Ikut kan pada pemerhatian saya, hanya ada 3 resort yang saya boleh senaraikan dalam artikel kali ni. Mungkin ada yang terlepas, boleh tinggalkan komen dan review anda. Oh ya, kalau anda memang suka menulis, dan berhasrat untuk berkongsi tips dalam blog teamtravel ni boleh hubungi kami ya.
dan 3 resort tersebut ialah:
Duyong Marina & Resort – saya pilih sebab best quality service dan fasilities yang disediakan, berbanding dengan penginapan yang lain.
Batu Burok Beach Resort – saya pilih sebab positive reviews yang diterima. Kalau dari segi fasilities seperti finishing bilik di duyong marina, malah mungkin macam bilik hotel bajet. Tapi mungkin rata rata pengunjung puas hati dengan layanan, dan kedudukan yang memang betul berhampiran dengan pantai. Harga pun OK
Terengganu Equestrian Resort – tak ramai yang datang ke sini, mungkin sebab kedudukan nya yang agak jauh ke selatan. Tapi dari segi facilities, saya sendiri rasa terkejut akan apa yang disediakan. Sama sama kita baca di bawah ya. Saya nak pergi ke perkongsian duyong marina dahulu
Saya ada berkongsi cerita akan resort ni, di artikel yang sudah. Dalam artikel tu, memang saya khas kan pada siapa yang nak penginapan yang ada facilities swimming pool. Dan bila saya tulis tulis, rasa lebih sesuai pula kalau saya lain kan post khas untuk resort macam sekarang ni.
Rasa nya tak perlu saya cakap banyak ni, sebab gambar di bawah dah cukup buat anda rasa ini adalah pilihan yang terbaik.
Dan yang terakhir, saya nak tanya sesuatu, anda pernah tak pergi mana mana resort yang aktiviti nya ada macam di bawah ni?
Bowling
PingPong
Kolam Renang Dewasa dan Kanak Kanak
Squash
Badminton
Gym
Bola Jaring
Aktiviti Menunggang Kuda/Pony
Sewa Pantai
Aktiviti Memanah
Namanya Terengganu Equestrian Resort saya ingatkan hanya aktiviti berkuda sahaja. Tapi ternyata kita boleh dapat lebih daripada itu. Resort ni sangat sesuai untuk aktiviti macam team building, atau yang plan nak buat group seminar.
Dewan besar pun ada. Malah ada pakej penginapan seminar mengikut pakej yang pihak management tetapkan. Saya bercakap dah macam di bayar pula, padahal kami buat kerja amal sahaja ni.
Apa apa pun, untuk lebih lanjut, anda boleh pergi ke website resort ini sendiri untuk sebarang tempahan http://www.terengganuequestrianresort.com/
rasa mood tak sampai pula untuk berkongsi resort batu buruk. Anda boleh tengok sendiri lah di Google Map. Ok juga aktiviti nya, insyaAllah saya akan cuba sampai ke resort ni dalam masa terdekat nanti.