Hotel

Hotel Berdekatan Stesen Bas Kuala Terengganu

Disclaimer 1

Stesen bas yang kami maksudkan pada tajuk di atas adalah yang terminal bas ekspress punya ya. Bukan yang majlis perbandaran, walaupun bas stesen majlis perbandaran ni pun tak jauh mana pun dengan yang terminal bas ekspress.

Disclaimer 2

Hotel yang kami senaraikan di bawah juga adalah hotel yang memang sudah ada ramai pengunjung atau review. Bukan hotel yang tak pernah orang datang. Sebab kalau nak ikutkan ada lagi, dan ada lagi yang murah murah. Tapi kalau tak ada review, atau banyak yang bad review rasa macam tak perlu pula masukkan dalam senarai ni kan. So kami ambil yang the best dan affordable sahaja.

Disclaimer 3

Hotel yang paling dekat pun adalah 1 minit, atau dalam 350 meter. So tak ada hotel yang betul betul dekat sangat dengan terminal. Kalau rasa jauh, mungkin kena get ready dah tu amik grab

Disclaimer 4

Banyak betul disclaimer ni. Harga yang kami rujuk adalah dari Google Map. Ikutkan pengalaman, harga dari google map ni lain, booking.com lain, agoda lain, dan bila pergi walk in tu pun lain. bila dah book dengan booking.com pun bila dah sampai time bayar kat hotel pun lain. Maka sila la redha.

Kita pergi hotel yang pertama

Hotel Mini Indah – RM 71 | 350 meter @Location

Hotel ni review nya memang tak berapa menarik. Tapi mungkin sebab ni lah satu satu nya hotel yang dekat, dengan harga nya pun antara yang paling rendah. Buat kan, mungkin redho atau pun 1st time buyer sahaja.

Kalau sekadar datang dan mindset untuk dapat tempat tidur atau rehat sekejap boleh lah. kalau anda memang harapkan keselesaan yang lebih, better cari hotel lain.

Hotel Grand Continental – RM 180 | 750 meter @Location

Yang ni kena bayar lebih sikit. Agoda, Booking.com, expedia pun semua letak harga yang sama, iaitu RM 180. Ikutkan jumlah review, hotel ni adalah antara hotel yang paling dapat banyak review banding dengan hotel hotel lain yang berdekatan dengan stesen bas ni. Ada lagi juga yang lain, contoh Grand Puteri Hotel – 1197 reviews, Primula Beach Hotel – 1457 reviews.

Kebanyakan reviews, berpuas hati dengan saiz hotel yang luas. Biasa lah kan kalau hotel yang sudah sampai 3 star ni. Hotel ni juga berdekatan dengan pantai, tempat shopping dan tempat makan.

Sebenarnya, hotel grand continenal ni dah macam lebih dekat pada pantai, so focus nya untuk siapa yang nak hotel yang dekat dengan pantai. Tapi memang tak jauh mana pun dekat bas stesen kita tadi.

Andai kata harga RM 180 ni macam tak baloi untuk anda duduk, mungkin sekejap atau sekadar nak tidor ja.

Boleh cuba hotel hotel bajet lain, terutamanya yang 4 ni

The Inn Hotel – RM 66 @location

KT Beach Resort – RM 77 @location

Asia Preimum Hotel – RM 73 @location

Hotel Tanjung Vista – RM 116 @location

Hotel ni paling mendapat pilihan

Keempat empat hotel di atas ni semuanya lebih kurang dekat dekat sahaja ya. Lebih kurang macam seberang jalan gitu. Atau pun macam seberang simpangan sahaja.

Allright, seterusnya

Hotel Sentral Kuala Terengganu – RM 91

Hotel YT Midtown – RM 87 , RM 107 , RM 125, RM 160

Kedua dua hotel atas ni bersebelahan sahaja. so jarak lebih kurang dalam 450 meter.

Location = https://goo.gl/maps/dohyvkrFpxTZ9e6KA

Kami sebenarnya nak recommended anda untuk tinggal di hotel midtown ni, jadi kita pilih gambar hotel ini sahaja ya untuk gambar di bawah:

oh ya, dan yang terakhir ia lah Grand Puteri Hotel. Hotel ni memang macam Masjid sikit design nya. Ini adalah antara hotel yang paling mendapat kunjungan di kawasan ni. Sangat berbaloi untuk anda cuba.

Grand Puteri Hotel – RM 104 @Location

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!