berwarna warni.
Ia mempunyai sentuhan senibina Belanda yang membangkitkan rasa tenang pengunjung. Mungkin dari luar mungkin setiap homestay ini nampak sempit, tetapi sebenarnya agak luas. Setiap unit boleh memuatkan sebuah keluarga.
Lebih menarik setiap unik menghadap kolam renang yang luas.
Kemudahan: Kolam renang, wifi, pantry,
Jarak dengan tempat menarik:
- Hang Tuah Mall – 19 minit
- A Famosa – 26 minit
- Menara Jam Melaka – 25 minit
Alamat: Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput,, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Malacca (Google Maps Location)
Hotel menarik di Melaka
Bagi mereka yang memilih untuk menginap di hotel, kami senaraikan beberapa buah hotel yang dekat dengan tarikan pelancongan.
- Hotel Equatorial Melaka – RM226
- Holiday Inn Melaka – RM225
- Hatten Hotel Melaka – RM211
- The Explorer Hotel Melaka – RM112
- Hotel Seri Costa – RM81
Kami pasti dengan memilih untuk menginap di resort menarik di Melaka akan menjadikan percutian anda lebih bermakna. Mana tidaknya, bercuti ke negeri ini bukan hanya untuk melawat tempat-tempat bersejarah tetapi untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.