Tempat Menarik

12 Tempat Percutian Menarik di Negeri Sembilan [Mesra Keluarga]

Seronok juga kalau dapat bercuti di Negeri Sembilan bersama keluarga dan rakan bukan? Keindahan alam semula jadi, pantai, dan lokasi tarikan pelancong di negeri itu sudah pasti dapat menghilangkan penat berkerja. Jadi, kami akan senaraikan beberapa tempat bercuti di Negeri Sembilan yang berbaloi untuk anda kunjungi.

Kalau diikutkan, memang banyak tempat menarik di Negeri Sembilan, tapi kami kongsikan yang benar-benar menarik, murah, dan mesra keluarga.

Baca: 5 Pantai di Negeri Sembilan

Wild West Cowboy InDoor Theme Park

Bersuka ria dalam theme park memang best! Wild West Cowboy InDoor Theme Park menawarkan segala macam permainan seperti permainan interaktif, fizikal, mencabar minda, dan banyak lagi.

Sesuai untuk semua golongan, anda bakal menikmati permainan yang bertaraf antarabangsa seperti  Awake Escape Games, Kid’s Rides, 5D Cinemas, Skunk Interactive Show, dan Game Centre.

Dekorasinya yang bertema ‘bandar cowboy’ pastinya bakal memberikan pengalaman berbeza.

Harga tiket: RM60 (Beli di – KLOOK)

Lokasi: Google Maps

Alive 3D Art Gallery

Bercuti bersama keluarga tidak akan lengkap tanpa berkunjung ke muzium 3D. Di sinilah anda berpeluang untuk merakan gambar kenangan dengan berlatar belakangkan pelbagai mural menarik.

Alive 3D Art Gallery menawarkan lebih 50 lukisan optical illusion yang tampak nyata sekiranga dilihat dari sudut tertentu.

Terdiri daripada 5 zon menarik iaitu Adventure Zone, Aquarium Zone, Animation Zone, Exotic Zone dan Dark Art, muzium ini akan merakan 1001 kenangan bersama yang tersayang.

Harga tiket: RM34.50 (Beli di – KLOOK)

Lokasi: Google Maps

S2 Seremban Hill Park

Taman rekreasi S2 Seremban Hill Park merupakan salah satu tempat menarik di Seremban 2 yang agak popular.

Boleh diakses secara percuma, S2 Seremban Hill Park terdiri daripada 3 zon menarik. Taman ini boleh dikatakan cukup sempurna untuk anda dan keluarga datang untuk melakukan aktiviti fizikal, ambil angin, dan beriadah.

Adanya taman permainan dan taman dinosaur bakal menggembirakan anak anak kecil. Malah replika dinosaur di sini diukir cantik dan berkualiti.

Dari segi kemudahan dan landskap pula berada di tahap membanggakan.

Harga tiket: Percuma

Lokasi: Google Maps

Kolam Marine A.R.M

Kalau nak tahu, Kolam Marine A.R.M merupaka sebuah tempat mandi yang cukup popular di Rembau. Mana tidaknya, ia mesra pengunjung dan dan sesuai untuk semua golongan.

Biarpun tidak se-gah taman tema air, tetapi ia cukup istimewa kerana kolam renangnya adalah air semula jadi dari gunung berdekatan. Tidak ada klorin tau.

 

Kolam renangnya luas, selamat, dan anda tidak perlu risau akan cuaca panas terik atau hujan. Ini kerana ia dibina di bawah bumbung.

Pengunjung juga boleh sewa life jacket dan surfboard pada harga yang berpatutan.

Harga tiket:

  • Dewasa RM7
  • Kanak-Kanak (1 hingga 12 Tahun) – RM5
  • Kanak-Kanak (1 tahun ke bawah) – Percuma

Lokasi: Google Maps

Upside Down Port Dickson

Wajib anda kunjungi sekiranya berada di sekitar Port Dickson. Segala item dalam rumah dua tingkat ini diletakkan dalam keadaan terbalik agar anda dapat bergambar dengan pelbagai gaya.

Lihatlah betapa telitinya setiap perkakasan rumah dihias. Anda pasti terpegun kerana ia kelihatan seolah melawan graviti. Bukan sekadar itu, optical illusion lain turut dipaparkan untuk tatapan pengunjung.

Harga tiket: Dewasa RM20 | Kanak-Kanak RM15

Lokasi: Google Maps

Pantai Teluk Kemang

Pantai Teluk Kemang sudah tidak asing lagi bagi industri pelancongan di Negeri Sembilan. Ia merupakan tempat menarik di Port Dickson yang wajib anda kunjungi.

Cukup happening dengan aktiviti pantai seperti mandi manda, berkelah, banana boat, para sailing, ATV, dan lain-lain.

Deretan restoran di sepanjang pantai juga menawarkan pelbagai jenis makanan dari seafood, masakan panas, dan western.

Memang rugi kalau tak singgah ke sini, walau tak nak mandi sekalipun, datanglah hirup udara segar dan mengambil gambar kenangan. Port Dickson bakal menjadikan pengalaman bercuti di Negeri Sembilan lebih indah.

Lokasi: Google Maps
Nilai 3 Wholesale Center

Seperti tidak lengkap sekiranya tidak memasukkan Nilai 3 Wholesale Center dalam senarai ini. Ia merupakan sebuah pusat membeli belah terkemuka di Nilai dan menempatkan segala jenis barangan.

Anda boleh mendapatkannya dalam betuk borong mahupun runcit. Barangan seperti langsir, pakaian, mainan, perhiasan rumah, barangan pengantin, aksesori, dan bermacam-macam lagi boleh dibeli pada harga berpatutan.

