Tempat Makan

11 Makanan Western di Melaka Yang Padu Beb

Selain tempat bersejarah di Melaka, tempat makan di negeri ini juga tidak kurang hebatnya. Dek kerana jumlah pelancong yang ramai, maka banyaklah restoran menghidangkan pelbagai jenis hidangan enak. Makanan tempatan seperti asam pedas, ala Thai, street food, dan western. Hah, kami pasti ramai penggemar hidangan Barat. Maka kami senaraikan sejumlah restoran yang menyediakan makanan western di Melaka yang boleh anda cuba.

MKA Western Season

Restoran MKA Western Season menjadi tempat makan menarik di Ayer Keroh Melaka. Kepelbagaian menu dan keenakannya diakui pelanggan. Menu seperti chicken chop, lamb chop, memang menjadi kegilaan pelangga tetap.

Lihat sahaja portionnya, cukup besar dan meriah. Tambahan pula, harganya cukup munasabah.

Antara menu yang berbaloi untuk anda cuba di sini adalah Rib Eye Steak, BBQ Leg Chicken, Golden Crispy Chicken, BBQ Chicken Wings, dan Chocolate Shake. Malah, hidangan untuk kanak-kanak juga disediakan.

Waktu operasi: 12 pm – 11 pm | tutup pada Selasa

Alamat: No 3-1, Jalan AKP 1, Taman Ayer Keroh Permai, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Artikel berkaitan:

Melantak Steak Hub

Melantak Steak Hub merupakan restoran yang tidak asing lagi bagi peminat western. Ini kerana mereka menggunakan resepi asli dari Barat dan menggunakan bahan mentah yang segar.

Daging steak premium seperti wagyu turut ditawarkan dengan harga RM127. Hah, jangan takut pula.

Menu murah seperti grill chicken chop, spaghetti turut disediakan. Chicken Grill Cuma berharga RM14 sahaja.

Disamping hidangan Barat, anda juga boleh cuba Asam Pedas Tetel, claypot, sup ayam, dan banyak lagi.

Waktu operasi: 12 pm 12 am | tutup pada Rabu

Alamat: 208, Jalan Klebang Besar/Klebang Kecil, Taman Orkid, 75200 Melaka

Floyd Kitchen Melaka

Mendapat rating baik daring pelanggan di laman Google, Floyd Kitchen Melaka terletak di Taman 1-Lagenda. Restoran ini bertemakan Pink Floyd iaitu sebuah band dari Hollywood.

Dekorasi dan susun atur perabot cukup minimal tetapi sedap mata memandang. Terbaiklah buat para Instagrammers untuk bergambar.

Dari segi makanan pula memang terbaik. Portion besar, meriah, malah dihias cantik supaya dapat meningkatkan selera.

Berbaloi sungguh makan di sini!

Alamat: No 5, Jln Lagenda 3, Taman 1 – Lagenda, 75400 Melaka

Western D Town

Restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Memang tidak mengejutkan, kerana Western D Town menyediakan aneka makanan western pada harga berpatutan.

Mushroom soup, spaghetti salmon, chicken chop, dan cordon bleu dengan harga bermula RM7.50 sahaja. Citarasa ala hotel, tapi pada harga tepi jalan.

Dengan harga yang berpatutan, Western D Town menjadi port western para pelajar, dan golongan yang berpendapatan sederhana.

Suasana restoran yang terbuka dan tenang juga menambahkan lagi keselesaan pelanggan.

Waktu operasi: 5 pm – 1 am | tutup pada Sabtu & Ahad

Alamat: Jalan Ttc 26A, Taman Teknologi Cheng, 75260 Cheng, Melaka

Western D Village

Kalau anda mencari kedai makan di Bukit Katil Melaka yang menyediakan hidangan western, kami cadangkan anda ke Western D Village. Restoran yang berkonsepkan santai ini menawarkan pelbagai hidangan Barat yang menyelerakan pada harga mampu milik.

Menu seperti lamb chop cuma berharga RM14 sahaja. Manakala hidangan spaghetti nya pula cukup pelbagai.

Selain itu, masakan panas dan ala Thai turut terdapat di sini.

Waktu operasi: 6 pm – 12 pm

Alamat: Jalan Penghulu Jabar, Taman Bukit Katil, 75460 Melaka

D Western Mesra Ria Maju

D Western Mesra Ria Maju menyajikan hidangan western yang cukup murah. Bayangkan chicken chop dan fish & chips nya cuma berharga RM5.90 sahaja. Portionnya juga munasabah.

