Tempat Menarik

15 Tempat Menarik di Port Dickson [Wajib Pergi!]

Port Dickson memang terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Negeri Sembilan dan Malaysia. Keindahan pantainya menjadi daya penarik kehadiran pelancong ke sini. Mana tidaknya, air laut yang bersih, pantai memutih, serta banyak aktiviti outdoor yang boleh anda lakukan. Selain pantai, banyak lagi tempat menarik di Port Dickson yang boleh anda tuju.

Siapa kata Port Dickson hanya menawarkan keseronokkan pantai? Nah, kami senaraikan beberapa lokasi best dan berbaloi untuk anda sekeluarga terokai.

#1  Wild West Indoor Theme Park

Terokai keseronokkan di taman tema indoor yang bertemakan cowboy! Seseuai untuk semua golongan, Wild West Indoor Theme Park menawarkan pelbagai jenis permainan, interaktif, ride, dan panggung wayang 5D.

Antara permainan yang ditawarkan adalah 5D Motion Cinema, Awake Escape, Awake Thrill, Skunk Interactive Show, Arcade Games dan pelbagai lagi.

Kami pasti waktu anda sekeluarga dapat dipenuhi dengan melakukan aktiviti menarik di sini.

Nama Tempat: Wild West Indoor Theme Park
Harga tiket: RM13.20 di KLOOK
Alamat: 59-64, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Location: GoogleMap

#2 Upside Down Port Dickson

RUmah terbalik kini menjadi trend dan wajib dikunjungi pelancong. Setiap perincian yang ada di dalam rumah terbalik ini cuku mengujakan. Semuanya seolah melawan graviti.

Anda boleh ambil kesempatan ini dengan merakam gambar kenangan bersama keluarga.

Nama Tempat: Upside Down Port Dickson
Harga tiket
: Dewasa RM20 | Kanak-Kanak RM15
Alamat: No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai Teluk Keman, Port Dickson.
Location: GoogleMap

#3 Pantai Teluk Kemang

Pantai yang sudah tidak asing lagi di Port Dickson. Menjadi tumpuan pelancong tidak kira dari dalam atau luar negara.

Keindahan pantainya sudah tidak dapat disangkal lagi. Air lautnya bersih, landai, dan sesuai pelbagai aktiviti seperti mandi manda, banana boat, para sailing, ATV, dan banyak lagi.

Malah, banyak resort dan hotel menarik di sepanjang pantai yang boleh anda pilih sebagai tempat penginapan.

Rugi tak datang ke Pantai Teluk Kemang ini, kalau tidak mahu mandi sekali pun datanglah ambil angin atau makan-makan di sini.

Nama Tempat: Pantai Teluk Kemang
Location: GoogleMap

#4 Prima Water Park Theme Park Resort

Prima Water Park Theme Park Resort merupakan sebahagian daripada hotel Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre (PRCC). Ia menawarkan penginapan jenis apartment dan amat sesuai untuk mereka yang bercuti dengan keluarga besar.

Tarikan utama yang ada di sini sudah tentulah kolam renang gergasi bak taman temanya. Anda boleh bermandi manda di pantai buatan dengan ombak di sini.

Baca: 5 Pantai di Negeri Sembilan

Cukup mengujakan! Lihat sahaja fasiliti dan landskap taman tema air ini. Siap dengan aneka gelongsor, air pancut, dan taman permainan untuk kanak-kanak.

Masuk adalah percuma sekiranya anda menginap di sini. Jika tidak, bayaran masuk dikenakan untuk pelanggan.

Nama Tempat: Prima Water Park Theme Park Resort
Waktu Operasi
: Isnin-Ahad (8.00pagi – 7.00petang)
Harga Tiket: Dewasa RM30 | Kanak-kanak RM20 (Harga satu sesi)
Alamat: No. 1 PD Prima, Jalan Pantai, Batu 13, 71250 Port Dickson
Location: GoogleMap

#5 Muzium Tentera Darat

Terletak bersebelahan Pusat Latihan Tentera Darat Malaysia, Muzium Tentera Darat memberi pendedahan terhadap sejarah dan sumbangan tentera darat terhadap negara ini.

Terdapat 9 zon berlainan iaitu dari sejarah penjajahan Portugis, Jepun, hinggalah sumbangan TDM pada hari ini.

Pengunjung dapat lihat senjata, uniform, MRE, dan yang paling menarik adalah pameran pesawat pejuang dan kereta kebal yang sebenar.

Nama Tempat: Muzium Tentera Darat
Harga tiket: Percuma
Waktu operasi: 10 am – 5 pm | tutup pada Isnin & Selasa
Alamat: Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Location: GoogleMap

#6 PD Ostrich Farm

Tempat menarik di Port Dickson yang harus anda lawati adalah taman burung untuk atau PD Ostrich Farm. Dibuka kepada orang ramai untuk memberikan pendedahan terhadap burung terbesar di dunia.

Anda dapat mempelajari tentang keunikannya, berpeluang untuk beri makan, dan menunggangnya! Kami yakin, menunggang burung unta adalah satu pengalaman yang tidak harus anda lepaskan.

Selain burung unta, antara haiwan lain yang dipamerkan di sini adalah ular, keldai, dan lain-lain.

Nama Tempat: PD Ostrich Farm
Harga tiket:
Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM4
Waktu operasi: 9.30 am – 6 pm
Alamat: Lot 1419, Jalan Perdana 4, Batu 9, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Location: GoogleMap

#7  Alive 3D Art Gallery

Minat bergambar? Alive 3D Art Gallery merupakan tempat terbaik kerana memiliki puluhan mural unik yang kelihatan nyata jika dilihat dari sudut tertentu.

Terbahagi kepada beberapa zon unik, anda bakal terpesona dengan kecantikan lukisan dan leka ketika bergambar.

