Resort

8 Resort di Terengganu Yang Betul Betul Depan Pantai

Kalau nak diikutkan, di Terengganu ada 12 hingga ke 15 buah resort. Tapi lepas saya tapis tapis berdasarkan faktor bawah ni, tinggal 8 sahaja. Harap anda setuju lah dengan tapisan saya. Berikut adalah sebab kenapa saya pilih 8 buah resort yang utama ni:

  1. mesti depan pantai, saya sendiri lebih suka kalau resort tu depan pantai. Rasa lebih syahdu, tapi tu lah, makanan pun lebih mencekik darah. Tapi tak apa, dalam senarai ni ada yang penginapan RM 200 juga.
  2. Saya akan pilih satu sahaja, kalau ada 2 harga yang lebih kurang sama. Contoh resort A harga RM 200 satu malam, resort B harga 200 satu malam. Tapi saya hanya senarai kan resort A sahaja andai kata review dan resort nya memang betul betul puas hati.
  3. Resort yang baru, atau review nya kurang, kemungkinan besar saya tak letak.
  4. Saya pilih harga wakil untuk setiap resort, kiranya yang RM 200 ke bawah, yang 300, 400 atau 500 ke bawah. Sampai yang RM 1000 ke atas pun ada. Anda pilih lah, mana yang lebih selesa ikut bajet keluarga.

Saya senarai kan dulu resort nya, berserta dengan average harga penginapan semasa saya sediakan artikel ini. Kemungkinan bila anda walk in sudah berubah atau macam mana. Tapi InsyaAllah harganya tak mungkin jauh sangat.

  1. Resort Sutra Beach Resort, Terengganu > RM170
    • Kampung Rhu Tapai, Setiu, 21010 Batu Rakit, Malaysia
  2. Resort The Manor Beach Resort Besut > RM206
    • Lot 23 Tanjong Demong , Jalan Bukit Kluang , 22200 Kampung Kuala Besut, Malaysia
  3. Resort Duyong Marina & Resort (artikel review) > RM187
    • Pulau Duyong, Kuala Terengganu, 21300 Kuala Terengganu, Malaysia
  4. Resort Resorts World Kijal > RM390
    • Km28, Jalan Kemaman-Dungun Kemaman Darul Iman Kijal,, 24100 Kijal, Malaysia
  5. Resort The Qamar Paka, Terengganu > RM344
    • LOT 473, Kampong Cacar, 23100 Paka, Malaysia
  6. Resort Terrapuri Heritage Village, Penarik > RM522
    • Kampung Mangkuk, Penarik, Setiu, 22120 Kampung Penarik, Malaysia
  7. Resort Tanjong Jara Resort > RM754
    • Batu 8 Off Jalan Dungun, 23000 Dungun, Malaysia
  8. Resort The Taaras Beach & Spa Resort > RM626
    • C-O Lot GL-04 Lapangan Terbang Sultan Mahmud, 21300 Redang Island, Malaysia

Saya juga ada selitkan juga alamat untuk setiap resort di atas, untuk anda kenal pasti kedudukannya di mana. Kira mana location yang lebih prefer. Atau pun, boleh terus KLIK link untuk setiap resort sebab saya dah link kan ia ke Google Map untuk perjalanan anda ke sana.

Update…

9. Batu Buruk Beach Resort – resort batu buruk terengganu ni tak berapa nak nampak elegant sangat banding dengan resort yang lain. Tapi memang resort ni antara yang paling mendapat perhatian orang ramai. Dan ikutkan pada review, rata rata pengunjung memang selesa dan berpuas hati datang ke sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!