Tempat Menarik

15 Tempat Menarik di Nilai Negeri Sembilan

Nilai merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang cukup popular di kalangan pelancong kerana memiliki banyak tempat membeli-belah. Ia ibarat syurga membeli belah bagi kawasan Selatan tanah air. Selain itu, kedudukannya yang strategik iaitu di antara Sepang dan Seremban membuatkan ia mudah di akses oleh warga kota yang ingin shopping pada harga murah. Oleh itu kami senaraikan antara tempat menarik di Nilai Negeri Sembilan untuk panduan anda kelak.

Nilai 3 Whosale Center

Seperti tidak lengkap sekiranya tidak memasukkan Nilai 3 Wholesale Center dalam senarai ini. Ia merupakan sebuah pusat membeli belah terkemuka di Nilai dan menempatkan segala jenis barangan. Lebih kurang macam Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang kalau di Kelantan.

Anda boleh mendapatkannya secara borong mahupun runcit.

Apa yang ada menarik di Nilai 3 Wholesale Centre?

  • Karpet, pinggan mangkuk, langsir, pakaian, pokok bunga
  • Mainan
  • Aksesori kereta, mainanan, gajet,
  • Barangan pengantin

Di kawasan Nilai 3 Wholesale Centre turut mempunyai sebuah pusat membeli belah iaitu The Sentral Mall.

Untuk pengetahuan, Nilai 3 Wholesale Centre merupakan pusat borong terbesar di Malaysia dan dicatatkan dalam The Malaysia’s Book of Records. Memang tak cukup sehari kalau nak jalan-jalan di sini.

Tempat: Nilai 3 Whosale Center

Lokasi: Google Map

Nilai Square

Nilai Square juga merupakan tempat yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong untuk membeli-belah. Lebih best untuk shopping sebab berbumbung. Anda boleh temui pelbagai jenis barangan seperti tesktil, pokok bunga hiasan, karpet, barang perhiasan, mainan, langsir, dan aksesori di bawah satu bumbung.

Tak susah nak cari Nilai Square, dari jauh lagi anda sudah boleh lihat bumbungnya yang berwarna biru.

Dataran Nilai

Penat shopping sepanjang hari, apa kata tenangkan minda anda dnegan bersantai bersama keluarga di Dataran Nilai. Penduduk tempatan menjadikan lokasi ini sempatai tempat beristirehat dab beriadah.

Terdapat sebuah taman permainan yang agak luas untuk menceriakan petang kanak-kanak.

Pada waktu malam lain pula ceritanya. Tempat ini meriah dengan orang awam bersantai sambil bermain roller blade, sewa motor kecil, dan banyak lagi.

Tempat: Dataran Nilai

Lokasi: Google Map

Bukit Melati Nilai

Buat pencinta alam sekitar dan gemar aktiviti hiking, Bukit Melati Nilai adalah lokasi terbaik untuk aktiviti outdoor. Tidak terlalu mencabar dan sesuai untuk mereka yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia hiking.

Terdapat beberapa kemudahan, check point, dan laluan untuk memudahkan pendaki.

Temui beberapa bukit kecil seperti Centipede Hill, Monkey Hill, Cobra Hill, Eagle Hill, dan Mosquito Hill.

Sesampainya di puncak, anda bakal disajikan dengan pemandangan Nilai yang menghijau dan bangunan-bangunan di sekitar bandar.

Tempat: Bukit Melati Nilai

Lokasi: Google Map

Kampung Sungai Mahang Waterfall

Selain shopping, anda boleh nikmati keindahan dan kesejukan air terjun di Kampung Sungai Mahang Waterfall. Cuma 1.5km dari bandar Nilai. Jalan agak berliku, tetapi kereta sedan masih boleh handle.

Kawasan ini tidak terjaga tapi masih berbaloi sebab airnya bersih. Tak ada tandas dan tempat duduk seperti air terjun lain. Anda boleh piknik ni tepi sungai kalau ada anak kecil.

Tempat: Kampung Sungai Mahang Waterfall

Lokasi: Google Map

Tempat menarik berdekatan:

Taman Tasik Ujana Nilai Impian

Lokasi yang tidak asing lagi buat penduduk tempatan. Ia adalah tempat riadah dengan landskap cantik. Serba lengkap dengan kemudahan trek joging, taman permainan, pondok, dan tandas awam.

Lagi best, sebab ia menghadap tasik. Di sini ramai yang main roller coaster dan main buih sabun bersama keluarga.