Pastinya anda dapat muat naik gambar-gambar lucu di media sosial.

Lihat juga beberapa item ‘optical illusion’ yang mind-boggling. Tidak hairanlah mengapa ia diangkat sebagai antara tempat menarik di Negeri Sembilan.

Nama Tempat: Alive 3D Art Gallery
Harga tiket: Dewasa RM13 | Kanak-kanak RM10 di KLOOK
Waktu operasi: 10 am – 7 pm
Alamat: NO 38-40, JALAN DS 2/1, BANDAR DATARAN SEGAR, LUKUT, 71010 Port Dickson.
Location: GoogleMap

#8 Dickson Dragon Cruise

Ramai yang masih tak tahu akan tarikan di Port Dickson ini. Dickson Dragon Cruise bukan sekadar pelayaran biasa tetapi banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di atas kapal.

Melihat panorama matahari terbenam, BBQ, karaoke, dan menjamu selera. Bahkan anda boleh mandi di dalam jaring yang di sediakan. Selamat tau!

Makan dan minum juga disediakan. Kesemua ini anda boleh nikmati dalam satu harga sahaja.

Menyusuri laut dengan Dickson Dragon Cruise sudah tentu akan memberikan pengalaman percutian yang menyeronokkan!

Nama Tempat: Dickson Dragon Cruise
Harga tiket
: Dewasa RM134 | Kanak kanak RM89 | Bawah 3 tahun PERCUMA
Alamat: Kampung Baharu, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson
Location: GoogleMap

#9 Pantai Blue Lagoon / Tanjung Biru

Turut dikenali sebagai pantai Tanjung Biru, amat sesuai untuk aktiviti mandi pantai kerana airnya yang cetek. Persekitarannya yang berbatu disebelah kanan dan pantainya melengkung, membangkitkan persekitaran yang redup.

Anda boleh menaiki banana boat di sini, cukup menyeronokkan!

Alamat: Batu 10, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson
Location: GoogleMap

#10 Pantai Cahaya Negeri

Pantai di Negeri Sembilan yang seterusnya adalah Pantai Cahaya Negeri. Juga terletak di Port Dickson, tetapi menawarkan pemandangan yang berbeza dengan pantai lain.

Pemandangannya cukup mempersonakan. Ciri menarik adalah jambatan panjang dan gazebo. Menariknya, jambatan ini terus dihubungkan dengan pulau paya bakau iaitu Pulau Burung.

Selain itu, saksikan juga fenomena air pasang dan surut dari atas jambatan.

Alamat: Pantai Cahaya Negeri, 5, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Location: GoogleMap

#11 Pasar Malam Port Dickson

Juadah di pasar malam memang sedap bukan? Hah, pasar malam Port Dickson yang paling popular adalah di Jalan Pantai yang berlangsung setiap hari Sabtu.

Pelbagai juadah sedap dijual. Rambang mata dibuatnya!

Dari minuman boba, milkshake, lauk campur, nasi ayam, ayam goreng, dan banyak lagi.

Kalau nak jimat, anda boleh beli makanan di sini dan makan di hotel.

Alamat: 300, Jalan Pantai, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Location: GoogleMap

#12 Regina Mall

Nak shopping di Port Dickson? Terdapat beberapa buah pusat membeli belah yang boleh anda tuju antaranya adalah Regina Mall. Banyak sekali butik-butik dari jenama terkenal, dan restoran rangkaian.

Pusat membeli belah ini menjadi destinasi utama buat warga tempatan dan pelancong untuk shopping.

Baca: 10 Tempat Menarik di Negeri Sembilan

Anda juga boleh ke PD Walk atau ke deretan kedai di sepanjang Pantai Teluk Kemang.

Alamat: Jalan Pantai, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson
Location: GoogleMap

#13 Pantai Saujana

Pantai Saujana Port Dickson juga tidak kurang hebatnya. Suasana pantaiya lebih tenang. Sesuai untuk mereka yang ada anak kecil kerana airnya yang cetek. Deretan pokok di sepanjang pantai juga boleh anda jadikan sebagai tempat berteduh.

#14 Eagle Ranch

Tempat penginapan menarik yang boleh kami cadangkan kepada anda adalah Eagle Ranch. Eagle Ranch menawarkan percutian di dalam banda cowboy! Lihat sahaja chalet dan kabins yang disediakan. Kesebuanya bertemakan cowboy.

Pelbagai jenis bilik yang boleh anda pilih, antaranya:

  1. Log Cabin
  2. Paddock Chalet
  3. Kampung House
  4. Bandwagon Lower
  5. Tepee
  6. Bandwagon Upper

Kemudahan

  • Sarapan percuma
  • Restoran
  • Kolam Renang
  • Connecting room

Aktiviti menarik

  • Berenang
  • Menunggang kuda
  • Memanah
  • ATV
Nama Tempat: Eagle Ranch
Harga bilik: dari RM152 semalam. Tempah di Agoda untuk harga lebih murah.
Location: GoogleMap

#15 Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy menjadi pilihan kami sebagai tempat makan best di Port Dickson. Menu utama di sini adalah nasi kukus yang dimakan bersama ayam panggang, sup kosong, kicap, dan kicap.

Nampak simple, tetapi cukup menyelerakan terutama jika dimakan pada waktu tengah hari.

Ayam panggangnya memang istimewa, diperap menggunakan rempah khas. Enak dimakan begitu sahaja, ataupun bersama nasi.

Nama Tempat: Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy
Waktu operasi: 9 am – 7 pm
Location: GoogleMap

Seronok betul sekiranya dapat bercuti di tempat menarik di Port Dickson ini. Pelbagai aktiviti sihat yang boleh merapatkan hubungan silaturahim antara keluarga dan rakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *