Hotel

#18 Chalet Tepi Pantai di Marang Terengganu

Sebenarnya banyak lagi daripada senarai chalet yang kami berjaya kumpulkan di persisiran pantai Marang, Terengganu ni.

Tapi selepas timbang tara, atas sebab kepuasan hati pengunjung, dan juga kekemasan yang diberikan oleh pihak penganjur, kami hanya pilih 18 sahaja tempat penginapan untuk anda buat pilihan.

Tapi kalau semuanya sudah penuh, boleh ja cari cari di persisiran pantai Marang ni, sebab macam yang saya katakan tadi, ada lagi sebenarnya chalet yang lain. Cuma kita pilih 18 buah ini sahaja.

Jika anda pengusaha chalet di kawasan ini, dan rasakan chalet anda pun layak untuk berada dalam senarai kami. Boleh tinggalkan komen dan contact number.

Kami nak bertanya beberapa soalan dahulu.

#1 Che Beach House

Sebuah villa yang terletak betul-betul di tepi pantai. Menawarkan penginapan sempurna, lengkap dengan kemudahan asas, mewah, dan selesa. Terletak di kawadan perkampungan nelayan, penginapan ini bakal memberikan suasana baharu khususnya buat warga kota.

Tetamu boleh menggunakan semua kemudahan yang disediakan seperti dapur yang berfungsi dengan baik, peralatan BBQ, buaian tepi pantai, dna banyak lagi.

Anda boleh sewa beberapa buah bilik mengikut kapasiti yang diperlukan. Atau, kalau nak lebih adventure, Che Beach House turut menawarkan sewaan khemah sahaja. Bolehlah anda berkhemah dengan rakan-rakan.

Menariknya, resort ini mendapat rating 9.6/10 dari tetamu yang pernah menginap di sini.

Jenis bilik:

  • Bilik Deluxe Single dengan Pemandangan Laut
  • Bilik Deluxe Double dengan Pemandangan Laut Di Sisi
  • Bilik Twin-Akses Kurang Upaya
  • Khemah sahaja
Tempat: Che Beach House [ RM 140 ]

Lokasi: Google Map

Untuk Tempahan: Facebook

#2 Marang Village Resort and Spa

Kalau anda mencari resort di Marang yang penuh dnegan aktiviti, anda boleh consider untuk menginap di Marang Village Resort And Spa. Dengan harga serendah RM74 semalam, tetamu bakal menikmati pelbagai aktiviti dan kemudahan yang di sediakan resort.

Percutian tepi pantai bajet akan lengkap sekiranya dapat mandi pantai, BBQ, berkelah, main bola baling, memancing dan lain-lain. Itulah yang ditawarkan oleh Marang Village Resort And Spa. Malah, anda juga boleh menggunakan kidmat mereka untuk melakukan aktiviti snorkeling dan menyelam (caj berasingan) di sekitar Pulau Kapas.

Resort ini menyediakan bilik dengan dua katil bersaiz queen untuk. Selain itu Jenis asrama juga disediakan untuk sekolah atau syarikat mengadakan family day dan seminar.

Tempat: Marang Village Resort & Spa [ RM 80 ]

Lokasi: Google Map

HUntuk Tempahan: Booking | Agoda

#3 Ce’Wer Chalet

Chalet tepi pantai di Marang Terengganu yang seterusnya adalah Ce’Wer Chalet. Betul-betul menghadap Laut China Selatan, anda dapat mendengar deruan ombak dari dalam bilik lagi.

[Baca] 9 Tempat Menarik di Marang Terengganu

Kemudan seperti buaian, tempat duduk, dan pondok, membolehkan anda bersantai dan berkelah bersama keluarga.

Pantainya yang landai menjadikan ia sesuai untuk mandi-manda. Malah, airnya yang cetek juga selamat untuk anak-anak kecil.

Kemudahan:

  • Penghawa dingin
  • Pembancuh kopi
  • Televisyen
  • Tilam dan bantal extra (tanpa caj tambahan)
Tempat: Ce’Wer Chalet [ RM 70 ]

Lokasi: Google Map

Untuk Tempahan: Facebook

#4 Homestay Ayah Wan Marang

Homestay di Pantai Kelulut Marang ini cukup popular kerana persekitarannya yang tenang, selesa, dan luas. Malah, lengkap dengan kemudahan asas.

Untuk anda yang mempunyai keluarga besar, bercuti di Homestay Ayah Wan Marang adalah pilihan ideal.

Dengan 3 bilih tidur dan 2 bilik air ini sudah cukup untuk memuatkan keluarga besar anda. Bahkan, dapurnya yang lengkap denga pinggan mangkuk membuatkan and atidak perlu berfikir panjang soal makanan. Cuma beli tapau atau masak masakan ringkas sahaja.

Kelengkapan BBQ juga disediakan untuk menceriakan hari minggu anda dan keluarga.

Tempat: Homestay Ayah Wan Marang [ RM 180 ]

Lokasi: Google Map

Untuk Tempahan: Facebook

#5 Villa Kaseh Ain

Salah satu tempat penginapan yang bakal menceriakan hujung minggu anda dan keluarga! Ini kerana Villa Kaseh Ain menyediakan kolam renang yang agak luas. Anak-anak pasti suka!

Rumah percutian ini menawarkan balkoni dan pemandangan kolam renang, termasuk 7 bilik tidur, ruang tamu, TV satelit skrin rata, dapur yang lengkap dan 6 bilik mandi dengan bidet dan pancuran mandian.

Unit penginapan pula terletak betul-betul di tepi pantai. Anda boleh menghirup udara segar, berjalan-jalan dan mandi pantai, dan lain-lain.

Dengan segala kelengkapan yang disediakan, membuatkan anda seolah berada di rumah sendiri dan memiliki pantai peribadi. Ia merupakan chalet ada kolam renang di Terengganu yang agak popular tau!

Tempat: Villa Kaseh Ain

Lokasi: Google Map

Untuk Tempahan: Booking | Agoda

#6 Angullia Beach House

Angullia Beach House merupakan chalet tepi pantai Terengganu yang mempersonakan. Unit-unit chaletnya yang memiliki sentuhan Melayu tradisional ini sungguh indah.

Pelbagai jenis unit yang boleh anda pilih, dari RM65 hinggalah RM250. Murah bukan? Anda boleh pilih mengikut bajet dan kesesuaian.

Nikmati percutian nyaman di tepi pantai sambil melihat bot nelayan pergi dan balik membawa hasil tangkapan.

Pantainya yang bersih dan cetek membuatkan ia sesuai untuk aktiviti mandi manda. Paling tidak pun, bersanti dibuaian sambil menikmati aingin pantai. Lokasi yang sesuai untuk mereka yang mahu lari dari tekanan di tempat kerja.

Tempat: Angullia Beach House [ RM 75 ]

Lokasi: Google Map

Untuk Tempahan: Website

#7 White Sand Beach Resort

Terletak betul betul berhadapan dengan pantai. Siap ada ruangan khas lagi yang anda boleh pergi ke pantai melalui resort ini. Lebih privacy. Ada kemudahakan lain seperti swimming pool juga.

Kalau yang malas nak mencari breakfast disekitar Marang, resort ini juga ada menyediakan makan sarapan.

Tempat: White Sand Beach Resort [ RM 0 ]

Lokasi: Google Map

Untuk Tempahan: Website | Facebook | AirBnB

#8 Millbrook Farm House

Millbrook Farm House ini penginapan seperti di dalam homestay. Dan memang terletak berhampiran dengan pantai marang sahaja.

Kalau kata suasana kampung itu memang dah pasti, sebab rumah penginapan ini memang berdekatan sahaja dengan rumah rumah orang kampung yang lain. Disini ada dijual ikan air tawar, anda boleh beli dan masak sendiri, atau minta pihak Millbrook Farm House yang sediakan pun tiada masalah.