Tempat: Taman Tasik Ujana Nilai Impiana

Lokasi: Google Map

Taman Awam Nilai

Berbeza dengan taman rekreasi lain, Taman Awam Nilai dilengkapi dengan informasi tentang perdana menteri Malaysia sebelum ini. Sambil riadah, sambil baca info tentang tempat kelahiran, pendidikan dan sumbangan mereka.

Kawasan taman ini redup kerana dipenuhi pokok-pokok menghijau. Kemudahan memang tip top. Boleh berbasikal, jogging, dan kanak-kanak boleh bermain di taman permainan.

Tempat: Taman Awam Nilai

Lokasi: Goole Map

The Parc, Nilai Impian

Tarikan terkini di Nilai. Penduduk tempatan menggelarkannya sebagai ‘taman cermin’ kerana ia dipenuhi cermin aesthetic dan disusun bagaikan sebuah maze. Perfect spot untuk bergambar. Lebih kreatif, lebih cantiklah gambar anda.

Selain cermin, pengunjung boleh jogging, bersenam, dan ada taman permainan untuk kanak-kanak. Landskap dan tasik di sini juga cantik untuk memberikan ketenangan pada hujung minggu.

Tempat: The Parc, Nilai Impian

Lokasi: Google Map

MesaMall

MesaMall merupakan pusat membeli-belah paling best di Nilai. Lepas shopping karpet, kain, dan pinggan mangkuk, apa kata anda datang bersantai di mall ini.

Banyak butik berjenama yang boleh anda temui. Selain itu ambil peluang untuk tengok wayang dan menjamu selera kerana banyak restoran yang dibuka di sini.

Tempat: MesaMall

Lokasi: Google Map

National Automobile Museum

Terletak di Sepang, tetapi cuma 17 minit pemanduan dari bandar Nilai. Berbaloi untuk anda lawati terutama bagi pencinta automobile. Muzium ini mempamerkan pelbagai jenis kereta lama dan baharu untuk tatapan pengunjung.

Di sini, mereka highlight kan sejarah kereta tempatan iaitu Proton dan Produa. Koleksi kereta lama dari luar negara juga dipamerkan di sini. Banyak kereta antik dan yang jarang ditemui.

Berbaloi sebab pamerannya bermutu dan sarat dengan informasi.

Tempat: National Automobile Museum

Lokasi: Google Map

Harga tiket: Percuma

Kolam Memancing Ah Aw Pajam

Buat kaki pancing, jangan lepaskan peluang untuk memancing di Kolam Memancing Ah Paw. Kolamnya luas dan menawarkan ikan air tawar dari pelbagai spesis dan saiz. Tempat memancing pun selesa.

Teduh dan selamat untuk semua golongan. Ia dibuka 24 jam,

Tempat: Kolam Memancing Ah Aw Pajam

Lokasi: Google Map

Harga: RM80 / 3 jam

AEON Mall Nilai

Siapa yang tidak suka shopping di Aeon kan? Pusat membeli-belah ini menempatkan banyak butik barangan berjenama untuk anda. Selain jalan-jalan, anda boleh ke tempat hiburan keluarga dan menjamu selera di restoran.

Dekorasi dalaman tidak secantik MesaMall, tapi semua tahu yang macam-macam ada di Aeon.

Tempat: Aeon Mall Nilai

Lokasi: Google Map

Jelita Ostrich Farm

Anda boleh Jelita Ostrich Farm yang dibuka kepada orang ramai untuk kenal dengan lebih dekat lagi tentang burung terbesar didunia ini. Cuma 30 minit dari Nilai. Berbaloi untuk dedahkan anak-anak terhadap haiwan unik ini.

Anda boleh beri makan dan tunggang burung unta ini. Singgah juga ke kedai cenderamata untuk beli buah tangan untuk dibawa pulang.

Tempat: Jelita Ostrich Farm

Lokasi: Google Map

Harga tiket: RM10 | Percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun

Seri Gemilang Bridge

Terletak di Putrajaya iaitu 32 minit pemanduan dari Nilai. Rugi pula kalau tak singgah kan? Apa lagi yang menarik tentang lokasi ini kalau bukan senibina dan landskapnya.

Orang ramai ambil peluang untuk bergambar di sini. Pemandangan lebih indah pada waktu malam kerana keselurahan  kawasan dipancarkan dengan cahaya lampu berwarna warni.

Laluan pejalan kaki disediakan untuk pengunjung.

Tempat: Seri Gemilang Bridge

Lokasi: Google Map

Tempat menarik berdekatan:

Dream Bowl, Dreamtel Nilai Sports Complex

Antara aktiviti riadah paling best untuk anda lakukan bersama keluarga dan rakan. Banyak lane dan kawasannya juga bersih serta terjaga. Tempat letak kenderaan pula percuma.

