Melaka, Tempat Menarik

Tempat Menarik di Bandar Hilir Melaka

Percutian di Melaka tidak akan lengkap sekiranya tidak singgah ke Bandar Hilir. Ia  merupakan salah satu kawasan pelancongan popular negeri ini. Terdapat beberapa bangunan tinggalan sejarah sewaktu zaman penjajahan Belanda dan Portugis di sini. Jom baca artikel ini sampai habis untuk mengetahui antara tempat menarik di Bandar Hilir, Melaka. Memang rugi kalau tak pergi sebab bukan sahaja tarikan sejarah, tempat riadah dan hiburan pun ada di sini.

Ini kerana Bandar Hilir beberapa menyimpan tinggalan sejarah paling popular Melaka iaitu A Famosa, St. Paul’s Church, dan Stadthuys. Tiga mercu tanda ini sudah sinonim dengan negeri Melaka dan tersenarai sebagai lokasi ‘wajib singgah’.

#1 Kota A Famosa

Ingat melaka, ingat kota A Famosa. Begitulah penangan betapa terkenalnya mercu tanda tinggalan Portugis ini. Dibina pada 1511, A Famosa merupakan kubu sementara Portugis untuk menangkis serangan. Sebenarnya banyak lagi kubu-kubu di kawasan Bukit St Paul ini.

Apa yang anda boleh lihat sekarang saki baki setelah di diserang oleh British. Untuk ketahui sejarah lebih lanjut, rujuk https://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa

Harga tiket: Percuma

Alamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka (Google Maps Location)

#2 Muzium Kesultanan Melaka

Muzium ini merupakan replika Istana Kesultanan Melayu Melaka yang dibina berdasarkan catatan sejarah. Muzium ini menempatkan lebih 1,300 artifak dari zaman Kesultanan Melaka yang menarik untuk kita lihat dan pelajari.

Banyak pameran atau show room menarik yang anda boleh lihat seperti  Balairong Seri dan Balai Beradu. Bahkan, Patung yang menunjukkan pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat juga turut di pamerkan di sini.

Pada TeamTravel, ini merupakan tempat menarik di Melaka dan murah. Kerana lihat sahaja keunikan bangunan ini.

Bagus sekiranya anda membawa anak-anak yang masih bersekolah ke sini. Dapatlah mereka mempelajari dan menguasai subjek Sejarah nanti.

Waktu operasi: 9 am – 5 am

Harga tiket: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2

Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka  (Google Maps Location)

#3 The Stadthuys

Bangunan The Stadthuys jugak menjadi mercu tanda Melaka. Cukup ikonik. Pada tahun 1650 ia berfungsi sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda. Ia kemudian diubahsuai menjadi beberapa lima buah muzium iaitu:

  • Muzium Sejarah dan Etnografi
  • Galeri Laksamana Cheng Ho
  • Muzium Sastera
  • Muzium Pemerintahan Demokrasi
  • Muzium Yang Di-Pertua Negeri

Muzium muzium ini mengumpulkan bahan sejarah penubuhan dan penjajahan Melaka sehingga mencapai kemerdekaan.

Di hadapan The Stadthuys terdapat sebuah menara jam yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar. Malah, di kawasan sekitarnya juga menempatkan perkhidmatan beca. Inilah masanya untuk anda merasai pengalaman menaiki beca di Melaka.

Harga tiket muzium: Dewasa RM3 | Kanak-Kanak RM2 (1 tiket untuk 5 muzium di atas)

Waktu operasi: 9 am – 5.30 pm

Alamat: The Stadthuys Bandar Hilir 75000 Melaka (Google Maps Location)

#4 Menara Taming Sari

Berketinggian 110 meter, pengunjung boleh menaiki menara ini dan melihat bandar bersejarah ini dari pandangan atas. Lebih menarik, ia berpusing dan membolehkan pengunjung menyaksikan keindahan Bandar Hilir secara 360 darjah.

Malaysia – 11 Febuary 2017 :: Melaka Menara Taming Sari high tower in Melaka , travel

Dibuka hingga ke 11 pm, untuk membolehkan pengunjung melihat suasana Bandar Hilir yang bermandi cahaya pada waktu malam. Menara Taming Sari adalah antara tempat menarik di Melaka waktu malam

Harga tiket: Dewasa RM20 | Kanak-Kanak RM10 | Warga emas RM17

Waktu operasi: 10 am – 11 pm

Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka  (Google Maps Location)

#5 Melaka River Park & Cruise

Perkhidmatan pelancongan ikonik negeri memberi peluang kepada para pelancong menyusuri Sungai Melaka. Dalam tempoh 30 hingga 40 minit, anda dapat menyaksikan pelbagai tarikan menarik.

Kalau nak lebih mengasyikkan, kami cadangkan anda menaikinya pada waktu malam. Ini kerana anda boleh lihat pemandangan Bandar Hilir yang bermandikan cahaya lampu neon yang indah.

