Kami yakin anda pernah dengar tentang The Dusun, sebuah tempat penginapan berkonsepkan alam alam semula jadi, dalam masa yang sama cukup selesa dan lengkap dengan fasiliti.
Apa yang best sangat di The Dusun di Negeri Sembilan ini sehingga ia menjadi viral? Rating di laman tempahan juga amat tinggi. Ini bermakna, penginapan ini benar-benar menyeronokan.
TeamTravelMy akan terangkan dengan lebih detail tentang kelebihan, fasiliti, dan harga The Dusun.
Artikel berkaitan:
The Dusun merupakan penginapan yang menggunakan pendekatan alam semula jadi, jauh dari hiruk-pikuk kota, dan pencemaran. Pemandangan hutan dan bukit-bukau cukup menenangkan fikiran. Sesuai untuk warga kota yang ingin berehat dari tekanan di tempat kerja.
Menawarkan 7 jenis bilik yang sesuai untuk keluarga besar dan pasangan honeymoon.
Menawarkan pemandangan bukit bukau dan bunyi air sungai berdekatan. Dekorasi minimal dengan sentuhan konsep moden Jepun membuatkan seluruh ruang berasa nyaman dan luas.
Kemudahan:
Tapir House sangat mengutamakan privacy, tertutup sehinggakan anda tidak nampak rumah-rumah lain berdekatannya.
Sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu memandangkan Berembun House hanya membenarkan dua orang tetamu sahaja.
Merupakan rumah tinggi yang berada betul-betul di lereng bukit. Rumah yang paling popular kerana memiliki infinity private pool yang menghadap bukit.
Pemandangan dari bilik tidur dan berandah memang priceless! Anda boleh bereheat, minum petang di berendah dan ditemani kicauan burung dan pemandangan menghijau.
Kemudahan:
Rumah berkonsepkan Melayu tradisional dengan sentuhan moden menambahkan lagi ketenangan disaat meninap menginap di sini. Terdiri daripada bahagian iaitu bilik tidur dan ruang dapur dan makan yang terbuka.
Juga memiliki private swimming pool, cuma jauh sedikit dari bilik iaitu sekitar 10 meter.
Kemudahan:
Untuk pengetahuan, Tembusu House adalah unit pertama yang dibina oleh pemilik sebelum ia dinaik taraf.
Berkonsep terbuka di mana anda boleh menikmati pemandangan pokok-pokok dan Bukit Mantin dari jauh. Cukup menenangkan jiwa.
Bilik tidur dan BBQ deck berada dibahagian atas, manakala daput dan bilik air berada di ruang yang lebih rendah.
Bagi anda yang berkeluarga, Emas House adalah rumah yang sesuai. Boleh memuatkan hingga enam orang tetamu.
Dari jauh lagi anda sudah dapat lihat konsep Melayu tradisionalnya, menggunakan kayu berwarna kuning keemasan.
Terletak di lereng bukit, menghadap Selat Melaka.
Kemudahan:
Mampu memuatkan keluarga besar anda sehingga 7 orang. Reka bentuk Tapir House lebih moden berbanding yang lain dan menggunakan warna putih dan coklat sebagai tema utama. Ia lebih segar malah, pilihan perabot juga amat moden.
Dapur terbuka menghadap ruang tamu juga membuatkan tetamu lebih selesa dan membuatkan ruang lebih luas.
Tangga berputar menuju ke loteng turut menambahkan keindahan Tapir House ini. Turut memiliki berandah yang membolehkan anda menikmati hutan belantara yang terbentang luas.
Memandangkan The Dusun ini terletak di tengah-tengah hutan, makan banyaklak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan. Tambahan pula, ia terletak berdekatan dengan air terjun.
Untuk pengetahuan, anda cuma perlu berjalan kaki selama 20 minit sahaja untuk ke air terjun berdekatan. Tidak memerlukan anda mendaki atau sebagainya, ia sesuai untuk semua golongan.
Terdapat sebuah Taman Kancil mini yang terletak betul-betul di bawah Emas House yang boleh anda lawati. Lihat haiwan ini dengan lebih dekat, waktu beri makan pula adalah sekitar jam 5 petang. Bolehlah anda sekeluarga ambil peluang keemasan ini.
Untuk mengetahui harga, pakej, dan booking, anda boleh terus ke laman web mereka di – https://thedusun.com.my
Alamat: 3437, Jalan, Mukim, Kampung Baru Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan.
Menarik sekali The Dusun Negeri Sembilan ini. Lihat sahaja dekorasi dan kolam renang yang disediakan. Review dari mereka yang pernah menginap di sini semuanya positif. Alangkah seronokknya kalau dapat menghabiskan cuti hujung minggu di sana.