Tempat Menarik

7 Tempat Honeymoon Murah dan Romantis

Setiap pasangan sudah pasti mahu meluangkan masa bersama. Sama ada yang baru berkahwin mahupun hanya ingin bercuti bersama untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Bercuti berdua juga mengurangkan tekanan dan lari dari kesibukan kerja. Namun, bajet sering menjadi penghalang anda untuk menikmati percutian menyeronokkan. Jangan risau. Masih banyak tempat honeymoon murah yang menawarkan percutian romantis.

Murah tidak bermakna tidak menyeronokkan. Sebenarnya banyak destinasi menarik yang menyimpan ‘hidden gem’ yang boleh anda pilih sebagai lokasi bulan madu. Selain menawarkan pelbagai aktiviti menarik, ia juga indah sekali gus membangkitkan suasana romantis.

Kami akan senaraikan beberapa tempat honeymoon murah untuk anda dan pasangan. Lokasi ini terletak di Malaysia dan luar negara. Yang penting tidak perlu mengeluarkan bajet tinggi.

[perfect_survey id=”7983″]

#1 Bidaisari Resort, Janda Baik

Tidak perlu ke lokasi jauh, Janda Baik sudah memadai. Ia cuma memakan masa 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Jadi anda tidak perlu memperuntukkan kos yang banyak untuk minyak kereta.

Bidaisari Resort merupakan salah satu tempat menarik di Janda Baik yang harus anda inap. Berkonsepkan kampung, tetapi dalam masa sama mempunyai sentuhan moden agar tetamu dapat menginap dalam keadaan selesa.

Lihat sahaja kolam renang infinity yang terdapat di halaman resort. Cantik bukan?

Setiap unit bilik lengkap dnegan penghawa dingin, katil empuk, pembancuh kopi, balkoni yang menghadap anak sungai, serta restoran yang menyediakan sarapan percuma.

Banyak juga aktiviti best di sini. Antaranya anda boleh menunggang kuda bersama pasangan sambil menikmati pemandangan bukit bukau yang menghijau.

Aktiviti:

  • Berenang
  • Mandi sungai
  • Ping pong
  • Menunggang kuda
  • Berbasikal mengelilingi kampung

Harga: dari RM400 semalam

Alamat: Lorong Cheringin Satu, Kampung Cheringin Janda Baik, 28750 Kampong Sum Sum, Malaysia

#2 Hillside Cottage, Cameron Highland

Juga terletak di negeri Pahang. Hillside Cottage bakal memberikan pengalaman berbeza buat anda kerana penginapan ini terletak di lereng bukit. Rekaannya yang menggunakan kayu, sentuhan senibina kampung dan moden ini melahirkan suasana unik.

Hiasan dalaman chaletnya juga ringkas dan bersih kerana mengambil tona putih sebagai warna tema. Kami cukup tertarik dengan konsep bilik airnya.

Feature menarik yang ada pada Hillside Cottage ini adalah gazebo yang membolehkan anda bersantai bersama yang tersayang. Peralatan BBQ juga cukup lengkap.

Lebih menarik lokasinya terletak di Pekan Tanah Rata. Banyak kemudahan seperti kedai runcit, pasar, dan sebagainya.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Bharat Tea Plantations – 4.5 km
  • Big Red Strawberry farm – 4.9 km

Harga: dari RM120 semalam

Alamat: Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

#3 Boulder Valley Glamping & Event Place, Penang

Tempat honeymoon murah yang seterusnya adalah di  Boulder Valley Glamping & Event Place. Ramai yang tidak tahu akan keindahan penginapan ini. Menggabungkan konsep perkhemahan, alam sekitar, dan sentuhan moden.

Boulder Valley dibina pada kedudukan yang agak tinggi. Ini merupakan cara untuk tidak menebang pokok yang banyak untuk menjaga alam sekitar.

Bilik-biliknya dibina seperti khemah, tetapi kukuh, moden, dan selesa. Lengkap dengan beranda supaya anda boleh menikmati kehijauan alam.

Biarpun dibina di tengah-tengah hutan, ia tetap memiliki kolam renang yang indah.

Bukan sahaja untuk honeymoon, tetapi Boulder Valley juga sesuai dijadikan sebagai tempat menarik untuk family day.

Harga: dari RM441 semalam

Alamat: 8, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang

#4 Coral View Island Resort, Pulau Perhentian

Siapa tidak suka bercuti di pulau bukan?  Pulau Perhentian adalah tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon. Keindahan pulau ini bertaraf antarabangsa. Bukan sahaja indah bahkan terdapat pelbagai aktiviti menarik buat pelancong.

Coral View Island Resort menawarkan segala yang anda inginkan untuk percutian pulau. Chalet ditepi pantai, selesa, berlandskap indah, dan hadir dengan kolam renang.

Resort ini turut menawarkan beberapa pakej menarik untuk island hopping, membawa anda ke tempat snorkeling dan scuba diving.

