Langkawi

Pulau Payar Marine Park

Sekiranya anda berhajat berenang di lautan, melakukan aktiviti skuba diving, atau snorkeling, Pulau Payar Marine Park adalah destinasi terbaik di Langkawi, Kedah. Taman Laut Pulau Payar ini menawarkan pemandangan yang indah, air yang jernih, serta hidupan laut yang mempersonakan.

Kalau nak tahu, Pulau Payar ini telah diwartakan sebagai Taman Laut yang dipelihara oleh kerajaan. Pulau ini hanya dibuka kepada 120 orang pengunjung setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Cara ke Pulau Payar

Terletak 30 km ke tenggara Pulau Langkawi dan mengambil masa perjalanan kira-kira 45 minit menaiki feri dari Jeti Kuah atau dari Pulau Pinang.

Majoriti pelancong menggunakan khidmat agensi pelancongan untuk ke Pulau Payar. Maklumat tentang pakej ke Pulau Payar kebiasaanya boleh ditemui di lapangan terbang, kaunter tiket, ataupun di lobi hotel.

Harga tiket / Pakej Pulau Payar Marine Park

Oleh kerana Pulau Payar adalah khazanah negara,pakej ke pulau ini agak mahal. Harganya sekitar RM140 dan ke atas seorang. Tetapi berbaloi, kerana pakej meliputi:

  • Pick-up dari hotel ke Jeti Kuah / Pick-up dari Jeti Kuah ke hotel
  • Tiket feri
  • Makan tengah hari
  • Peralatan snorkeling dan jaket keselamatan.

Berbaloi bukan? Lagipun, anda boleh berada di pulau tersebut dari pagi hingga 4 petang.

Aktiviti menarik di Pulau Payar

Terdapat 4 pantai utama di Pulau Payar. Anda bebas memilih mana-mana pantai yang anda selesa.

Air lautnya jernih, sangat jernih sehingga menampakkan terumbu karang di dasarnya. Pantainya landai dan cetek. Faktor ini juga yang membuatkan ramai yang mengambil peluang untuk mandi manda dan snorkeling.

Bercakap tentang snorkeling, spesis hidupan laut yang boleh anda temui ketika snorkeling, termasuklah clown fish (Nemo) dan ikan dory.

Berenang bersama ikan jerung

Sekali-sekala akan ada ikan jerung yang akan melewati tempat anda snorkeling. Tetapi jangan risau, jerung di Pulau Payar ini jinak. Mereka tidak akan mengapa-apakan manusia. Malah, jerung disini agak ‘pemalu’ dengan kehadiran manusia.

Untuk merakam aksi mereka, kami sarankan anda membawa underwater camera ataupun memasukkan kamera atau telefon ke dalam bekas kalis air.

Keindahan terumbu karang yang berwarna warni

Pulau ini adalah satu-satunya pulau di pantai barat Semenanjung yang memiliki terumbu karang eksotik seperti di Laut India. Tidak hairanlah mengapa ia sering menjadi pilihan kaki scuba untuk melihat keindahan dasar laut Langkawi.

Kedalamannya adalah sekitar 30 – 50 meter sahaja dan ini membolehkan pelancong melihat terumbu karang dengan jelas.

Tiada penginapan di Pulau Payar

Untuk pengetahuan, tak ada resort atau chalet di Pulau Payar. Walaubagaimanapun, kemudahan seperti rumah rehat, pondok, tandas, surau, dan tempat persalinan di sediakan. Rumah rehat membolehkan anda bersantai sebelum bertolak kembali ke Jeti Kuah pada jam 4 petang.

Tasik Dayang Bunting

Kedalaman Tasik Dayang Bunting adalah sekitar 10 meter sahaja. Mengapa lokasi ini sangat terkenal? Ini kerana pulau yang berada di tasik tersebut berbentuk seolah seorang perempuan hamil yang sedang berbaring.

Sejarah Tasik Dayang Bunting agak panjang, akan kami ceritakan dalam artikel khas yang bakal diterbitkan di masa akan datang.

Aktiviti di Tasik Dayang Bunting

  • Berkayak
  • Berenang
  • Paddle boat
  • Merendamkan kaki di dalam air untuk digigit ikan kecil (kesihatan kulit)

Sudah pastu anda sendiri tidak sabar-sabar lagi utuk ke Pulau Payar Marine Park selepas dah tahu informasi dan tengok gambar di atas. Rancang perjalanan dengan bijak dan pastikan anda buat banyak research tentang agensi yang mengendalikan pakej ke sana. Selamat bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!