Harganya juga amat berpatutan terutama pada weekdays. Jangan lupa bawa stokin sendiri untuk lebih jimat.

Tempat: Dream Bowl, Dreamtel Nilai Sports Complex

Lokasi: Google Map

Tempat menarik di Seremban

  • Taman Tasik  Seremban – Taman riada popular dan penuh dengan aktiviti. Boleh naik paddle boat, berkayak, jogging, dan berbasikal.
  • Rantau Eco-Park – Mengumpulkan banyak aktiviti riadah dan mesra keluarga seperti berenang, family gathering, dan berkelah sebab ada tasik yang cantik.
  • Royal Gallery Tuanku Ja’afar – Tiket cuma RM10, banyak info menarik seperti sejarah dan sumbangan Almarhum sepanjang menjadi pemerintah N.Sembilan dan Yang Dipertuan Agong
  • Hutan Lipur Jeram Toi – Kawasan dan kemudahan di sini sesuai untuk bersantai pada hujung minggu. Air bersih dan mesra kanak-kanak.
  • Taman Rekreasi Ulu Bendul – Lokasi terbaik untuk aktiviti mandi-manda. Kolam besar, mesra anak kecil, dan kawasan tak ‘crowded’ sangat. Kemudahan pula memang mantap!
  • Muzium Negeri – Venue terbaik untuk kenal sejarah negeri ini. Banyak pameran menarik berserta dengan artifak bernilai. Ruang pameran pula cantik.
  • Pantai Teluk Kemang – Lengkap dengan semua aktiviti pantai seperti banana boat, parasailing, dan berkelah. Air laut jernih, selamat untuk anak kecil. Banyak juga gerai yang menjual kudapan.

Tempat Menarik di Kuala Pilah

  • Tugu Lister – Cuma sekadar tugu untuk menandakan pemerintaha Martin Lister dahulu. Boleh singgah untuk tingkatkan ilmu pengetahuan.
  • Makam Tuan Tulis – Makam individu yang sewaktu ketika dahulu tinggi ilmu agamanya. Cukup tekun menulis kitab sehingga digelar sebagai Tuan Tulis
  • Hutan Lipur Jeram Tengkek – Lokasi cantik, best untuk mandi manda, berkelah, dan camping. Kawasan sempit, tetapi anda masih boleh mandi di anak sungai berdekatan.

Tempat Menarik di Port Dickson

  • Tanjung Tuan – Boleh mandi pantai, kawasan redup dan syok untuk piknik. Selain itu ramai pencinta aktiviti outdoor hiking untuk lihat pemandangan matahari terbenam dari atas bukit.
  • Cape Rachado Lighthouse – Rumah api tercantik di Malaysia. Anda boleh hiking atau naik dengan anak tangga untuk ke rumah api. Banyak info bersejarah dan boleh lihat pemadangan laut terbentang.
  • Kota Lukut – Terdapat Muzium Lukut yang menempatkan sejarah dan budaya N.Sembilan. Tidak besar seperti muzium negeri, tetapi penuh dengan informasi.
  • P.D Ostrich Show Farm – Selain tunggang burung unta, banyak juga haiwan liar lain yang ada di sini. Anak-anak juga boleh belajar memanah. Berbaloi untuk aktiviti hujung minggu.
  • Upside Down Port Dickson – Banyak lukisan ilusi dan bilik bertema untuk anda bergambar kenangan dengan keluarga dan rakan.
  • Alive 3D Gallery – Lebih kurang sama dengan Upside Down Port Dickson, tetapi lebih banyak tema, lukisan dan objek ilusi. Tiketnya juga sedikit mahal, tetapi berbaloi.
  • Pantai Tanjung Biru – Pantai ini redup, air jernih, dan banyak aktiviti seperti banana boat, dan para sailing. Ramai ambik peluang berkelah hanya untuk lihat matahari terbenam.

Tempat Menarik di Rembau

  • Hutan Lipur Gunung Datuk – Tempat para pencinta aktiviti hiking. Sesuai untuk beginners dan amatur. Cuma memakan masa 2 jam untuk sampai ke puncak, best sebab view cantik.
  • Kelip Kelip Sungai Timun – Port terbaik untuk tengok kelip-kelip. Seronok kerana boleh menyusuri sungai dan pemandu bot akan brief dengan pelbagai info menari tentang kelip-kelip dan perkampungan nelayan di situ.

Tempat menarik di Nilai, Negeri Sembilan lebih terarah kepada tempat shopping dan restoran. Mana tidaknya, itulah satu-satunya daya penarik yang ada di sini. Kalau anda ada cadangan lain, sila kongsikan di ruangan komen di bawah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!