Bersantai di tepi pantai bersama pasangan bakal membangkitkan mood romantis.

Banyak pilihan bilik yang ada. Kalau ada bajet lebih untuk penginapan, pilihlah jenis Suite untuk menikmati kolam renang peribadi dan bilik mewah.

Harga: dari RM167 semalam

Alamat: Daerah Besut, Pulau Perhentian Besar, 22300 Teluk Pauh

#5 Genting Highlands

Genting Highlands juga merupakan destinasi bulan madu bajet Malaysia. Mana tidaknya, ia cuma 1 jam perjalanan dari KL. Cara ke Genting Highlands dari KL juga mudah, anda boleh memandu ataupun menggunakan bas ekspress.

Pelbagai jenis keseronokkan boleh anda temui di tanah tinggi ini, terutama sekali theme park nya.

Apa yang membuatkan Genting Highlands menjadi tempat pelancongan utama negara adalah kerana  memilik sejumlah tarikan yang menyeronokkan.

Selain taman tema indoor, sejumlah lagi tempat menarik di Genting Highlands yang wajib anda kunjungi. Seperti:

  • Strawberry Leisure Farms
  • Happy Bee Farm
  • Butterfly Wonderland
  • World of Phalaenopsis (Taman Orkid Genting)
  • Snow World Genting
  • Sky Avenue

Selain itu, hotel di Genting Highlands juga tidak kurang hebatnya. Hotel yang paling murah dan berbaloi sudah tentulah First World Hotel. Bangunan besar yang berwarna pelangi itu.  Tetapi banyak lagi hotel yang menawarkan harga berpatutan.

Alang alang dah ke Genting, kenapa tak singgah ke Bukit Tinggi

[Baca] Hotel yang Paling Murah di Genting

Hotel murah di Genting:

  • DZH Health Resort Club – RM160
  • Hotel Seri Malaysia Genting Highlands – RM156
  • GEO RESORT & HOTEL – RM210
  • Swiss-Garden Hotel & Residences – RM198

#6 Grand Orient Hotel, Penang

Tempat honeymoon menarik dan murah yang seterusnya adalah di Grand Orient Hotel. Tarikan utama hotel ini adalah mereka memiliki taman tema air yang menarik!

Taman tema airnya luas, berlandskap indah bak Hawaii. Terdapat pelbagai jenis gelongsor yang berpusing dan terus membawa anda ke dalam kolam yang berair dingin.

Dari segi kemudahan dan keselesaan hotel memang mantap. Semuanya cukup lengkap.

Oh ya, anda perlu pilih sama ada ingin menikmati breakfast percuma atau tiket pas masuk taman tema. Lebih baik pilih taman tema kan? Lebih jimat. Lagipun anda boleh breakfast kat luar.

[Baca] Tempat Sarapan Pagi di Penang

Jarak dengan tempat menarik:

  • Wonderfood Museum – 8.5 km
  • Jurassic Research Center – 19 km
  • Dark Mansion – 19 km
  • Hameediyah Restaurant – 20 km

Harga: dari RM137 semalam

Alamat: No 3079, 1, Jalan Laguna, Perai, 13700 Perai, Penang

#7 A Rock Resort, Langkawi

Sebagai salah satu tempat menarik di Malaysia, Langkawi hadir dengaan pelbagai jenis tarikan pelancongan termasuklah penginapan unik. Antaranya yang menjadi sebutan adalah A Rock Resort Langkawi –Coral Reefs, yang terletak di Kuah.

A Rock Resort, dari gambar-gambar yang dipaparkan di laman sosial ia kelihatan sebagai sebuah resort mewah dan mahal. Mewah dan selesa, tetapi BERPATUTAN. Ia cuma dari RM199 semalam.

Ciri menarik yang ada pada resort ini adalah beberapa buah unit bilik mengelilingi kolam renang. Cukup indah tidak kira siang mahupun malam.

Dari segi keselesaan dan kelengkapan, memang tip top. Lengkap dnegan beranda untuk anda dan pasangan minum kopi sambil lihat pemandangan kolam serta tumbuhan yang menghijau.

Disamping itu, nikmati juga kepelbagaian hidangan tempatan dan Western di restoran.

Sudah alang-alang honeymoon di Langkawi, bolehlah anda dan pasangan borong coklat murah.

[Baca] Tempat Shopping di Langkawi

Jarak dengan tempat menarik:

  • Dataran Helang – 2.9 km
  • Pantai Cenang – 21 km
  • Kompleks HIG – 3.3 km

Harga bilik: dari RM119 semalam

Alamat: PT 3167, Jalan Beringin, Kampung Penarak, 07000 Langkawi, Kedah

Semoga tempat honeymoon murah ini dapat mengeratkan hubungan anda dan pasangan. Biarpun pada harga bajet, anda tetap dapat menikmati keseronokkan dan keselesaan sewaktu bercuti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!