Terdapat 2 Jeti yang disediakan bagi pengujung mendapatkan bot iaitu di Jeti Muara (berdekatan dengan Muzium Samudera) dan Jeti Taman Rempah (terletak di Jambatan Hang Jebat, Bandar Melaka).

Melaka River Cruise andalah tempat di Melaka 2018. Rugi kalau tak naik cruise ni.

Waktu operasi: 9 am – 11.30 pm

Harga tiket: Dewasa

Waktu operasi: Jalan Laksamana, 75000 Melaka (Google Maps Location)

#6 Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Kita semua tahu yang Tanah Melayu diisytiharkan merdeka di banda Hilir Melaka. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini menempatkan segala meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Harga tiket: Percuma

Waktu Operasi: 9 am – 6 pm

Alamat: Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Jalan Parameswara, Melaka, Bandar Hilir, 75000 Malacca (Google Maps Location)

#7 Muzium Samudera

Juga dikenali sebagai Maritim Museum. Kapal layar yang berada di atas dart itulah Muzium Samudera. Unik bukan? Untuk pengetahuan, ia merupakan replika kepada kapal Flor de la Mar milik Portugis yang karam pada 1511.

Kapal yang memuatkan harta berharga untuk dihantar kepada Raja Portugis, karam di Selat Melaka dan tidak pernah ditemui.

https://nurbatrisyiafarid.wordpress.com/2017/10/10/kenangan-manis-bersama-keluarga/muzium-samudera/

Muzium ini menempat artifek dan susur galur zaman kegemilingan Melaka suatu ketika dahulu. Cukup menarik kalau kita dapat lihat item-item asli bukan?

Harga tiket: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2

Waktu operasi: 9 am – 6 pm

Alamat: Bandar Hilir 75000 Melaka  (Google Maps Location)

#8 The Pirate Adventure – Melaka Alive

Tarikan terbaharu di Melaka. Ia merupakan gabungan hiburan dan dalam masa yang sama memberi input sejarah tentang kegemilangan Melaka. Anda boleh merasai pengalaman menjadi lanun menerusi pameran hebat. Terdapat beberapa simulasi realistik yang membuatkan anda seolah-olah berada di tengah-tengah laut.

Selain itu terdapat persembahan teater yang membentangkan sejarah Melaka di The Pirate Adventure – Melaka Alive. Tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak pasti akan membuatkan mereka terhibur.

Harga tiket: Dewasa Rm23 | Kanak-kanak RM17

Waktu operasi: 10 am – 7 pm

Alamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka  (Google Maps Location)

#9 Rumah Terbalik Melaka

Rumah terbalik sering mendapat perhatian pengunjung. Ini kerana ia cukup unik dan kadang kala bermain dengan ilusi. Rumah terbalik Melaka terletak di Plaza Mahkota.

Tak rugi singgah ke sini, kerana anda boleh merakam pelbagai jenis gambar bersama yang tersayang.

Harga Tiket: Dewasa RM18 | Kanak-kanak RM12

Waktu operasi: 10 am – 9 pm

Alamat: Jalan Pm 7, Plaza Mahkota, 75000 Melaka (Google Maps Location)

Tempat penginapan menarik di Melaka

Bandar Hilir merupakan pusat pelancongan negeri ini dan sudah pasti terdapat banyak hotel menarik. Kami akan senaraikan beberapa hotel dari mewah hinggalah hotel murah tapi selesa. Anda boleh semak harga di Booking.com ataupun Agoda.

  • Hotel Equatorial Melaka – RM226
  • Holiday Inn Melaka – RM225
  • Hatten Hotel Melaka – RM211
  • The Explorer Hotel Melaka – RM112
  • Hotel Seri Costa – RM81

Tempat mandi-manda di Melaka

Sementara itu, jika anda bercadang unutk mandi manda di Melaka, anda boleh ke di beberapa taman tema yang ada di negeri ini. Antaranya:

  • A Famosa Resort
  • Bayou Lagoon Park Resort
  • Melaka Wonderland Theme Park Resort

Pantai menarik di Melaka

Inginkan percutian di tepi pantai? Melaka merupakan antara negeri terbaik untuk percutian seumpamanya. Nah, ini dia pantai paling popular di Melaka:

Pantai Klebang

Pasir berbukit di Pantai Klebang cukup terkenal. Ramai pengunjung datang dan bergambar di sini. Ada juga yang bermain sand surfing. Banyak tempat menarik di Pantai Klebang, contohnya seperti gerai Coconut Shake yang viral, hotel yang diperbuat daripada bas, dan banyak lagi.

Jika anda berjaya melawat ke tempat tempat menarik di Bandar Hilir Melaka yang kami senaraikan di atas, maka lengkaplah percutian anda di sini. Bukan sahaja dapat mempelajari sejarah penting negara bahkan dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga dan rakan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!