Ia merupakan tempat menarik di Nilai Negeri Sembilan! Mana tidaknya, ia tercata di dalam Malaysia’s Book of Record sebagai pusat borong terbesar di Malaysia!

Lokasi: Google Maps
Hutan Lipur Ulu Bendul

Tempat bercuti di Negeri Sembilan yang seterusnya adalah Pusat Rekreassi Ulu Bendul. Terletak di Kuala Pilah,  ia menawarkan keindahan alam semulajadi, dan kedinginan air terjun buat anda sekeluarga.

Anda boleh mendi di kolam renang yang airnya adalah dari air terjun berdekata, mandi sungai cetek, jungle trekking, dan berkelah. Memang menyeronokkan.

Malah, tempat menarik di Kuala Pilah ini menyediakan kolam renang yang mesra kanak-kanak.

Hutan Lipur ini mudah diakses. Senang parking, dan anda tidak perlu mendaki bukit atau melalui denai untuk menikmati kemudahan di sini.

Harga tiket: Percuma

Lokasi: Google Maps

Baca: Tempat Menarik Untuk Family Day di Negeri Sembilan

The Dusun

Untuk penginapan yang mendamaikan, selesa, dan menyeronokkan, kami cadangkan anda bercuti di The Dusun, yang terletak di Seremban. Anda pasti pernah dengar tentang ‘resort dalam hutan di Negeri Sembilan’ bukan?

Hah, The Dusun lah tempatnya!

Sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota, The Dusun menawarkan penginapan yang selesa, agak mewah, dan menenangkan.

Ia dibina di lereng bukit dan menjanjikan panorama menghijau yang indah. Lihat sahaja bilik, kolam renang, dan kemudahan yang The Dusun sediakan. Cukup sempurna untuk bulan madu dan family day.

Harga bilik: dari RM376 semalam

Lokasi: Google Maps

Baca: 10 Tempat Menarik di Seremban

Lorong Seni Seremban

Mempamerkan seni budaya, kepelbagaian kaum, makanan, dan sejarah negeri melalui mural indah pada dinding di lorong bangunan.

 

Puluhan gambar dan lukisan menarik yang mencaritakan tentang negeri ini.

Tiada sebarang caj dikenakan, pengunjung boleh ambil peluang untuk bergambar bersama keluarga di sini.

Harga tiket: Percuma

Lokasi: Google Maps

Avillion Port Dickson

 

Avillion Port Dickson adalah tempat bercuti di Negeri Sembilan yang ideal. Keindahan pantai, aktiviti, kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan Avillion Port Dickson sudah cukup untuk menyempurnakan hujung minggu anda.

Sebagai resort di Negeri Sembilan yang popular, mereka menawarkan unit unit chalet di atas air yang menghadap laut.

 

Keselesaannya berada di tahap memuaskan!. Lihat sahaja gambar gambar di bawah.

Aktiviti:

  • Pet farm, natures walk, restaurant,
  • Bola tampar
  • Cochin Pool, gym, kids pool,
  • Spa

Harga bilik: dari RM216 semalam

Lokasi: Google Maps

Wet World Resort Air Panas Pedas

Kolam air panas yang cukup sinonim dengan penduduk tempatan dan pelancong. Kemudahannya amat menarik dan lengkap. Untuk mereka yang datang untuk merawat sakit sendi dan tulang, anda boleh berendamdi kolam air panas semula jadi.

Biarpun harga tiketnya berpatutan, Wet World Resort Air Panas Pedas menawarkan keseronokkan taman tema air yang menyeronokkan.

Anda bakal menikmati kolam bak pantai dengan ombak, aneka gelongsor, taman permainan dalam air untuk si cilik, dan banyak lagi.

Kawasannya cukup luas, malah terdapat kolam renang panjang bak sungai di mana anda boleh menyusurinya dengan pelampung.

Harga tiket: Dewasa RM14 | Kanak kanak RM11

Alamat: Lot 603, Jalan Tampin, Mukim Pedas, 71400, Pedas, Negeri Sembilan

Klana Resort

Klana Resort, resort cantik, selesa, lengkap dengan kemudahan, dan memiliki swimming pool terbesar di Seremban.

Bilik-bilik yang disediakan cukup moden, khabarnya baru dinaik taraf. Jadi anda berpeluang untuk menikmati bilik dengan dekorasi segar.

Jika sedang mencari tempat honeymoon di Negeri Sembilan, kami cadangkan anda menginap di suite yang berbentuk melengkung dan menghadap kolam renang.

Bercakap soal kolam renang, anda pasti tidak akan puas berendam dalam swimming pool bak taman temanya.

Harga bilik: dari RM147 semalam.

Alamat: PT 4388, Jalan Penghulu Cantik, Taman Tasik Seremban, 70100 Seremban

MHR Burger

Kalau ke Port Dickson, anda wajar singgah makan makanan western di MHR Burger. Aneka makanan western enak disediakan dalam portion yang besar.

Burger di sini memang terbaik! Pattynya menggunakan resepi sendiri, kaya dengan cheese leleh, dan kentang goreng. Chicken chop, lamb chop, spaghetti, dan meatballsnya juga berbaloi untuk anda cuba.

 

Kalau anda hadir dengan keluarga besar, boleh cuba hidangan platter di mana bermacam-macam jenis lauk disediakan dan dulang besar.

MHR Burger ini sentiasa dipenuhi pelanggan. Masing-masing puas hati dengan rasa dan harga menu di sini. Tidak hairanlah mengapa ia menjadi tempat makan menarik di Negeri Sembilan.

Waktu operasi: 3 pm – 1 am

Lokasi: Google Maps

Menarik juga tempat bercuti di Negeri Sembilan. Kalau anda ada cadangan lain, boleh nyatakan dalam ruangan komen di bawah. Selamat bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!