Setelah penat berkerja, berehat sambil menghabiskan masa bersama keluarga adalah terapi paling mujarab. Memangdangkan kerajaan telah membenarkan kita semua rentas negeri untuk bercuti, ambillah peluang ini untuk bercuti bersama keluarga. Negeri Sembilan tidak kurang hebatnya. Berikut merupakan antara tempat menarik untuk family day di Negeri Sembilan yang anda boleh tuju nanti.
EcoBerembun Homestay
Sebuah kawasan penginapa yang cukup menenangka jiwa dek kerana dikelilingi tumbuhan menghijau. Terdapat 5 buah chalet yang lengkap dengan kemudahan, malah mampu memuatkan hingga 10 orang dalam 1 masa.
Kemudahan lain yang boleh anda nikmati adalah seperti kolam renang, pondok berteduh, tanah lapang untuk aktiviti fizikal, peralatan, BBQ, dan penghawa dingin.
Homestay ini sesuai sekali dijadikan tempat menarik untuk family day company.
Facebook: https://www.facebook.com/ecoberembun/about/?ref=page_internal
Alamat: 3022, Kampung Sawah Liat, Ulu Bendul, Negeri Sembilan
Red Bricks Homestay Port Dickson
Pantai Port Dickson memang terkenal sebagai tempat peranginan di Negeri Sembilan, untuk penginapan selesa dan menyeronokkan, kami cadangkan anda menginap di Red Bricks Homestay.
Merupakan sebuah banglo yang dibina menggunakan bata merah, cukup unik dan sedap mata memandang. 4 buah bilik tidur ini sudah cukup untuk memuatkan keluarga besar anda.
Dapurnya juga berfungsi dengan baik, anda boleh memasak dan sebagainya.
Menariknya homestay ini ada kolam renang yang bakal menceriakan kanak-kanak.
Artikel berkaitan:
Villa Untuk Family Day di Pahang
Tempat Menarik Untuk Family Day di Terengganu
Alamat: Jalan Bahrudin, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Nur Banglo Homestay Port Dickson
Terletak di Taman Sunggala Hartamas, Nur Banglo Homestay bakal memberikan percutian bak menginap di rumah sendiri. Dengan kelengkapan yang tersedia, anda pasti akan seronok disaat menginap di sini.
Taman permainan mini, bilik penghawa dingin, dapur yang berfungsi, patio, taman, dan kolam renang adalah kemudahan menarik yang disediakan Nur Banglo Homestay.
Malah, homestay ini mendapat review positif iaiti 4.8/5 di laman Google.
Facebook: https://www.facebook.com/NurBanglo/?ref=page_internal
Alamat: No. 60, Jln SH 6, Taman Sunggala Hartamas, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Villa Lot 1638
Villa untuk family day terbaik bagi mereka yang gemarkan percutian elegen pada harga mampu milik. Senibinanya cukup moden dan agak hipster. Kemudahannya pula ditahap terbaik dimana lengkap dengaan peralatan dapur, snek percuma, bilik selesa, wifi, dan peralatan BBQ.
Lihat sahaja dekorasi dalaman Villa Lot 1638 ini, cukup unik dan mewah.
Ceriakan petang anda dengan berendam di dalam kolam renang luas sambil menghirup udara segar dan lihat bangunan yang elegan ini.
Memang terbaiklah!
Harga: dari RM221 semalam
Alamat: Lot 1638, Jalan Pantai Cunningham, Taman Mewah, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Avillion Port Dickson
Tempat menarik untuk family day di Negeri Sembilan yang seterusnya adalah Avillion Port Dickson. Resort ini memang terkenal dan sering menjadi pilihan ramai untuk menghabiskan hujung minggu bersama keluarga dan rakan.
Unit-unit water chalet yang menghadap laut ini cukup menenangkan. Bilik tidurnya memang sempurna dari segi kebersihan, kemudahan, dan keselesaan.
Nikmati pemandangan Selat Melaka yang terbentang luas, kolam renang, wifi percuma, dan restoran.
Resort menarik di Negeri Sembilan ini menawarkan aktiviti seperti:
- Dart
- Memancing
- Taman permainan
- Berkanu
Harga bilik: dari RM277 semalam
Alamat: 3rd Mile Jalan Pantai, 71000 Port Dickson
Nilai Springs Resort Hotel
Nilai Springs Resort Hotel merupakan resort terbaik di Nilai yang kami boleh cadangkan. Menawarkan pelbagai aktiviti outdoor, resort ini cuma 15 pemanduan dari Litar Antarabangsa Sepang dan KLIA. Dekat bukan?
Anda dan keluarga boleh beristirehat dibilik yang selesa, berendam di kolam renang luas, dan melakukan aktiviti fizikal seperti:
- Badminton
- Ping pong
- Tenis
- Taman permainan kanak kanak
- BBQ
Resort ini juga menyediakan restoran untuk anda menjamu selera.
Kalau nak tahu, resort ini dekat sahaja dengan tempat menarik di Nilai Negeri Sembilan, iaitu Nilai 3. Lokasi shopping karpet, langsir, barang-barang perhiasan, pinggan mangkuk, dan banyak lagi.
Harga bilik: dari RM151 semalam
Alamat: PT 4770, Nilai Spring Villas, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Klana Beach Resort Port Dickson
Klana Beach Resort juga antara resort di Negeri Sembilan yang menjadi pilihan ramai kerana harganya yang berpatutan. Selain itu, kolam renangnya yang luas, serta mesra kanak-kanak juga menjadi faktor bilik-bilik di sini sentiasa penuh.
Mendapat rating 4.2/5 Klana Beach Resort terletak betul-betul di tepi Pantai Teluk Kemang.
Bilik-bilik berhawa dingin di sini dilengkapi dengan TV plasma, bar mini, dan kemudahan untuk membuat teh/kopi. Setiap bilik mempunyai bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian dan pengering rambut.
Nice juga tempat menarik untuk family day di Negeri Sembilan ni. Banyak aktiviti dan lokasi yang menenangkan. Selamat bercuti!