Tempat Menarik

5 Pantai di Negeri Sembilan (2024)

Padat dengan keindahan alam semulajadi, maka tidak hairanlah mengapa ramai memilih untuk menghabiskan hujung minggu di Negeri Sembilan terutama di persisiran pantainya. Pantai di Negeri Sembilan cukup indah dan mendamaikan. Tambahan pula, banyak aktiviti serta banyak pusat peranginan di kawasan sekitarnya.

Melalui artikel ini, kami akan senaraikan beberapa pantai di Negeri Sembilan yang boleh anda pergi pada hujung minggu nanti. Lagipun ia tidak jauh dari Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan:

Pantai Blue Lagoon / Pantai Tanjung Biru

Turut dikenali sebagai pantai Tanjung Biru, amat sesuai untuk aktiviti mandi pantai kerana airnya yang cetek. Persekitarannya yang berbatu disebelah kanan dan pantainya melengkung, membangkitkan persekitaran yang redup.

Selain mandi manda, anda juga boleh menaiki perkhidmatan banana boat yang disediakan. Harganya juga cukup berpatutan.

Tempat: Pantai Tanjung Biru

Lokasi: Google Map

Pantai Teluk Kemang

Pantai Teluk Kemang sudah tidak asing lagi bagi industri pelancongan di Negeri Sembilan. Ia merupakan tempat menarik di Port Dickson yang wajib anda kunjungi.

Cukup happening dengan aktiviti pantai seperti mandi manda, berkelah, banana boat, para sailing, ATV, dan lain-lain.

Deretan restoran di sepanjang pantai juga menawarkan pelbagai jenis makanan dari seafood, masakan panas, dan western.

Memang rugi kalau tak singgah ke sini, walau tak nak mandi sekalipun, datanglah hirup udara segar dan mengambil gambar kenangan.

Tempat: Pantai Teluk Kemang

Lokasi: Google Map

 

Pantai Cahaya Negeri

Pantai di Negeri Sembilan yang seterusnya adalah Pantai Cahaya Negeri. Juga terletak di Port Dickson, tetapi menawarkan pemandangan yang berbeza dengan pantai lain.

Pemandangannya cukup mempersonakan. Ciri menarik adalah jambatan panjang dan gazebo. Menariknya, jambatan ini terus dihubungkan dengan pulau paya bakau iaitu Pulau Burung.

Melalui jambatan ini, pelancong boleh bersiar-siar, bergambar, dan menyaksikan fenomena air pasang dan surut.

Pantai Cahaya Negeri juga menempatkan banyak resort di Negeri Sembilan yang menarik seperti Bayu Beach Resort dengan harga serendah RM149 semalam. Sebab itulah pantai ini menjadi salah satu tempat menarik di Negeri Sembilan.

Tempat: Pantai Cahaya Negeri

Lokasi: Google Map

 

Pantai Bagan Pinang

 

Lokasi ini juga menjadi tumpuan warga tempatan pada setiap hujung minggu. Pantainya lebih bersih, pasir memutih, dan tidak crowded seperti Pantai Teluk Kemang.

Sesuai untuk aktiviti berkelah, bermain layang-layang, dan mandi manda.

Disamping itu, anda juga berpeluang untuk lihat bot nelayan yang lalu lalang membawa pulang hasil tangkapan.

Tempat: Pantai Bagan Pinang

Lokasi: Google Map

 

Pantai Tanjung Gemok

Tidak kurang hebatnya. Untuk bermandi manda, berkelah, main layang-layang, pantai ini memang sempurna buat anda.

Ia lebih tenang, redup, dan dihidangkan dengan pemandangan resort di sekitar pantai Port Disckson.

Kalau nak tahu, pantai ini menjadi lokasi penyu menetas.

Tempat: Pantai Tanjung Gemuk

Lokasi: Google Map

Air Terjun di Negeri Sembilan

  • Hutan Lipur Jeram Tengkek Kuala Pilah
  • Ulu Bendul
  • Jeram Toi
  • Jeram Gading Jelebu
  • Hutang Lipur Serting
  • Lata Kijang
  • Jeram Kedah
  • Jeram Tebrau

Banyak betul pantai di Negeri Sembilan yang sesuai dijadikan tempat berkelah bukan? Wajarlah mengapa ramai yang ingin bercuti di sini. Kalau anda anda sebarang cadangan berkenaan tempat percutian kawasna sekitar, kongsikan dalam ruangan komen di bawah ya? Selamat bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!