Hotel, Resort

Pulau Kapas

Negeri di Pantai Timur memang banyak destinasi percutian yang menarik seperti pulau-pulau indah. Terengganu sahaja memiliki beberapa pulau bertaraf antarabangsa yang menggamit kedatangan pelancong. Pulau Kapas contohnya tidak pernah lekang dengan pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam, hidupan laut, dan aktiviti pantai.

Segala yang patut anda tahu tentang Pulau kapas seperti aktiviti menarik, cara ke sana, tambang bot, resort dan chalet menarik, akan kami kongsikan dalam artikel ini.

Biarpun namanya tidak popular seperti Pulau Perhentian, nilai ekopelancongannya masih lagi tinggi kerana menawarkan pemandangan menakjubkan.

Cara ke  Pulau Kapas

Untuk ke Pulau Kapas, anda boleh menaiki bot dari Jeti Marang. Perjalannya cuma memakan masa sekitar 30 minit sahaja untuk sampai memandangkan ia hanya 16 kilometer dari tanah besar. Namun, ia juga bergantung kepada cuaca dan keadaan laut yang bergelora.

  • Harga tambang bot
  • RM45 seorang untuk dua hala

Aktiviti menarik di Pulau Kapas

Snorkeling

Aktiviti wajib di sini sudah tentulah snorkeling. Siapa tidak suka melihat keindahan dan hidupan dasar laut? Jangan lepaskan peluang untuk berenang dan melihat hidupan marin di sini.

Sangat berbaloi kerana pelbagai spesis ikan seperti ray, batfish, puffer, angelfish, , ikan butterfly, parrotfish dan wrasse.

Batu karang yang berwarna-warni turut menggamit pandangan. Lebih canti kalau anda dapat menyaksikan ikan-ikan berenang di sekitarnya.

Peralatan snorkeling anda boleh bawa sendiri atau sewa sahaja. Anda boleh mendapatkannya di tepi pantai.

Skuba diving

Untuk mereka yang memiliki lesen menyelam pasti akan berpuas hati dengan keindahan dasar laut Pulau Kapas. Ia adalah salah satu pulau ‘favorite’ kaki divers seperti lokasi Shark Point dan Turtle Point.

Paling mengujakan apabila terdapat lokasi yang menempatkan kapal karam dari zaman Perang Dunia Kedua. Jangan lupa untuk bawa kamera kalis air ya?

Berkanu

Aktiviti berkanu juga cukup popular di sini. Lebih-lebih lagi sekiranya anda memilih untuk berkanu pada waktu senja. Panorama matahari terbenam di Pulau Kapas cukup memukau. Cahaya matahari yang memantulkan cahayanya ke permukaan air menghasilkan warna indah.

Harga sewa kanu juga berpatutan dan berbaloi. Sekitar RM20 untuk 1 jam sahaja.

Bersantai di tepi pantai

Luangkan masa anda untuk jalan-jalan di pesisir pantai. Pasir memutih dan air membiru ini sekali gus dapat menenangkan minda dari hiruk-pikuk kota. Terdapat beberapa gerai makan dan ice cream sepanjang pantai.

Pada hujung minggu akan ada persembahan pantai seperi buskers dan bermain api.

Seronok bukan?

Tapi jangan lupa untuk menjaga kebersihan ya?

Mendaki di Bukit Singa

Mendaki Bukit Singa sudah menjadi aktiviti wajib anak-anak muda yang datang bercuti di sini. Bukit ini mendapat namanya kerana batu-batu bukit ini berbentuk seperti kepala singa jantan. Dan ia memang benar!

dboystudiomy.com

Tak susah nak mendaki dan tidak memerlukan skill yang tinggi. Sesudah sampai di puncak, penat pasti hilang sekiranya dapat lihat pemandangan sekitar Pulau Kapas dari pandangan atas.

Island Hopping

Tidak banyak gugusan pulau di sekitar Pulau Kapas tetapi Pulau Gemia memang mendapat perhatian tetapi agak private. Tetapi pelancong boleh melakukan island hopping, menaikki bot untuk bersiar-siar melihat keindahan kawasannya.

Perkhidmatan island hopping ini boleh didapati di tepi pantai atau resort/chalet yang anda menginap. 

Berenang di dalam Gua Bukit Singa

Tidak ramai pelancong tahu akan kewujudan gua ini. Apa yang menari di sini adalah anda boleh mandi di celah-celah batu di mana airnya cukup jernih sehingga nampak dasar dengan jelas.

Airnya pula tidak terlalu dalam, sekitar 3 meter sahaja. Rugi kalau tak terokai.

Resort di Pulau Kapas

Banyak resort menarik di Pulau Kapas yang boleh anda tempat untuk percutian bersama keluarga. Kebanyakkannya mampu inap dengan menawarkan harga yang sangat berpatutan bersama kemudahan asas.

Kapas Coral Beach Resort

Resort ini tidak mewah tetapi cukup lengkap dengan segala kemudahan yang anda perlukan untuk percutian pulau.

Dari segi keselesaan bilik, ia lengkap dengan penghawa dingin, katil bersih, pembancuh kopi, water heater, dan wifi percuma

Aktiviti yang ditawarkan

  • Snorkelling
  • Jungle trekking
  • Volley ball
  • Beach ball
  • Memancing
  • Berkanu
  • Mencandat sotong
  • Island hopping

Terdapat sebuah gerai makan kendalian mereka. Menjual masakan panas snek, dan ais krim.

Harga bilik: dari RM150 semalam

Kapas Island Resort

Cuma terletak beberapa minit perjalanan sahaja dari jeti ketibaan. Unit chalet Kapas Island Resort berkonsepkan tradisional Melayu di mana ia jelas kelihatan pada senibina dan ukiran kayunya.

Setiap unit dilengkap dengan penghawa dingin, katil empuk, pembancuh kopi, air pancuran panas, dan wifi.

Untuk bilik bersaiz besar, iaitu Deluxe Sea View Chalet,tetamu dihidangkan dengan pemandangan pantai dari berandah.

Selain itu, Kapas Island Resort juga merupakan chalet yang ada swimming pool di Pulau Kapas. Ia memberi pilihan buat tetamu sama ada untuk berenang di laut ataupun dalam kolam renang sahaja.

Kemudahan: 

  • Mencandat sotong
  • Volley ball
  • Memancing
  • Snorkeling
  • Windsurfing
  • Banana boat
  • Berkanu
  • Peralatan snorkeling

Harga bilik: dari RM160 semalam

Pulau Kapas Chalet

Untuk yang berbajet kecil, anda boleh memilih untuk menginap di chalet sahaja. Harganya mampu inap, selesa, dan masih menawarkan kemudahan menarik.

Antara senarai chalet di Pulau Kapas

  • Kapas Beach Chalets (KBC)
  • Kimi Chalet
  • Ombak Kapas Island Beach Resort
  • Kapas Turtle Valley Resort

Pulau Kapas Package 2019

Antara beberapa pakej Pulau Kapas menarik adalah pakej yang ditawarkan oleh Kapas Coral Beach Resort.

Pajek yang ditawarkan adalah seperti 3 hari 2 malam, dan 2 hari 1 malam. Hari-hari anda bakal diisi dengan aktiviti pulau menarik. Pakej yang ditawarkan adalah termasuk penginapan dan tambang bot dua hala.

Semoga informasi tentang Pulau Kapas ini dapat menjadi panduan buat anda yang sedang merancang percutian di sana. Selamat bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!