Tempat: Millbrook Farm House [ RM 0 ]

Lokasi: Google Map

Untuk Tempahan: Website | Facebook | AirBnB

#9 Ombak Biru Chalet Pasir Putih Marang

Anda dah click link Google Map yang kami sertakan untuk Ombak Biru Chalet ni? Kalau belum, better click sekarang. Kami ada letakkan di kotak bawah.

Sebab kedudukan chalet ni memang dah terbaik sangat dah.

Ada 4 buah chalet, setiap chalet boleh memuatkan 4 orang dewasa. Ada juga kerusi atau pangkin untuk anda lepak tepi pantai.

Tempat: Ombak Biru Chalet Pasir Putih Marang [ RM 0 ]

Lokasi: Google Map

Untuk Tempahan: Website | Facebook | AirBnB

#10 Marang Sunrise Guest House

Yang ni best, kemudahan chalet memang terbaik, rate RM 260 untuk satu malam. Chalet ada aircond, lengkap dengan private toilet dan tempat memasak.

Seperti macam homestay. Nak buat family gathering memang sesuai. Kedudukan pun terbaik, di persisiran pantai sahaja.

Marang Sunrise Guest House ni seperti macam resort. Anda masuk ke kawasan ini dengan banyak lagi chalet chalet lain.

Tempat: Marang Sunrise Guest House [ RM 0 ]

Lokasi: Google Map

Untuk Tempahan: Website | Facebook | AirBnB

#11 RHU Muda Beach Motel

Yang ini lebih kurang macam Ombak Biru Chalet sahaja, cuma kalau dari segi kemudahan, pakej penginapan, dan review mungkin lebih baik di Ombak Biru. Tapi chalet ni dekat dengan kedai kedai makan.

Jadi mudahlah sikit untuk anda. Tapi tak jauh mana sangat pun kalau stay di Ombak Biru.

Tempat: RHU Muda Beach Motel [ RM 0 ]

Lokasi: Google Map

Untuk Tempahan: Website | Facebook | AirBnB

#12 Impiana Marang Chalet

Impiana Marang Chalet ini tepi jalan utama sahaja. Untuk nak ke pantai, kena jalan kaki sikit dalam 50 meter sahaja. Rate pun terbaik, RM 120 sahaja sehari.

Tempat: Impiana Marang Chalet [ RM 120 ]

Lokasi: Google Map

Untuk Tempahan: Website | Facebook | AirBnB

#13 Aqil Beach Inn

AQIL BEACH INN ini macam lebih prepare sikit berbanding dengan Impiana Marang Chalet. Nampak lebih proper orang kata, tapi kalau siapa yang malas nak naik atas memang tak sesuai. Sebab kedudukannya bilik bertingkat.

Tapi ok lah view akan jadi lebih nampak comey.

Kedudukannya memang betul betul bersebelahan dengan Impiana Marang Chalet tadi.

Tempat: Aqil Beach Inn [ RM 0 ]

Lokasi: Google Map

Untuk Tempahan: Website | Facebook | AirBnB

#14 Zaki’s Residence

Zaki’s Residence ni best. Macam marang Sunrise Guest House. Ada 3 jenis chalet, 1st chalet boleh muatkan 6 orang dengan katil double decker, siap dengan aircon dan private toilet.

Chalet kedua, ada double bed dengan kipas, dan chalet 3 ada single bed, tapi kalau nak extra bed pun boleh.

Tempat: Zaki’s Residence [ RM 400 ]

Lokasi: Google Map

Untuk Tempahan: Website | Facebook | AirBnB

#15 KC Beachfront

Ini baru best nak review, anda sewa homestay terus. Sebelum tu, cuba tengok kedudukannya di Google Map. Memang dekat kan? Rate pun cantik, RM 140 sahaja. Untuk bbq apa semua, anda boleh request dengan owner untuk gunakan bbq pit yang memang sudah tersedia ada.

