Pantai Cenang merupakan destinasi percutian yang wajib dilawati di Langkawi. Biarpun terdapat beberapa buah pantai di pulau ini, Pantai Cenanglah yang paling menarik dan mendapat sambutan pelancong. Ini kerana ia menawarkan keindahan pantai, pemandangan bukit bukau, aktiviti menarik, serta beberapa tarikan beli-belah di sekitarnya. Disebabkan itulah ramai yang lebih memilih untuk menginap sahaja hotel di Pantai Cenang.
Oleh kerana ia merupakan kawasan tumpuan pelancong dan berkedudukan di tepi pantai, maka banyaklah hotel dan chalet menarik di sepanjang pantai.
Kami akan cadangkan beberapa hotel menarik untuk penginapan anda sekeluarga. Baik hotel murah atau mewah, kedua-duanya kami senaraikan supaya senang untuk anda buat perbandingan mengikut bajet.
#1 Landcons Hotel & Resort
Landcons Hotel & Resort boleh dikatakan sempurna untuk bercutian di Langkawi. Memiliki bilik yang selesa dan kemudahan yang lengkap.
Terdapat 6 jenis bilik yang boleh anda pilih mengikut kapasiti dan bajet. Setiap blik dilengkap dengan tv satelit, wifi, dan kemudahan asas lain.
Apa yang best di Landcons Hotel & Resort ini adalah kolam renangnya yang luas. Untuk kanak-kanak pula, mereka pasti akan teruja melihat terdapat taman permainan di dalam kolam bak taman tema mini.
Jika anda perhatikan, terdapat beberapa buat chalet berkonsepkan kampung di atas bumbung bangunan. Ini adalah untuk mereka yang inginkan suasana berbeza. Chalet dengan binaan dan hiasan kampung dan disertakan panorama pantai dari padangan atas. Menarik bukan?
Harga bilik: RM130 – TEMPAH DI SINI
Jarak dengan tempat menarik:
- Underwater World Langkawi β 3 minit (berjalan kaki)
- The Rice Museum β 8 minit
- Telaga Harbour β 26 minit
Alamat: Lot 2616, Jalan Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang,
#2 Malibest Resort Langkawi
Terletak betul-betul di tepi pantai, Malibest Resort Langkawi adalah penginapan yang sesuai untuk mereka yang mendambakan ketenangan dan keindahan pantai.
88 buah bilik pelbagai saiz dan jumlah katil. Di samping itu, setiap bilik lengkap dengan kemudahan asas untuk menyempurnakan percutian anda.
Kalau nak lagi best, pilih sahaja bilik di atas pokok. Sangat unik kerana reka bentuknya menawan serta menawarkan pemandangan pantai yang indah.
Malibest Resort Langkawi juga salah satu hotel di Pantai Cenang yang ada kolam renang.
Kemudahan: Kolam renang, wifi, private beach.
Harga bilik: RM150 β TEMPAH DI SINI
Alamat: Pantai Cenang, Mukim Kedawang, Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia
#3 Cenang View Hotel
Cenang View Hotel juga merupakan penginapan terbaik untuk yang mempunyai bajet sederhana. Dengan harga serendah RM100 anda boleh menginap di bilik selesa dan bersih.
Anda cuma perlu berjalan beberapa minit sahaja untuk ke tepi pantai.
Apa yang best di hotel ini adalah kolam infinity yang terletak di atas bumbung bangunan. Selain menyegarkan badan di dalam kolam, tetamu juga dapat menyaksikan pemandangan pantai dan gugusan pulau.
Kemudahan: wifi, kolam renang, restoran,
Harga: RM140 β TEMPAH DI SINI
Alamat: 66, Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, Langkawi, Kedah, Malaysia, 07000
#4 Shell Out Chalet
Shell Out Chalet merupakan salah satu chalet di Pantai Cenang yang best. Tidak banyak kemudahan yang disediakan, cukuplah dengan fasiliti asas seperti kelengkapan dalam bilik, wifi, serta parking.
Tiga jenis bilik yang boleh anda pilih iaitu Chalet, Chalet Standard, dan Chalet Superior.
Tetamu boleh meminta aturan lawatan, sewaan kereta dan perkhidmatan dobi dengan bayaran tambahan. Selain itu, anda boleh menerokai kawasan sekitar untuk pelbagai pilihan beli-belah dan menjamu selera.
Jarak dengan tempat menarik:
- Langkawi Cable Car β 30 minit
- Telaga Walk β 5 minit
- Laman Padi β 9 minit
Harga: RM90 TEMPAH DI SINI
Alamat: Kampung Padang Puteh jalan pantai tengah Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang.
#5 Casa Loma at Airis Sanctuary Resort Langkawi
Kalau anda mencari chalet Pantai Cenang yang best, kami cadangkan Casa Loma at Airis Sanctuary Resort. Berkonsepkan cottage, ia bagaikan sebuah penginapa yang terletak di lembah bukit.
