Tempat Makan

Makan Tengah Hari Sedap di Melaka

Selain berkunjung ke tempat bersejarah, percutian ke Melaka juga adalah waktu terbaik untuk anda mencuba makanan tempatan. Perut pun sudah berkeroncong. Dari pagi lagi sudah melawat beberapa buah muzium dan bergambar bersama. Untuk itu, kami akan senaraikan beberapa tempat makan tengah hari sedap di Melaka untuk anda singgah.

Nak cari tempat makan best bukan mudah. Lokasi yang kami senaraikan di bawah adalah restoran dan gerai yang sudah terkenal dengan keenakannya.

Tanpa membuang masa, jom lihat tempat makan tengah hari yang best di Melaka.

#1 Floyds Kitchen

Kalau nak makan masakan Western di Melaka, kami cadangkan anda ke Floyds Kitchen. Restoran yang diinspirasikan dari band Pink Floyd ini menawarkan hidangan Barat yang asli.

Apa yang patut anda cuba di sini adalah burgernya, di mana patty daging masak sendiri berserta saiz hidangannya yang besar. Spaghetti Bolognese nya tidak kurang hebatnya, sering menjadi pilihan utama pelanggan.

Menu unik di sini adalah Pasta Masak Lemak dan Pasta Tuna. Hidangan Barat lain memang enak dan kami pasti anda akan teruja melihat presentation makanannya.

Floyds Kitchen dikategorikan sebagai cafe hipster di Melaka. Ia jelas kelihatan pada dekorasi restoran.

Waktu operasi: 12.30 pm – 11.30pm

Alamat: No 5 Jalan Lagenda 3, Taman 1 – Lagenda, 75400 Bandar Melaka, Melaka

#2 Asam Pedas Selera Kampung

Hidangan asam pedas sudah sinonim dengan negeri Melaka. Begitu banyak restoran di menyediakan menu ini. Tetapi restoran yang menyediakan asam pedas sedap di Melaka sudah tentulah di Asam Pedas Selera Kampung!

Restoran ini menyajikan lauk campur atau masakan kampung. Menu signature mereka adalah asam pedas. Di sini, asam pedas dimasak menggunakan beberapa jenis ikan. Seperti ikan pari, ikan kembung, ikan merah, dan ikan selar. Kuahnya pekat dan menyelerakan.

Dimakan pula dengan ikan goreng, ayam berempah, paru, dan ulam ulaman.
waktu tengah hari memang ramai pelanggan. Pastikan anda datang awal untuk mendapatkan meja.

Waktu operasi: 7am – 6pm

Alamat: Jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir, 75000 Melaka

#3 Mango Float Royale

Kalau dapat menghirup air mangga pekat pada waktu tengah hari pasti akan menghilangkan haus! Oleh itu, anda harus ke Manggo Float Royale.

Mango Float Royale adalah air mangga segar yang ditabur dengan ketulan mangga sebelum ditambah dengan aiskrim vanila di atasnya. Ada yang mengatakan air mangga di sini adalah yang paling sedap di Melaka! Kerana rasanya pure, pekat, dan tidak dicampur dengan bahan perasa.

Air mangga bukan satu-satunya menu yang ada. Pada waktu tengah hari anda boleh menikmati mee kari. Anda pasti teruja melihat beberapa ekor udang dan sotong dalam hidangan ini.

Waktu operasi: 11.30 am – 11.30 pm

Alamat: Kampung Sungai Putat, 75350 Batu Berendam, Malacca

#4 Warung Pak Enal

Tempat makan tengah hari sedap di Melaka yang seterusnya adalah Warung Pak Enal yang terletak berhampiran bulatan antara Bukit Katil ke Duyong.

Tak susah nak cari restoran ini, yang paling ramai pelanggan itulah Warung Pak Enal. Menyediakan masakan kampung, anda pasti rambang mata sebab terlalu banyak pilihan lauk yang ada di sini.

Dari aneka gulai, ayam goreng berempah, asam pedas, masak lemak cili api, paru goreng, sotong, dan ulam ulaman. Untuk menyejuk tekak, andan boleh order air coconut shake!

Kalau anda perhatikan, bas pelancong banyak singgah ke sini. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati nasi campur yang enak.

Waktu operasi: 7.30 am – 4.30pm

Alamat: 4040, Jalan Bukit Katil, 75460 Melaka

#5 Warung Laksa Penang Telur Sarang

Jangan ingat Penang sahaja yang ada Laksa Penang sedap. Di Melaka ada Laksa Telur Sarang di mana ia merupakan hidangan laksa penang yang ditambah dengan telur dadar yang rangup!

Gabungan antara kuah laksa yang dengan telur dadar ini memang padu. Kalau nak tahu kenalah cuba dahulu.

Pilihan makanan lain yang ada di sini adalah nasi ayam, tauhu bakar, asam pedas kambing, kacang pool, dan milo ais kepal.

Gerai ini terletak berhadapan dengan Mango Float Royale.

Alamat: Lot 950, KM8, Kampung Sungai Putat Batu Berendam, 75350 Melaka

#6 Cafe Bawang Merah

Bermacam-macam jenis menu disediakan. Masakan tempatan, Western, dan ala Thai. Menu istimewa di sini adalah sup belut. Kalau nak lagi special, order Set Dulang. Set Dulang ini menyertakan nasi goreng, sup belut, paprik, ayam golek berempah, kerabu mangga, dan keropok goreng.

Set ini ber-portion besar dan boleh dimakan oleh 4 hingga 5 orang. Menarik bukan? Sesuai untuk anda yang nak datang lepak bersama keluarga dan rakan.

Chicken chop, steak, dan hotdog nya juga istimewa, lain dari yang lain.

Alamat: Jalan Ppm 12, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka

#7 Cengkerang Seafood Jumble

Restoran ini dibuka pada jam 5 petang. Walaupun bukan makanan tengah hari, tetapi kami selitkan juga buat mereka yang terlalu sibuk dan memerlukan ‘late lunch’. Cengkerang Seafood Jumble adalah salah satu restoran yang menyediakan shell out Melaka.

Bukan main banyak lagi seafood segar yang mereka sediakan. Kesemuanya dimasak menggunakan rempah ratus istimewa.

Shell out atau seafood lambak ini memang popular di kalangan remaja. Maklumlah siapa tidak suka makan seafood. Apabila dimakan dengan style unik ini, bertambah-tambahlah selera makan.

Restoran ini adalah salah satu tempat makan best di Melaka waktu malam.

Alamat: No 10, Jalan KLJ 1A, Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka, 75250 Malacca

#8 Pak Putra Tandoori & Naan

Juadah dari Timur Tengah, ayam tandoori dan roti naan adalah menu kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi jika roti nan yang gebu itu diinovasi dengan menambahkan cheese di dalamnya.

Masing-masing cukup teruja apabila dapat melihat keju mozarella yang meleleh dan ‘tertarik’ apabila diangkat ketika panas. Rasa enak keju ini cukup kena dengan roti yang gebu.

Kalau anda teringin nak makan naan cheese sedap di Melaka, datanglah ke Pak Putra Tandoori & Naan.

Ayam tandoori di sini juga menjadi pilihan pelanggan. Ayamnya lembut dan mempunyai rasa yang sempurna.

Alamat: 56 & 58, Jalan 4, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

#9 Cendol Jam Besar

Apa yang best dimakan pada waktu tengah hari kalau bukan air batu campur (ABC). Alang alang berkunjung ke tempat menarik di Bandar Hilir, singgah sebentar di gerai Cendol Jam Besar.

Menyediakan pelbagai pilihan cendol dan ABC. Seperti cendol pulut kacang, cendol durian, cendol pulut dan ABC aiskrim.

kitapunya.com

Campuran gula melaka dan sirap manis disini betul betul sedap dan memiliki rasa ABC yang original. Patutlah ramai yang mengatakan gerai ini sebagai ais kacang sedap di Melaka. Lokasinya juga begitu strategik.

Alamat: Bandar Hilir, 75200 Malacca

#10 Ikan Bakar Muara Sungai Duyung

Selain itu kami selitka juga restoran ikan bakar sedap di Melaka. Sesuai untuk makan malam, Ikan Bakar Muara Sungai Duyung adalah tempat terbaik untuk penggemar seafood.

 

Makanan laut di sini memang segar dan dimasak mengikut citarasa pelanggan. Menu paling popular di sini sudah tentulah ikan bakarnya. Diperap menggunakan rempah istimewa dan dibakar menggunakan arang kayu. Sudah pasti menaikkan aroma!

Jangan lupa untuk cuba sotong goreng tepung, butter prawn, dan tomyam di sini ya?

Waktu operasi: 4.30 pm – 11.30 pm

Alamat: Jalan Padang Temu, 75050 Melaka

Nah, kalau anda nak menikmati makan tengah hari sedap di Melaka pastikan anda singgah ke salah satu restoran yang kami sebutkan di atas. Atau anda ada cadangan tempat makan lain yang kami tidak tahu? Kongsikan di ruangan komen di bawah.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!