Restoran berwarna merah ini juga berkonsepkan terbuka, sesuai untuk anda jadikan tempat lepak pada waktu malam.

Cuba juga makanan panasnya seperti nasi goreng yang meriah dengan lauk.

Alamat: Medan Selera Bukit Beruang Jalan Istana, No. B4, Jalan Istana, Bukit Beruang, Ayer Keroh, 75450, Melaka

Sumo Cafe Alai

Restoran makanan western Melaka yang seterusnya adalah Sumo Cafe Alai. Menjadi pilihan golongan muda mudi dan pelajar kerana keunikan, keenakan, dan harganya yang amat berpatutan.

Menyajikan pelbagai hidangan Barat dan masakan panas sudah sebati dengan rakyat Malaysia. Tambahan pula, chicken chopnya cuma berharga RM5.

Pelanggan cukup menggemari brown sauce nya yang enak, tidak terlalu pedas dan manis.

Pada waktu malam, restoran ini diterangi lampu berwarna warni, membuatkan ia sesuai dijadikan sebagai tempat lepak.

Waktu operasi: 1.30 pm – 11.30 pm | tutup pada Khamis

Alamat: 77, J ALAN AP21 CRYSTAL BAY, Taman Alai Perdana, 75460 Alai, Melaka

Hairina Western Food

Restoran ini juga wajar dikunjungi bagi mereka yang nak makan makanan Barat pada harga bajet. Hairina Western Food turut menawarkan pelbagai menu western yang kena dengan tekak Melayu pada harga murah.

Hidangan Lamb Mushroom cuma berharga RM13 sahaja manakala Chicken Chop dan Chicken Grill, masing masing berharga RM8.

Restoran ini pun kelihatan seperti restoran biasa sahaja, sesuai untuk anda sekeluarga menjamu selera pada waktu malam.

Waktu operasi: 5.30 pm – 11.30 pm | tutup pada Isnin

Alamat: Taman Alai Murni, 75460 Malacca

Selain hidangan western, kami senaraikan juga beberapa restoran sedap di Melaka yang berbaloi untuk anda kunjungi.

Asam Pedas Claypot Klebang

Sajian asam pedas sudah tidak asing lagi di negeri Melaka, untuk lebih menarik dan enak, asam pedas ini dihidangkan di dalam claypot. Ini adalah untuk membangkitkan lagi aroma dan mengekalkan kepanasannya.

Pelanggan boleh pilih beberapa jenis ikan yang disediakan. Kesemuanya hadir dengan kuah pekat dan menyelerakan.

Dimakan pula bersama nasi panas, sayur, sambal, dan telur rebus. Kalau nak makan malam di Pantai Klebang yang sedap, di sinilah lokasinya.

Waktu operasi: 6 pm – 2 am | tutup pada Isnin

Alamat: 76400, 35, Jalan Klebang Besar/Klebang Kecil, Taman Pantai Emas, 75200 Malacca

Ikan Bakar Muara Sg Duyung

Untuk ikan bakar sedap di Melaka, kami sarankan anda ke Ikan Bakar Muara Sg Duyung yang terletak di Jalan Padang Temu. Keenakan seafood di sini memang diakui penduduk sekitar. Jika tidak, masakan restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan.

Makanan laut dijamin segar dan berkualiti seperti ikan merah, siakap, jenahak, pari, sotong, ketam, lala, udang, dan sebagainya.

Ikan bakar yang menggunakan sos istimewa ini menjadi kegilaan ramai. Dicicah pula dengan air asam dan kicap. Anda juga wajib order sotong tepungnya yang rangup.

Waktu operasi: 4.30 pm – 11.30 pm

Alamat: Jalan Padang Temu, 75050 Melaka

Dayana Ala Thai Seafood

Dayana Ala Thai Seafood merupakan restoran Thai Melaka yang popular. Menu seperti tomyam campur, kangsom ikan siakap, kailan ikan masin, dan sotong tepung, memang tiada tandingannya.

Ia memiliki citarasa Thai yang menyelerakan, iaitu masam, manis dan pedas.

Manakala anda juga boleh menikmati shell out atau seafood lambak bersama yang tersayang. Selain itu, Mereka turut menawarkan teh ais dan green tea asli dari Thailand!

Waktu operasi: 6 pm – 3 am

Alamat: 5326, Jalan Sk Limbongan, Kampung Limbongan, 75250 Melaka

Banyak juga restoran makanan western di Melaka. Pastikan salah satu restoran yang kami kongsikan ini menjadi kunjungan anda dan keluarga!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *