Menikmati keindahan alam semula jadi menjadi dambaan semua selepas penat berkerja. Bunyi kicauan burung dan panorama bukit bukau yang menghijau sedikit sebanyak dapat menenangkan fikiran. Apatah lagi kalau dapat merasainya bersama keluarga tersayang. Kuala Gula Bird Sanctuary adalah destinasi percutian terbaik untuk anda.
Melalui artikel ini kami akan kongsikan antara tempat dan aktiviti menarik di Kuala Gula Bird Sanctuary.
Kuala Gula Bird Sanctuary adalah salah satu tempat percutian di Perak. Ia sebahagian daripada Hutan Simpan Matang yang turut memiliki kawasan berpaya dan berlumpur. Kawasan sebegini bagus untuk keseimbangan ekosistem dan dalam masa sama memberikan pemandangan yang mempersonakan untuk tatapan pelancong.
Berkeluasan 40,000 hektar ini, ia meliputi tiga buah pulau hutan bakau kecil termasuk Pulau Kelumpang yang dikelilingi oleh beting berlumpur yang subur dengan pokok api-api.
Pulau tersebut penting untuk ekosistem sebagai tempat tadahan air, serta penghijrahan burung dari serata Asia termasuklah Kazakhstan, Mongolia, dan Siberia.
Selain itu Kuala Gula juga terkenal dengan perkampungan nelayan. Jadi bolehlah anda mendapatkan ikan serta pelbagai makanan laut yang segar serta menjamu selera di restoran seafood berdekatan. Kuala Gula seafood memang popular tau!
Apa lagi yang menarik di sini adalah Kuala Gula Sanctuary Resort atau nama lainnya adalah Infra Chalet & Resort. Iaitu penginapan jenis chalet pada harga murah yang membolehkan anda beriada bersama keluarga.
Jom lihat apa yang best di Kuala Gula Sanctuary Resort Memandangkan ia adalah penginapan pada harga murah, kemudahan yang disediakan adalah dalam keadaan sederhana sahaja.
Kemudahan
Setiap unit chalet mempunyai dua buah katil bujang, penghawa dingin, meja bersolek, televisyen, dan bilik air yang bersih.
Hiasan dalamannya juga biasa sahaja, tetapi unit chaletnya agak luas. Bolehlah menampung anda sekeluarga.
Memancing di beranda
Salah satu sebab mengapa Kuala Gula Sanctuary Resort menjadi pilihan adalah kerana anda dibenarkan memancing di berandar chalet. Para kaki pancing pasti tidak akan kecewa dengan kemudahan ini.
Ini kerana bukan sahaja anda mudah mendapatkan hasil tangkapan, bahkan dapat menyaksikan pemandangan yang mempersonakan. Terutamanya jika memancing pada waktu matahari terbenam.
Antara ikan yang yang ada di sini adalah ikan baung, gelama, sembilang, dan lain-lain.
Nikmati keenakkan masakan laut
Menariknya restoran seafood hanya terletak bersebelahan resort. Dari bilik lagi anda boleh bau masakan mereka. Ada juga yang memesannya dan restoran berkenaan menghantarnya terus ke bilik. Senang bukan?
Kesimpulannya, Kuala Gula Sanctuary Resort memang selesa dan menenangkan fikiran. Lebih-lebih lagi sekiranya anda berpeluang memancing, melihat pemandangan matahari terbenam, jalan-jalan di kawasan sekitar.
Harga bilik
RM170 semalam
Kuala Gula Sanctuary
Contact: 05-890 1866
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Infra-Chalet-Resort/267758943846946
Alamat: Jalan Gula, Kuala Gula, 34350 Kuala Kurau, Negeri Perak