Bercuti di Terengganu adalah pilihan yang tepat. Negeri yang kaya dengan tarikan semula jadi seperti pantai dan pulau ini cukup memukau dan mampu menenangkan fikiran pada hujung minggu. Anda dah pilih ke hotel atau chalet untuk menginap? Kalau anda mencari chalet ada kolam renang di Terengganu, memang banyak. Kami bantu anda dengan menyenaraikan resort dan chalet menarik dan sesuai dengan bajet sederhana.
Yang mana lagi best?
Statistics - View the results
Daerah Dungun tidak kirang juga hebatnya. Terletak di pesisir pantai dan tidak jauh dari bandar Kuantan. Ulek Beach Resort boleh dikatakan tempat percutian tepi pantai yang sempurna buat anda sekeluarga.
Lengkap dengan segala kemudahan seperti restoran, pusat urutan, wifi percuma, bilik yang selesa, dan banyak lagi.
Dengan menggabungkan konsep tradisional dan moden, resort ini bakal memberikan pengalaman percutian yang tenang dan menyeronokkan.
Tambahan pula, kolam renang yang luas membolehkan anda sekeluarga bersantai. Untuk mereka yang mempunyai anak kecil, usah risau kerana pihak resort turut menyediakan kolam kanak-kanak yang cetek.
Kemudahan
Harga: dari Rm238 semalam
Alamat: Ulek Beach Resort, Jalan Pantai Sura, Hujung, 23000 Kuala Dungun
[Baca] 10 Tempat Menarik di Dungun
Terletak di Pantai Tanjung Biadara, Casa Tanjung Bidara menyediakan penginapan jenis villa/homestay unik dan selesa untuk tetamu. Ia menggabungkan kontena terpakai untuk menaikkan seri landskap.
Malah, dua buah kolam renang yang luas di hadapan bilik juga memberikan mood percutian nyaman. Kalau anda mencari homestay Dungun ada kolam renang, di sinilah jawapannya.
Paling mencuri perhatian adalah hiasan dalaman biliknya. Cukup moden dengan sentuhan kemewahan. Susun atur perabot juga menaikkan seri bilik.
Kemudahan
Aktiviti menarik
Semak harga di: Booking.com
Alamat: 2212 Jalan Pantai Teluk Bidara, 23050 Dungun
Chalet terbaik untuk family day pada hujung minggu. Dengan kepelbagaian jenis bilik, anda boleh pilih yang masa bersesuaian dengan keluarga anda.
Setiap bilik dilengkap dengan penghawa dingin, katil empuk, air pancuran, tuala, dan pembancuh kopi.
Jangan lepaskan peluang untuk berendam di kolam renang mereka yang luas. Kolam yang cetek juga tersedia untuk si cilik.
Tetamu juga boleh bersantai di tepi pantai. Pondok dan buaian yang menghadap Laut China Selatan sudah tersedia buat anda.
Layaran Chalet juga sesuai dijadikan tempat untuk kem motivasi dan seminar. Dewan, dan peralatan diperlukan juga sedia untuk digunakan.
Aktiviti menarik:
Harga bilik: dari RM89 semalam
Alamat: Layaran Chalet.HQ, Taman D’bayu, Kampung Pachakan, 22300 Besut
Penginapan jenis kotej kayu ini sunggu unik. Landskap dan kawasannya yang dipenuhi pohon-pohon menghijau menjadikan resort ini begitu redup dan nyaman.
Dengan harga serendah RM191 semalam anda boleh menikmati pelbagai kemudahan di sini khususnya kolam renang yang luas.
Bilik-biliknya juga selesa dan mempunyai sentuhan kemewahan pada harga bajet.
Tambahan pula, Manor Beach Resort turut mempunyai restoran mereka sendiri. Tidak perlu fikir lagi soal makanan.
Aktiviti menarik:
Harga bilik: dar RM191 semalam
Alamat: Lot 23 Tanjong Demong , Jalan Bukit Kluang , 22200 Kampung Kuala Besut
Chalet ada kolam renang di Terengganu yang seterusnya adalah Anjung Pantai Seberang yang terletak di Kuala Terengganu. Saiz kolam renangnya tidaklah besar, tetapi mampu untuk memberikan keseronokkan kepada anda sekeluarga.
Unik chaletnya juga luas, selesa, dan bersih. Malah, lengkap dengan penghawa dingin, peti sejuk, tv setelit, dan pembancuh kopi.
Biarpun tidak mempunyai restoran, banyak tempat makan best di Seberang takir yang boleh anda cuba seperti Kedai Makan Wak Sabil dan Air Buah Gelas Besar.
Lokasinya yang strategik juga membolehkan anda melawat tempat menarik di Terengganu seperti Pasar Payang, Kampung Losong, Taman Tamadun Islam, dan banyak lagi.