Cuma barang sahaja anda kena beli sendiri macam biasa.

Siap ada beranda atau verandah lagi untuk kita duduk duduk sambil rasa macam ini rumah kita.

Tempat: KC Beachfront [ RM 0 ]

Lokasi: Google Map

Untuk Tempahan: Website | Facebook | AirBnB

#16 Fbchalet – Chalet Suasana Desa dan Pondok Bbq

Nak rasa percutian bajet tahap dewa? RM 40 sahaja untuk satu malam. Dasyat ni. Actually ada 3 pakej penginapan, RM 40, RM 60 dan juga RM 90. Setiap penginapan ini ada 2 unit.

Chalet yang harga RM 40 ini ada 2 single bed, RM 60 ada satu katil queen, RM 90 ada 2 queen bed siap dengan aircon.

Untuk BBQ Pit dan tilam lebih is free. Tak perlu bayar lebih untuk guna.

Tempat: Fbchalet – Chalet Suasana Desa dan Pondok Bbq [ RM 0 ]

Lokasi: Google Map

Untuk Tempahan: Website | Facebook | AirBnB

#17 Chalet Su and Spa

Chalet Su and Spa ni antara yang paling mendapat sambutan disini. Kalau anda tengok videonya di facebook pun puas hati. Cantik designnya. Kemudahan pun terbaik. Kalau nak OOTD, memang ini temapt dia.

Untuk tempat BBQ ada 7 kesemuanya, 6 port menghadap pantai, 1 menghadap parking.Siapa cepat dia dapat, sebab kemudahan ini percuma, Cuma anda kena bawa arang semua sendiri.

Tempat: Chalet Su and Spa [ RM 0 ]

Lokasi: Google Map

Untuk Tempahan: Website | Facebook | AirBnB

#18 De Rhumaa Homestay

Last sekali, De Rhumaa Homestay ni bukanlah di persisiran pantai. Malah homestay ni duk seberang jalan utama pula. So anda kena melintas mula jalan untuk ke pantai.

Tapi memang tak jauh sangat, dalam 100m sahaja.

Tapi kenapa perlu kita rendah 100m kalau ada chalet yang 50m macam KC Beacfront kan.

Cuma itu lah, kami tertarik dengan design homestay. Mungkin ada yang datang nak stay untuk business meetup. Ataupun bila semua chalet di persisiran pantai sudah penuh, boleh guna homestay ni. Rate RM 259 per night.

Tempat: De Rhumaa Homestay [ RM 259 ]

Lokasi: Google Map

Untuk Tempahan: Website | Facebook | AirBnB

Disclaimer

Anda tengok sendiri kedudukan chalet ini dengan pantai. Memang dekat, dan kami juga galakkan untuk anda lihat dulu semua chalet dan tempat penginapan yang kami kongsikan dalam senarai chalet tepi pantai di Marang Terengganu ni.

Lepas anda tengok kedudukan yang betul betul tepi pantai, baru decide sama ada penginapan itu terbaik untuk anda. Sebab maaf cakap, senarai yang kami rekemen ini ada yang 100m atau 50m juga dari pantai, walaupun tajuknya chalet tepi pantai.

Tapi kami masukkan juga sebab ada penginapan yang rasa macam terbaik pula dari segi kemudahan dan review yang ditinggalkan.

So apa salahnya, jalan kaki sikit 50m untuk dapatkan penginapan yang jauh lebih selesa dengan host yang lebih bertanggungjawab kan!

Jarak dengan tempat menarik di Marang Terengganu:

Andai kata anda menetap lama disini, kami senaraikan juga tempat tempat menarik lain yang ada berdekatan. Boleh click link google map dulu untuk semak jarak perjalanan anda nanti.

Tempat makan menarik di Marang Terengganu

Ya, rugi juga kalau tak cuba cuba makanan orang sini. Ini adalah antara yang top di Marang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!