Dikelilingi bukit bukau dan tanaman menghijau, kami yakin tetamu pasti dapat merasai ketenangan sekiranya menginap di sini.
Jangan lepaskan peluang untuk bermandi-manda di kolam renangnya yang luas, serta bersantai sambil menghirup angin segar.
Casa Loma at Airis Sanctuary Resort menyediakan restoran tetapi hanya beroperasi pada waktu sarapan pagi.
Jarak dengan tempat menarik:
- Underwater World Langkawi β 5 minit
- The Rice Museum β 11 minit
- Makam Mahsuri β 22 minit
Harga bilik: RM99 β TEMPAH DI SINI
Alamat: Lot 1534 Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
#6 Sweet Monkey Backpacker
Sweet Monkey Backpacker dikelaskan sebagai hotel murah di Langkawi RM50. Tetapi ia adalah sebuah hostel. Sesuai untuk backpackers yang mahukan percutian bajet dan mereka yang hanya mahu menginap satu malam untuk menghilangkan keletihan rasa letih.
Sebagai penginapan berkonsepkan hostel, Sweet Monkey Backpacker menawarkan kemudahan asas sahaja seperti katil dua tingkat, tandas, serta kipas.
Usah risau soal makanan kerana banyak kedai makan serta pasaraya di kawasan berhampiran.
Jika anda lihat review di laman Booking.com, hostel ini mendapat rating 7.8/10. Agak tinggi untuk sebuah penginapan murah.
Harga bilik: RM50 β TEMPAH DI SINI
Alamat: Jalan Pantai Chenang number 1, 3rd floor, lot 2613, Tanjung Mali, 07000 Pantai Cenang, Malaysia
#7 AB Motel Langkawi
Untuk mereka yang mempunyai bajet rendah, anda boleh menginap di AB Motel Pantai Cenang. Biarpun tidak fancy,
Tetapi anda masih lagi dapat menikmati penginapan di tepi pantai. Cuma berjalan kaki sahaja untuk ke pesisir pantai.
Kemudahan asasnya lengkap seperti penghawa dingin, toiletries, wifi, tv, dan katil yang selesa. Persekitarannya juga bersih dan dijaga dengan baik.
Motel ini tidak boleh ditempah menggunakan laman menempah. Oleh itu anda perlu menghubungi pemiliknya untuk membuat tempahan.
Nombor telefon: 04-955 1300
Harga bilik: RM100
Alamat: Pantai Cenang, Langkawi, Kedah, Malaysia, 07000
#8 Nadias Hotel Cenang Langkawi
Nadias Hotel juga sentiasa menjadi pilihan pelancong. Lokasinya strategik kerana dekat dengan pantai dan tempat menarik seperti salah satu pasar malam Langkawi yang happening.
Ia mempunyai dekorasi dalaman yang anggun, menarik dan segar.
Hiasan biliknya menggunakan perabot yang minimal dan sesuai dengan hiasan yang mempunyai tona warna yang lembut.
Selain itu, Nadias Hotel mempunyai indoor swimming pool. Kolam renang di bawah bumbung ini lebih menjadi pilihan kerana anda tidak perlu berjemur di tengah panas atau risau akan hari hujan.
Jangan lupa untuk menjamu selera di Nadias Cafe. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis masakan tempatan, ala Thai, dan Western.
Kemudahan: wifi, kolam renang, parking, spa, restoran
Harga bilik: RM233 β TEMPAH DI SINI
Alamat: Lot 977, Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia
#9 Sunset Beach Resort
Sunset Beach Resort adalah chalet Pantai Cenang tepi laut yang mendamaikan. Cuba bayangkaΒ jika dapat berehat di balkoni dengan pemandangan laut yang indah di waktu pagi. Memang seronok.
Menginaplah di Sunset Beach Resort. Tempat penginapan ajet ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga. Dekorasinya juga unik. Ia seperti terletak dibawah rimbunan pokok kerana banyak tanaman menghijau yang menjalar di bangunan.
Bilik-biliknya bersih, selesa dan lengkap dengan fasiliti.
Mereka juga menyediakan banyak kerusi di tepi pantai supaya tetamu dapat bersantai dan menyaksikan panorama matahari terbenam.
Jarak dengan tempat menarik:
- Dataran Helang β 36 minit
- Langkawi Sky Bridge β 31 minit
- Langkawi Cable Car β 34 minit
Harga bilik: RM169 β TEMPAH DI SINI
Alamat: Jalan Pantai Tengah, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
Memilih untuk menginap di hotel di Pantai Cenang merupakan pilihan yang ideal. Ini kerana merupakan kawasan tumpuan pelancong kerana memiliki banyak tarikan menarik. Jadi anda tidak perlulah menyewa kereta atau mengeluarkan belanja untuk pengangkutan awam. Selamat bercuti!