Penggemar aktiviti skuba pastinya akan sentiasa mencari lokasi-lokasi indah untuk melihat hidupan laut. Memandangkan di Malaysia banyak pulau-pulau indah, maka penyelam skuba mempunyai banyak pilihan dan tidak perlu lagi ke luar negara. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan informasi tentang lokasi di Langkawi untuk aktiviti skuba diving.
Skuba diving merupakan salah satu aktiviti utama yang boleh anda lakukan di Langkawi walau bagaimanapun, anda haruslah memiliki lesen menyelam terlebih dahulu.
Langkawi adalah salah satu destinasi popular skuba diving di Malaysia. Dengan adanya banyak gugusan pulau serta ia termasuk dalam Taman Laut, maka sesuai sekali untuk anda  berenang dan berjalan di dasar laut sambil menikmati pemandangan indah hidupan marin.
Scuba diving di Pulau Payar
Pulau Payar yang diiktiraf sebagai Taman Laut Negara ini adalah lokasi utama untuk aktiviti laut seperti snorkeling dan skuba diving. Keindahan hidupan laut serta kejernihan airnya sudah tidak dapat dipertikaikan lagi.
Oleh kerana diwartakan sebagai Taman Laut, Pulau Payar dijaga rapi oleh pihak kerajaan. Pulau ini hanya dibuka kepada 120 orang pengunjung setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.
Sebaik sahaja anda membuat tempahan untuk ke Pulau Payar, anda bakal di tawarkan dengan beberapa pakej yang meliputi aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana. Termasuklah scuba diving.
Cara ke Pulau Payar
Terletak 30 km ke tenggara Pulau Langkawi dan mengambil masa perjalanan kira-kira 45 minit menaiki feri dari Jeti Kuah atau dari Pulau Pinang.Majoriti pelancong menggunakan khidmat agensi pelancongan untuk ke Pulau Payar. Maklumat tentang pakej ke Pulau Payar kebiasaanya boleh ditemui di lapangan terbang, kaunter tiket, ataupun di lobi hotel.
Harga tiket / Pakej Pulau Payar Marine Park
Oleh kerana Pulau Payar adalah khazanah negara, pakej ke pulau ini agak mahal. Harganya sekitar RM140 dan ke atas seorang. Tetapi berbaloi, kerana pakej meliputi:
- Pick-up dari hotel ke Jeti Kuah / Pick-up dari Jeti Kuah ke hotel
- Tiket feri
- Makan tengah hari
- Peralatan snorkeling, skuba, dan jaket keselamatan.
- Skuba bersama yang bertauliah
Jika anda masih amatur, aktiviti anda akan ditemani oleh penyelam bertauliah bersama pemandu pelancong. Merekalah yang akan membawa anda ke lokasi tercantik yang sering menjadi tempat penyelam skuba melihat kehidupan marin.
Mereka juga bakal membawa anda ke beberapa tempat dari 15 lokasi menarik untuk aktiviti ini.
Pesona Pulau Payar
Menyelam di Pulau Payar, anda bakal dijamu dengan pelbagai spesis ikan-ikan jinak seperti clown fish (nemo), kuda laut, tapak Sulaiman eksotik, ikan gobi “Fire”, ikan buaya, ikan “Pipe” dan belut laut.
Disamping itu, saksikan juga terumbu karang pelbagai saiz dan warna di dasar laut. Anda pasti akan terpesona akan keindahan marin yang memukau.
Tambahan pula, laut di sekitar pulau ini tidak bergelora. Sesuai sekali untuk aktiviti pantai.
Lokasi lain untuk skuba diving di Langkawi
Selain Pulau Payar, terdapat beberapa lagi ‘destinasi panas’ untuk aktiviti ini. Antaranya adalah:
- Coral Garden
- Sunken Boat Point
- Grouper Farm
- Sponge Reef
- Lembu Rocks
- Shark Point
- House Reef
- Pulau Kaca – Alternatif kepada Pulau Payar. Di sini terdapat beberapa buah bot karam terdampat di dasar laut yang kini menjadi habitat kepada pelbagai spesis ikan termasuklah clownfish. Bot-bot karam ini juga sekaligus mencantikkan lagi keindahan dasar laut lebih-lebih lagi jika anda ingin merakam video atau gambar kenangan.
Bagaimana untuk ke sana? Yang itu boleh tanya dengan pemandu pelancong anda.
Perkhidmatan Scuba Diving di Langkawi
Sebenarnya banyak syarikat yang menawarkan pakej skuba diving Malaysia. Setiap satunya menawarkan harga pakej skuba berbeza mengikut aktiviti, tambang bot, dan lain-lain.
Jadi kami senaraikan beberapa syarikat berserta dengan harga dan informasi tentangnya.
Scuba Club Langkawi
Harga: Fun Dive RM380 | Intro dive RM380 | Snorkeling RM210
Laman web: https://www.scubaclublangkawi.com/
Padi Dive
Penyelam berpengalaman RM 270
Laman web: https://www.langkawi-scuba.com/open-water-course
Big Brother Dive Center Langkawi
Harga bermula dari RM350 (tambang bot ke Pulau Payar, peralatan menyelam, pick up dari hotel)
Laman web: http://big-brother.my/padi-courses/discover-scuba/
Itu dia antara informasi yang perlu anda tahu sekiranya ingin melakukan aktiviti skuba diving di Langkawi. Rata-rata penyelam yang ke sana pasti akan mengulangi kunjungan mereka kerana Langkawi sememangnya lokasi terbaik di Malaysia untuk aktivit scuba diving.