Tempat Menarik

Tempat Menarik di Melaka Waktu Malam

Jika berkungjung ke Melaka memang tidak sah kalau tidak melawat tempat-tempat bersejarah. Namun itu pada siang hari. Bagaimana pula pada waktu malam? Ini kerana muzium tidak dibuka pada waktu malam. Apa yang harus anda buat?  Janganlah lepak di dalam bilik hotel sahaja, kerana banyak tempat menarik di Melaka waktu malam yang berbaloi untuk dikunjungi.

Jika pada waktu siang muzium-muzium dan lokasi bersejarah menjadi tumpuan pelancong. Namun pada waktu malam, Bandar Bersejarah ini bertukar ceria dengan cahaya lampu yang menerangi jalan dan mercu tanda. Jom lihat aktiviti yang boleh anda lakukan di Melaka pada waktu malam.

#1 Menara Taming sari

Terletak di Bandar Hilir, Menara Taming Sari menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong di Melaka. Di sini anda boleh melihat pemandangan Bandar Hilir dari atas secara 360 darjah.

Malaysia – 11 Febuary 2017 :: Melaka Menara Taming Sari high tower in Melaka , travel

Berbeza dengan menara lain seumpamanya di Malaysia, menara ini tidak memerlukan anda menaiki lift untuk ke puncak. Sebaliknya, ia akan bergerak sendiri secara perlahan-lahan. Dari atas anda boleh lihat pelbagai tarikan bersejarah menarik seperti The Stadthuys, A Famosa, Muzium Samudera, dan lain-lain.

Waktu malam lebih menarik kerana bandar ini aktif dan bergemerlapan diterangi cahaya lampu.

Harga tiket: Dewasa RM20 | Kanak-Kanak RM10 | Warga emas RM17

Waktu operasi: 10 am – 11 pm

Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka  (Google Maps Location)

#2 Melaka River Cruise

Salah satu cara terbaik untuk menyaksikan aktiviti malam di sini adalah menaiki perkhidmatan Melaka River Cruise. Anda akan menyusuri Sungai Melaka yang memainkan peranan penting dalam sektor pelancongan. Kebanyakkan tempat menarik di Melaka 2018 terletak di tepi sungai.

Anda akan menyusuri sungai sepanjang 9 km dalam masa 45 minit. Sepanjang tempoh itu, anda akan limat beberapa mercu tanda yang diterangan cahaya LED. Malah bangunan yang berada di tepi sungai juga menarik dan klasik.

Terdapat 3 buah jeti untuk menaiki perkhidmatan ini iaitu di:

  • Jeti Muara
  • Jeti Taman Rempah
  • The Shore Jetty

Waktu operasi: 9 am – 11.30 pm

Harga tiket: Dewasa RM18 | Kanak-kanak RM6.50

Alamat: Jalan Laksamana, 75000 Melaka (Google Maps Location)

#3 Jonker Street

Jonker Street adalah ‘Chinatown’ Melaka. Sangat popular tidak kira siang mahupun malam. Sama ada anda ingin mencari barangan antik, perhiasan, cenderamata, mahupun galeri seni, di sinilah tempatnya.

Pada waktu malam, Jonker Street atau Jonker Walk ini lebih meriah. Ini kerana terdapat bazar larut malam yang menjual pelbagai jenis barangan pada harga murah.

Anda boleh mendapatkan pakaian, aksesori, tudung, bahkan makanan sedap juga boleh didapati di sini.

Waktu operasi: 6 pm – 12 am

Alamat: Jonker Street Night Market, 75200 Malacca (Google Maps Location)

#4 Melaka River Pirate Park

Terletak di tepi Sungai Melaka dan berhadapan dengan Cathay Cinema. Melaka River Pirate Park merupakan ‘funfair’ yang dibuka sepanjang tahun. Terdapat pelbagai tarikan di sini antaranya Ferris Wheel yang dikenali sebagai ‘Eye On Melaka’, Pirate Ship, Rock Climbing, Hunted Castle, dan lain-lain.

Apa yang membuatkan Melaka River Pirate Park ini istimewa adalah kerana kawasannya diterangi cahaya lampu. Dari jauh lagi anda sudah nampak kemeriahan funfair ini. Tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak ini pasti membuatkan percutian mereka lebih bermakna.

Anda juga boleh jalan jalan di sepanjang sungai. Ia sesuai dijadikan tempat overnight di Melaka.

Waktu operasi: 9 am – 11.30pm

Alamat: Jalan Laksamana, 75000 Melaka (Google Maps Location)

#5 Dataran Pahlawan Melaka Megamall

Tempat shopping popular di Melaka, menempatkan pelbagai premis yang menjual barangan berjenama. Anda boleh membeli pakaian, aksesori, gajet, barangan runcit dan sebagainya.

Dari segi hiburan pula, terdapat pawagan Golden Screen Cinemas untuk anda menonton filem terkini.

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Alamat: 04, Hatten Square, 1, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Malacca, Melaka (Google Maps Location)

#6 Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana

Nak menjamu selera di tempat yang meriah? Singgah sahaja di Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana. Masakan asam pedas sudah sinonim dengan negeri Melaka tetapi di sini ia dihidangkan dalam claypot.

Ini adalah untuk membangkitkan aroma dan mengekalkan kepanasan asam pedas tersebut. Anda boleh pilih pelbagai jenis asam pedas iaitu yang berasaskan ikan pari, kan parang, ikan kembung, dan juga daging tetel.

Waktu operasi: 6 pm – 4 am | Tutup pada Isnin

Alamat: 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka (Google Maps Location)

Tempat penginapan menarik di Melaka

Sebagai negeri yang tidak pernah putus menerima pelancong, Melaka sudah pasti mempunyai pelbagai jenis hotel menarik. Kami akan senarikan beberapa buah hotel dan resort supaya senang untuk anda membuat pilihan.

  • Gold Coast Melaka International Resort – harga dari RM218
  • Hatten Hotel Melaka – harga dari RM211
  • Masbro Village Homestay – harga dari RM280
  • Umang-Umang Chalet (Hermit Crab Chalet) – harga dari RM110
  • Areena Deluxe Hotel – harga dari RM80

Tempat mandi manda di Melaka

Dalam cuaca yang panas sepanjang tahun di Malaysia ini, ramai yang ingin menghabiskan masa hujung minggu dengan bermain air dan berendam bersama keluarga. Berikut merupakan beberapa buah tempat mandi yang anda boleh temui di Melaka.

  • Water Wonderland Cloudy, Ayer Keroh
  • A’Famosa Water Theme Park, Alor Gajah
  • Melaka Wonderland, Ayer Keroh
  • Free Form Swimming Pool, Bukit Katil
  • Laman Tiga Buaya, Jasin
  • Air Terjun di Melaka
  • Air Terjun Asahan

Bagi yang ingin merasai pengalaman bermandi manda dengan air semula jadi dan suasana redup, anda boleh ke Air Terjun Asahan. Ia juga dikenali sebagai Air Terjun Gunung Ledang.

Pengunjung boleh berkelah, mandi sungai, dan jungle trekking di sini. Kemudahan seperti tandas, surau, dan tempat parking turut disediakan.

Alamat: Jalan Kolam Air Pekan Asahan, ML 77100 Malaysia

Itu dia beberapa tempat menarik di Melaka waktu malam. Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di Bandar Bersejarah ini di malam hari. Janganlah stay di dalam bilik hotel sahaja. Inilah masanya untuk anda melihat suasana atau ‘nightlife’ negeri Melaka. Jika anda ada cadangan lain, sila nyatakan dalam ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!