[Baca] Apa Yang Ada di Pasar Payang, Terengganu
Alamat: Jalan Fikri, Kampung Baru, Seberang Takir, 20000 Kuala Terengganu
Pantai yang paling popular di Terengganu kerana terletak betul-betul di tengah bandar. Menjadi tempat rekreasi dan kawasan orang awam bersantai. Ini kerana banyak sekali tarikan yang ada di kawasan ini. Seperti menunggang kuda, bermain layang-layang, kereta kuda, ATV, keretapi mini, dan banyak lagi.
Kalau anda ingin menginap di kawasan ini, kami cadangkan Batu Burok Beach Resort yang terletak cuma 500 meter dari pantai.
Dengan penginapan yang selesa dan dapat berenang di kolam renang gergasi, kami yakin percutian anda pasti akan sempurna.
Kemudahan:
Jarak dengan tempat menarik:
Alamat: 906, Jalan Pantai Batu Buruk, Kampung Pantai Batu Burok, 20400 Kuala Terengganu.
Resort yang cukup unik dan memiliki keistimewaanya yang tersendiri. Senibina dan landskap Warisan Pahlawan Resort menjadi daya penarik terhadap kehadiran tetamu di sini.
Senibina Melayu Terengganu ini cukup gah dan menggamit pandangan sesiapa sahaja. Persis Muzium Negeri Terengganu, ia juga lengkap dnegan segala macam kemudahan yang diperlukan untuk percutian sempurna.
Bilik-biliknya selesa dan hiasanya bakal memberikan anda pengalaman yang berbeza.
Kolam renang luas yang berada di tengah-tengah kawasan ini juga boleh dijadikan tempat bersantai. Tak banyak kolam renang Kuala Berang. Ini sahaja yang kami jumpa.
Ramai yang mengambil peluang untuk merakam gambar keluarga dek kerana latar belakangnya yang klasik.
Aktiviti menarik:
Alamat: No. 122, Jalan, Kampung Pauh, 21700 Kuala Berang, Terengganu
Ramai yang tidak tahu akan kewujudan resort di Marang ini. Untuk mereka yang berbajet kecil, memilih untuk menghabiskan hujung minggu di Duta Ria Beach Resort adalah pilihan tepat.
Biarpun pada harga bajet, anda masih lagi boleh menikmati pelbagai fasiliti dan keselesaan bak resort empat bintang.
Mereka menyediakan pelbagai jenis bilik pada harga berbeza, puluhan aktiviti outdoor menarik, dan yang paling penting ada kolam renang!
Anak-anak pasti suka sekiranya dapat berendam dalam kolam dingin ini.
Selain itu, ia juga sesuai untuk mengadakan family day, seminar, kem motivasi atau seumpamanya. Segala keperluan disediakan.
Aktiviti menarik:
Facebook: https://www.facebook.com/Duta-Ria-Beach-Resort-194362480919497/
Nombor telefon: 019-361 2368
Alamat: Kg. Gong Balai, Jalan Dungun, Merchang Marang, Terengganu
Sekiranya ingin bercuti di sekitar Gong Badak, kami sarankan anda cuba menginap di homestay D Cottage. Dari luar ia kelihatan seperti rumah perumahan biasa. Tetapi ia merupakan homestay indah, lengkap dnegan kemudahan dan hiasan yang cantik.
Malah, siap ada kolam renang di belakang rumah! Anak-anak pasti suka. Susah nak cari penginapan ada kolam renang di Gong Badak tau!
Ia hanya mempunyai dua bilik dan menyewanya pada kadar serendah RM80 semalam sahaja. Akan tetapi anda pasti akan berpuas hati dengan fasiliti yang disediakan. Oh ya, ini merupakan homestay Kuala Terengganu ada kolam mandi. Cepat-cepat book!
Kemudahan:
Harga: dari RM80 semalam
Nombor telefon: 019 983 3645
Alamat: Kampung Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Menarik juga chalet ada kolam renang di Terengganu ni. Setiap satunya memiliki keistimewaan masing masing. Semoga artikel ini dapat memilih penginapan sesuai dengan keluarga dan bajet anda. Selamat bercuti!
Rosli bin Musa
December 6, 2021 at 7:49 amBersama keluarga 6 dewasa 2 kanak kanak berumur dari 9-3 tahun yg berdekatan pasar payang dan jambatan angkat
Norhayah
November 18, 2021 at 1:47 pmsaya mencari chalet atau resort yang ada kolam dan dekat dengan pantai di area Terengganu untuk 26-28 Diec 2021 ni
Alina
October 31, 2021 at 2:39 pmNak cari penginapan untuk memudahkan bapa saya yang berkerusi roda,kerana bapa saya tidak mempunyai kaki lagi ada x min?
SyedShaff
November 4, 2021 at 11:17 pmsalam, boleh je, masa search hotel kat booking.com, select features atau option atau setting, yang tulis wheelchair friendly. lupa dah saya exact keywordnya apa. tapi memang ada function untuk kita select kat booking kalau nak guna kerusi roda untuk oku